Saturday, October 12, 2024

SAMBANOVA DAN CANVASS BEKERJASAMA UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN AI BERSEPADU SECARA VERTIKAL, INFERENS AI DAN LATIHAN KE RANTAU ASIA SELATAN DAN EMEA

 


PALO ALTO, California, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SambaNova, sebuah syarikat AI generatif dengan model terpantas dan cip paling maju, mengumumkan perkongsian dengan Canvass AI (“Canvass”), sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian AI generatif untuk perusahaan, untuk mempercepatkan penerimaan penyelesaian AI yang disatukan secara vertikal, inferens dan latihan ke rantau Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Mengulas tentang kerjasama ini Su Le, Ketua Pegawai Pertumbuhan SambaNova berkata, “Seiring dengan evolusi pasaran AI, perusahaan menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mempercepatkan inisiatif AI. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian inferens dan latihan AI yang paling pantas dan paling maju, serta disatukan secara vertikal kepada pelanggan. Bekerjasama dengan Canvass AI di Asia Selatan dan EMEA akan membantu kami mencapai matlamat tersebut.”

SambaNova dan Canvass akan menyediakan platform AI yang lengkap, menggabungkan keupayaan perkakasan dan perisian AI SambaNova dengan penyelesaian AI Canvass secara khusus untuk penyebaran AI, termasuk ejen AI, Penyelesaian AI yang disatukan secara vertikal, aliran kerja AI yang telah dibina terlebih dahulu dan alat untuk pelanggan.

Humera Malik, Ketua Eksekutif Canvass turut mengulas, “Kami menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan AI generatif terkini bersama SambaNova, memacu penerimaan AI yang lebih besar di kalangan pelbagai asas pelanggan. Penyelesaian terintegrasi kami yang inovatif dan transformatif memberikan akses cepat kepada peluang pendapatan baharu, kecekapan operasi dan hasil mampan yang boleh diukur melalui AI.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18579

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...