Saturday, October 12, 2024

NIPPON EXPRESS HOLDINGS MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN SAHAM DI DALAM SH HOLDCO GMBH MENJADIKAN IA ANAK SYARIKAT MILIK SEPENUHNYA

TOKYO, 11 Okt., 2024 /Kyodo JBN/ --

NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. (kemudian dari ini "NXHD") telah mencapai satu persetujuan dengan pemegang saham SH HoldCo GmbH ("Simon Hegele") untuk memperoleh kesemua saham di dalam Simon Hegele, sebuah kumpulan syarikat yang berpangkalan di Jerman yang pakar dalam logistik kontrak di dalam industri penjagaan kesihatan, dan memasuki ke dalam satu perjanjian jual beli pada 30 September, 2024 (waktu Jepun), seperti yang diperincikan di bawah.

Logo NX:  https://kyodonewsprwire.jp/img/202410017425-O3-bv8QAJ2h  

Pemerolehan bagi Saham SH HoldCo GmbH untuk menjadi sebuah Anak Syarikat Milik Sepenuhnya: https://pdf.irpocket.com/C9147/EAzE/VVeN/q42N.pdf

Gambaran Keseluruhan bagi Kumpulan Simon Hegele: https://pdf.irpocket.com/C9147/EAzE/VVeN/bK8X.pdf

Foto 1:
Pertama dari kiri foto: Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD; kedua dari kiri: Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele; keempat dari kiri: Shinichi Kakiyama / Pegawai Eksekutif Urusan, Pengurus Besar Serantau / NX Eropah
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202410017425/_prw_PI1fl_R51r6sbc.jpg

Foto 2: Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD; dan Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202410017425/_prw_PI2fl_l8l84x00.jpg

Stefan Ulrich / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simon Hegele
"Adalah jelas kepada kami bahawa kami ingin mencari sebuah rakan kongsi strategik yang sesuai untuk kami, dengan satu portfolio perkhidmatan pelengkap dan satu kehadiran antarabangsa yang kukuh, yang menghargai kebebasan dan ketangkasan kami dan pada masa yang sama benar-benar bersemangat untuk bekerja dengan kami untuk terus membangunkan penyelesaian yang dibuat khusus bagi pelanggan antarabangsa kami yang aktif di peringkat global -- kami pasti bahawa kami kini telah menemui rakan kongsi yang ideal di dalam Kumpulan NX!"

Mamoru Akaishi / Pengarah dan Pegawai Eksekutif / NXHD

"Saya tidak sabar untuk bergerak ke hadapan dalam laluan yang sama ke arah masa depan dengan Kumpulan Simon Hegele. Secara khusus, saya percaya bahawa kami boleh menyediakan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami dengan menggabungkan keupayaan rangkaian global Kumpulan NX dengan kepakaran logistik termaju Simon Hegele, terutamanya di dalam sektor penjagaan kesihatan." 

Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202410017425-O1-H9CoyqIl.pdf

Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...