Friday, March 8, 2024

XSOLLA MEMBUAT PENAMPILAN SULUNG DOMPET XSOLLA (XSOLLA WALLET), MEMPERKASA PEMBANGUN DAN PENCIPTA BERSAMA AKSES KEPADA PENYELESAIAN KEWANGAN TERBENAM DAN PENDAPATAN SEGERA

(Grafik: Xsolla)

 Memperkenalkan era baharu alatan ringkas dan fleksibel untuk menjana pendapatan dan menerima bayaran merentasi ekonomi pencipta


LOS ANGELES, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan penampilan Dompet Xsolla (Xsolla Wallet), mengetengahkan komitmen syarikat itu untuk memperkasa ekonomi pencipta global dalam industri permainan video. Misi kami ialah menyediakan akses yang sama rata untuk pembangun, pencipta dan semua individu dalam ekonomi pencipta dengan penyelesaian kewangan terbenam bagi industri permainan video.

Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) ialah penyelesaian berpotensi memberikan kesan besar yang menawarkan pilihan kewangan terbenam direka bentuk secara khusus untuk pembangun dan pencipta. Inisiatif ini membantu pembangun mengatasi cabaran penjanaan pendapatan dan keterlibatan, serta memudahkan proses menyediakan insentif menarik untuk pencipta. Ini meningkatkan kecekapan dan kesegeraan pengalaman memperoleh pendapatan dan mengeluarkan perbelanjaan mereka sambil memastikan pematuhan global.

Menyedari kerumitan menguruskan program pencipta global yang berjaya, Xsolla akan membantu mengurangkan titik kesukaran ini, membolehkan pembangun menumpukan perhatian kepada perkara terbaik yang mereka lakukan: mencipta pengalaman permainan yang menarik.

Untuk Pembangun: Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan terbenam dan memperkemas suai tugas dan pematuhan, mengintegrasikan aspek kritikal ini dalam akaun dompet pencipta.

· Memudahkan Insentif Pencipta: Disesuaikan untuk memudahkan kerumitan menguruskan program pencipta, Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) memastikan pembangun dapat memberikan pendapatan menarik dan patuh untuk pencipta merentasi rantau berbeza.
· Meringankan Beban Pematuhan: Bersama perkhidmatan KYC (Ketahui Pelanggan Anda) dan temu duga cukai berintegrasi, Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) mengurangkan kerumitan berkaitan pematuhan global dengan ketara, membolehkan pembangun menumpukan perhatian kepada inovasi dan bukannya tugasan pentadbiran.
· Mengembangkan dan Mempercepat Pengaruh: Memanfaatkan jangkauan luas ekosistem permainan Xsolla, pembangun boleh menggunakan Rangkaian Rakan Kongsi Xsolla (XPN) untuk menarik minat, mengurus dan memberikan insentif kepada pencipta dan pengaruh.

Untuk Pencipta: Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) memperkasa pencipta dan pempengaruh untuk membayar, menerima bayaran dan menguruskan pendapatan, mengubah kandungan mereka menjadi sumber hasil berdaya maju.

· Bayaran: Pencipta akan mempunyai cara langsung, segera dan mudah untuk membelanjakan pendapatan mereka dengan menggunakan Mastercard Xsolla.
· Menerima Bayaran: Pencipta boleh memilih Mastercard Xsolla maya segera, antara pilihan pembayaran lain, untuk membolehkan akses mudah dan segera kepada pendapatan mereka.
· Menguruskan Pendapatan: Pencipta boleh mengagregatkan pendapatan mereka dari platform dengan lancar. Ini bermakna pencipta boleh menguruskan aliran pendapatan yang pelbagai, daripada jualan barangan kepada pendanaan awam, dalam Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) mereka.

"Dengan menyatukan kepakaran kami dan kefungsian kewangan terbenam Dompet Xsolla (Xsolla Wallet), kami menghimpunkan pembangun dan pencipta dalam ekosistem kewangan yang tiada tandingannya disesuaikan untuk permainan video," jelas David Stelzer, Presiden Xsolla. "Kami menyasarkan untuk memberikan peluang yang sama rata kepada setiap pembangun, pencipta dan pempengaruh agar mereka mempunyai akses pantas dan selamat kepada cara menjana pendapatan daripada hasil kerja mereka dalam ekonomi pencipta global."
 
“Sebagai penyokong sekian lama komuniti permainan video, Mastercard amat teruja untuk terus membina perkongsian kami bersama Xsolla, memberikan pilihan dan nilai kepada pencipta dan juga pembangun dengan pelancaran Mastercard Xsolla,” kata Sherri Haymond, Naib Presiden Eksekutif, Perkongsian Digital Global di Mastercard. “Bersama-sama, kami membolehkan pilihan pembayaran mudah dan lancar yang menambahkan alatan kepada set peralatan pembangun, membantu menyelesaikan cabaran untuk pencipta dan memupuk komuniti permainan terangkum untuk semua.”

Dompet Xsolla (Xsolla Wallet) ialah komponen utama dalam rangkaian alatan baharu yang memperkasa pembangun dan pencipta permainan. Ini jelas mencerminkan dedikasi Xsolla untuk mencipta penyelesaian yang mampu menangani keperluan segera pencipta kandungan dan memupuk persekitaran yang lebih menyokong dan produktif bagi penciptaan mereka melalui perkongsian kewangan terbenam bersama Paysafe dan perkongsian kad untuk pencipta dengan Mastercard.

"Kami berbangga dapat memperkukuh perkongsian kami dengan Xsolla untuk memberikan nilai dan melangkaui jangkaan pelanggan dengan penyelesaian pembayaran kami, meningkatkan lagi pengalaman bermain dan pembayaran pemain pada peringkat global," kata Aaron Gale, Naib Presiden Pengurusan Jualan & Akaun, Permainan Video di Paysafe. "Setiap pengalaman permainan bermula dengan pembayaran dan kami berdedikasi untuk menjadikan transaksi ini sebahagian daripada pengalaman keseluruhan, menyemarakkan keseronokan dan menerajui keterlibatan dan kesetiaan pelanggan."

Untuk butiran lanjut tentang Dompet Xsolla (Xsolla Wallet), sila kunjungi: xsolla.pro/wallet

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox,, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com

Maklumat Tentang Paysafe

Paysafe Limited (“Paysafe”) (NYSE: PSFE) (PSFE.WS) ialah platform pembayaran terkemuka dengan rekod prestasi yang meluas bertujuan memberikan perkhidmatan kepada saudagar dan pengguna dalam sektor hiburan global. Tujuan utama syarikat ini ialah untuk membolehkan perniagaan dan pengguna berhubung dan berurus niaga dengan lancar melalui keupayaan peneraju industri dalam pemprosesan pembayaran, dompet digital dan penyelesaian tunai dalam talian. Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, jumlah transaksi tahunan melebihi $130 bilion pada tahun 2022 dan kira-kira 3,300 pekerja yang berada di 12+ negara, Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 100 jenis pembayaran dalam lebih 40 mata wang di seluruh dunia. Dihantar melalui platform berintegrasi, penyelesaian Paysafe disediakan untuk transaksi berasaskan mudah alih, analisis masa nyata, serta penumpuan antara pembayaran tradisional dan dalam talian. Maklumat lebih lanjut tersedia di www.paysafe.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53906719/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...