Thursday, March 14, 2024

AMERICAN EXPRESS MENDEDAHKAN TREND PERJALANAN TERTINGGI 2024




NEW YORK, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
American Express Travel® mengeluarkan Laporan Trend Perjalanan Global 20241 pada hari ini, mengetengahkan inspirasi dan trend yang mendorong tempahan perjalanan global tahun ini.

Laporan tersebut, berdasarkan data tinjauan daripada pelancong dari Amerika Syarikat, Australia, Kanada, India, Jepun, Mexico dan United Kingdom, mendapati bahawa 84% responden merancang membelanjakan lebih banyak wang untuk perjalanan pada tahun 2024 berbanding tahun lalu. Di samping itu, 77% responden lebih mementingkan pengalaman perjalanan yang betul berbanding kos perjalanan.

Empat trend yang mendorong keputusan tempahan ialah:

• Demi Permainan yang Diminati: Peminat sukan merancang perjalanan yang mempunyai kaitan dengan acara olahraga, sama ada melibatkan sukan kegemaran, pasukan kesayangan, atau pertandingan pelbagai sukan antarabangsa
• Perancangan Besar: Pengembaraan besar gaya ekspedisi, seperti perjalanan ke Kepulauan Galapagos atau merentas bersama gorila, menyampaikan pengalaman transformatif yang dicari oleh pengembara
• Bergerak Secara Solo: Pelancong membuat perjalanan secara bersendirian, menghayati kemudahan perancangan dan keupayaan dengan menerima guna jadual perjalanan yang sesuai
• Mengikut Kehendak Hati: Dengan begitu banyak kehidupan yang disusun dan dijadualkan hari ini, orang ramai mencari fleksibiliti dalam rancangan perjalanan mereka dan meninggalkan ruang untuk aktiviti secara spontan.

“Pelancong menumpukan perhatian kepada mencipta jadual perjalanan yang betul dan membina kenangan, sama ada itu bermakna menempah perjalanan untuk melihat pasukan sukan kegemaran bersaing atau mengambil pelayaran ekspedisi sekali seumur hidup,” kata Audrey Hendley, Presiden American Express Travel. “Laporan Trend Perjalanan Global kami memberikan penerangan tentang perkara yang mendorong tempahan perjalanan global dan memberikan inspirasi untuk menuju destinasi seterusnya. Perunding Perjalanan American Express kami boleh membantu, walau apa pun jenis perjalanan yang anda mahukan.”

Cerapan tertinggi dalam Laporan Trend Perjalanan Global 2024 American Express Travel termasuk:

• Keinginan untuk melihat acara sukan secara langsung dan menonton sendiri pasukan kegemaran, serta pemain kesayangan mendorong destinasi yang ditujui pelancong dan perkara yang mereka lakukan apabila tiba di sana.
◦ 67% responden Milenium dan Gen Z2 (berbanding 58% daripada semua responden) berminat melancong untuk acara sukan pada tahun 2024
◦ 58% responden yang melancong untuk sukan pada tahun 2024 akan berbuat demikian bagi bola sepak, bola keranjang atau perlumbaan Formula 1
◦ New York, Miami dan Paris ialah destinasi popular yang responden merancang untuk pergi ke acara sukan pada musim panas ini

• Perjalanan transformatif dan sekali seumur hidup, seperti mengunjungi Kepulauan Galapagos dan mendaki di Antartika, berada di bahagian atas senarai keinginan ramai pelancong dan pelancong yang lebih muda mahukan pakar untuk membantu mereka merancang.
◦ 65% responden lebih berminat untuk membuat perjalanan yang besar pada tahun 2024 berbanding beberapa tahun sebelum ini
◦ 72% responden lebih suka menyimpan wang untuk perjalanan yang besar daripada berbelanja untuk keluar dengan rakan; dan lebih separuh daripada responden merancang menyimpan antara 6 bulan hingga 2 tahun untuk perjalanan yang besar
◦ 58% responden Milenium dan Gen Z mahukan ejen pelancongan atau penasihat yang dipercayai membantu mereka menempah perjalanan yang besar tahun ini
◦ 55% responden merancang perjalanan yang besar akan mempertimbang untuk mengunjungi pelbagai negara di rantau

• Kemudahan perancangan dan keupayaan untuk membuat jadual perjalanan yang sempurna dan diperibadikan, mendorong orang ramai merancang perjalanan secara bersendirian, terutamanya pelancong yang lebih muda.
◦ 76% responden Milenium dan Gen Z (berbanding 69% daripada semua responden) mengatakan bahawa mereka merancang untuk melakukan perjalanan solo 2024
◦ 74% responden lelaki dan 63% responden perempuan mengatakan bahawa mereka merancang untuk melakukan perjalanan solo pada tahun 2024
◦ 66% responden yang merancang melancong secara solo, merancang perjalanan yang disesuaikan untuk memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri
◦ 60% responden yang merancang melancong secara solo tahun ini berhasrat membuat dua atau lebih perjalanan solo ini

• Pelancong lebih cenderung kepada jadual perjalanan yang fleksibel, membolehkan mereka mengecapi kebebasan supaya perjalanan mereka menjadi spontan dan merasai budaya tempatan semasa melancong.
◦ 78% responden mengatakan bahawa perjalanan yang spontan menarik minat mereka
◦ 77% golongan Milenium dan Gen Z telah menempah perjalanan saat akhir sebelum ini, berbanding 65% golongan Gen X3 dan 52% golongan Baby Boomers4
◦ 68% responden bersetuju yang mereka suka membiarkan masa yang tidak dirancang dalam perjalanan mereka untuk merasai budaya/aktiviti tempatan
◦ 57% responden lebih suka menempah percutian pada saat akhir ke destinasi berdekatan berbanding ke tempat yang jauh

Memandangkan permintaan untuk perjalanan terus meningkat hingga tahun 2024, American Express Travel menyediakan Ahli Kad yang layak dengan akses perjalanan yang luar biasa, termasuk 1,400+ ruang menunggu lapangan terbang melalui Global Lounge Collection®; Perunding Pelancongan yang pakar boleh membina jadual perjalanan impian untuk segalanya daripada perjalanan yang besar seperti pelayaran ekspedisi atau safari, kepada percutian hujung minggu yang pantas; tempahan restoran melalui Resy dan memilih panduan tempat makan di Resy.com/Travelmanfaat merentasi pengalaman dan tempat sukan global; manfaat di 2,000 hotel pilihan di seluruh dunia melalui Fine Hotels + Resorts® dan The Hotel Collection; lebih daripada 1,000 hartanah sewaan percutian premium melalui Select Homes + RetreatsTM, dan banyak lagi.

Laporan Trend Perjalanan Global 2024 American Express Travel yang lengkap boleh dilihat di sini.

MAKLUMAT TENTANG AMERICAN EXPRESS

American Express ialah syarikat pembayaran berintegrasi secara global, memberikan pelanggan dengan akses kepada produk, cerapan dan pengalaman yang memperkaya kehidupan dan membina kejayaan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di americanexpress.com dan berhubung dengan kami di facebook.com/americanexpressinstagram.com/americanexpress
threads.net/@americanexpresstiktok.com/@americanexpress
linkedin.com/company/american-expresstwitter.com/americanexpress
dan youtube.com/americanexpress.

Pautan utama kepada produk, perkhidmatan dan maklumat kelestarian korporat: 
kad peribadikad perniagaan dan perkhidmatanperkhidmatan perjalanan
kad hadiahkad prabayarperkhidmatan saudagarAccertify
Rangka Tindakan PerniagaanResykad korporatperjalanan perniagaan
kepelbagaian dan keterangkumankelestarian korporat 
dan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

1Metodologi Tinjauan: Tinjauan pendapat ini dikendalikan antara 31 Januari – 8 Februari 2024 dalam kalangan sampel 2,005 Orang Dewasa Amerika Syarikat, 1,007 Orang Dewasa Australia, 1,002 Kanada, 1,002 Orang Dewasa UK, 1,002 Orang Dewasa Jepun, 1,006 Orang Dewasa Mexico dan 1,005 Orang Dewasa India yang mempunyai sekurang-kurangnya pendapatan sebanyak $50k+ setara dan biasa melakukan perjalanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Temu bual dikendalikan secara dalam talian. Keputusan daripada tinjauan penuh itu mempunyai margin ralat lebih atau kurang daripada 2-4 mata peratusan. Sesetengah keadaan geografi mungkin dipertimbang dengan pemboleh ubah yang lebih sedikit bergantung pada ketersediaan data banci tempatan.

2Golongan Milenium dan Gen Z ditakrifkan sebagai responden yang dilahirkan antara tahun 1981 - 2012.

3Golongan Gen X ditakrifkan sebagai responden yang dilahirkan antara tahun 1965 - 1980.

4Golongan Baby Boomers ditakrifkan sebagai responden yang dilahirkan antara tahun 1946 - 1964.

Penjual Perjalanan

American Express Travel Related Services Company, Inc. bertindak sepenuhnya sebagai ejen jualan untuk penyedia perkhidmatan perjalanan dan tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau ketiadaan tindakan penyedia perkhidmatan tersebut. Sesetengah penyedia perkhidmatan membayar kami komisen dan insentif lain kerana berjaya mencapai sasaran jualan atau matlamat lain, serta mungkin memberikan insentif kepada Perunding Perjalanan kami. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.americanexpress.com/travelterms.

California CST#1022318; Washington UBI#600-469-694

Sumber: American Express Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17990

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...