Thursday, March 21, 2024

R. DANE MAULDIN BERTUGAS SEBAGAI KETUA PEGAWAI TRANSFORMASI NIQ

CHICAGO, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIQ, iaitu syarikat kecerdasan pengguna global peneraju dunia, hari ini mengumumkan bahawa R. Dane (Dane) Mauldin telah menyertai syarikat mereka sebagai Ketua Pegawai Transformasi pada 18 Mac 2024.

Set kemahiran Mauldin yang pelbagai termasuk kepakaran dalam bidang operasi, strategi, pendayaan jualan, pembangunan produk, analitis, khidmat pelanggan dan pematuhan. Beliau menyertai NIQ daripada TransUnion, yang beliau pernah memegang jawatan sebagai EVP dan Ketua Pegawai Operasi, dan sebelum itu, sebagai EVP dan Ketua Pegawai Produk. Beliau akan berada di bawah pimpinan Tracey Massey, Ketua Pegawai Operasi, dan Dana merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif syarikat.

Curtis Miller, yang memegang jawatan Dane sebelum ini, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi, yang bertanggungjawab untuk bahagian Strategi dan Pembangunan Korporat.

"Dane akan memimpin pasukan strategi pasaran dan pendayaan jualan kami, untuk meneruskan perjalanan kami yang meletakkan pelanggan peruncit dan pengilang kami sebagai teras dalam kerja kami. Di samping kami mengusahakan janji kami untuk menyampaikan Full View™, kami akan terus melabur dalam aspek bakat dan inovasi bagi mencapai tujuan kami untuk 'menonjolkan keinginan orang kepada seluruh dunia' dan membolehkan pelanggan kami untuk berkembang," kata Tracey Massey.

"Dengan tumpuan pelanggannya yang kuat dan kepakaran yang mendalam dalam penggunaan data dan analitis untuk menyelesaikan masalah perniagaan, Dane membawa kemahiran dan pengalaman yang unik yang akan melengkapi keupayaan pasukan kepimpinan kami dan membantu kami mencapai sasaran pertumbuhan kami yang tinggi. Kami amat gembira beliau dapat menyertai pasukan kami," tambah Massey.

"Saya amat teruja dapat menyertai NIQ pada titik masa yang hebat ini. Saya berpeluang mengenali ramai pemimpin kanan dalam NIQ, dan saya amat kagum dengan kualiti kepimpinan mereka, fokus mereka untuk meletakkan pelanggan sebagai teras kerja mereka, dan budaya kerja mereka yang terangkum dan saling bekerjasama," kata Mauldin.

"Dengan pengalaman terbukti beliau dalam transformasi perniagaan, saya amat berbesar hati dapat mengalu-alukan Dane menyertai NIQ. Kami telah membuat banyak perkembangan dalam transformasi kami setakat ini, termasuk usaha besar untuk menyepadukan GfK dan NIQ, dan Dane sememangnya memegang peranan yang penting untuk membantu kami mempercepat rancangan kami," kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Perihal NIQ
NIQ ialah syarikat kecerdasan pengguna peneraju dunia, yang menyampaikan pemahaman yang paling lengkap tentang tingkah laku pembelian pengguna dan mencadangkan laluan baharu kepada pertumbuhan. Pada tahun 2023, NIQ bergabung dengan GfK, yang menyatukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada tandingannya. Dengan pemahaman runcit yang holistik dan cerapan pengguna yang paling menyeluruh—yang disampaikan dengan analitis terkini melalui platform tercanggih dalam industri—NIQ mempersembahkan Full View™.

NIQ ialah syarikat porfolio Advent International dengan operasi dalam 100+ pasaran, yang meliputi lebih daripada 90% populasi di dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati NIQ.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17998

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...