Thursday, March 14, 2024

BANK MUAMALAT ANJUR KARNIVAL RAMADAN TERISTIMEWA BERSAMA BUAT JULUNG KALI

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) buat julung kalinya akan menganjurkan “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama” yang akan berlangsung bermula 18 Mac sehingga 22 Mac sempena bulan Ramadan ini.

Karnival yang akan berlangsung bermula 10 pagi hingga 4.30 petang di ibu pejabat Bank Muamalat, Jalan Melaka, di sini akan menempatkan lebih daripada 30 usahawan, perniagaan serta perkhidmatan seperti Tudung People, Mimpi Kita, AlHumaira, Songkok Bangsawan, Walaweh Dumpling, Tiger Lily Bake Cookies, Honda, Proton, Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan banyak lagi perniagaan dibuka untuk orang ramai.

Sempena “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama” juga, Bank Muamalat akan menganjurkan Bank Muamalat Auto Show yang akan disertai oleh beberapa jenama syarikat kereta tempatan dan antarabangsa di lokasi yang sama.

Acara kemuncak karnival tersebut adalah majlis pengumuman dua orang jutawan Sijil Simpanan Islamik (SSi) 2023 dan pelancaran kempen SSi 2024 yang akan diadakan pada 22 Mac, hari terakhir “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama”.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, lebih 5,000 pengunjung dijangka akan menghadiri “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama” sepanjang ia berlangsung.

“Dengan lokasi strategik dan akses mudah bersebelahan dengan pengangkutan awam (LRT), kami memberikan tapak perniagaan secara percuma kepada vendor sebagai salah satu usaha Bank Muamalat untuk menyumbang semula kepada masyarakat serta menyokong usahawan tempatan.

“Bank Muamalat juga memperkukuh inisiatif transaksi tanpa tunai (cashless transaction) menerusi “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama” di mana semua vendor digalakkan mengguna pakai transaksi tanpa tunai sepanjang karnival berlangsung,” katanya.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan Bank Muamalat sepanjang karnival ini berlangsung.

Dalam masa yang sama, Bank Muamalat turut mengumumkan kempen Raya Teristimewa Bersama buat pelanggannya, iaitu:
● Kempen Kad Kredit-i: PosPerks di mana pulangan tunai RM28 ditawarkan kepada pelanggan dan berpeluang memenangi Modenas Karisma 125s, Samsung TV 65” Crystal UHD & B-Series Soundbar dan Samsung Jet Bot dan Robot Vacuum.
● Kempen Auto: Deferred Payment bagi pakej pembiayaan kenderaan (kecuali pakej Step Up) di mana pembayaran pembiayaan hanya akan bermula pada bulan ketiga pembiayaan. Kempen ini menawarkan margin pembiayaan sehingga 90% bagi permohonan pembiayaan dalam tempoh kempen iaitu bulan Mac hingga Jun 2024.
● Kempen Gadai Emas Menang Emas 2.0 (GEME 2.0) yang menawarkan hadiah berupa barangan kemas emas bernilai RM100,000 untuk pemenang hadiah utama, barangan kemas emas bernilai RM75,000 untuk pemenang tempat kedua dan barangan kemas emas bernilai RM25,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran. 

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)
Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17988

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...