Toshiba: diod TVS kapasitans ultra rendah “DF2B6M4BSL” yang melindungi antena frekuensi tinggi bagi peranti IoT daripada ESD. (Grafik: Business Wire)
KAWASAKI, Jepun, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “
DF2B6M4BSL,” sebuah diod TVS kapasitans ultra rendah untuk antena frekuensi tinggi. Diod itu melindungi semikonduktor dan komponen elektronik yang lain daripada elektrik statik dan bunyi bising ketika menyaring kemerosotan isyarat. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula hari ini.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220223005100/en/Komponen elektronik di dalam antena frekuensi tinggi yang digunakan di dalam komunikasi radio, seperti Wi-Fi
®, perlu dilindungi dengan menyaring herotan harmonik yang tinggi. DF2B6M4BSL menyampaikan sejumlah kapasitans 0.15pF (maksimum), yang paling rendah yang ditawarkan oleh Toshiba, kira-kira 25% lebih rendah daripada produk mereka yang sedia ada, DF2B6M4ASL. Diod TVS baharu itu menggunakan kapasitans ultra rendah ini untuk menyaring herotan harmonik tinggi yang menjejaskan prestasi penerimaan antena, dan juga mengurangkan elektrik statik dan bunyi yang menjejaskan komponen itu.
Peredam ESD kadangkala digunakan di dalam antena frekuensi tinggi, dan ia boleh digantikan dengan DF2B6M4BSL; Diod TVS mempunyai prestasi perlindungan yang lebih tinggi daripada peredam ESD, dan boleh mengurangkan voltan elektrik statik.
Selain meningkatkan kebolehpercayaan bagi antena frekuensi tinggi, DF2B6M4BSL juga sesuai untuk perlindungan ESD dalam talian isyarat.
Penggunaan・Perlindungan ESD di dalam antena frekuensi tinggi dan talian isyarat berkelajuan tinggi dalam peralatan elektronik, seperti IoT dan peranti mudah alih
Ciri-ciri・Jumlah kapasitans rendah: C
t=0.12pF (jenis) / 0.15pF (maksimum) @V
R=0V, f=1MHz
・Ciri-ciri herotan harmonik yang rendah
f=2.4GHz, keadaan input 20dBm
Harmonik kedua: -65.5dBm (Rujukan)
Harmonik ketiga: -54.4dBm (Rujukan)
f=5.0GHz, keadaan input 20dBm
Harmonik kedua: -64.7dBm (Rujukan)
Harmonik ketiga: -55.5dBm (Rujukan)
・Voltan V
peak Rendah: V
CL-max-peak=215V (Rujukan) @IEC61000-4-2 (Sentuhan), +8kV input
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
DF2B6M4BSL Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan Diod TVS (Diod Perlindungan ESD) Toshiba.
Diod TVS (Diod Perlindungan ESD) Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
DF2B6M4BSL * Wi-Fi adalah satu tanda perniagaan berdaftar bagi Wi-Fi Alliance.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan PelangganBahagian Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami * Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.htmlLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220223005100/en/HubungiPertanyaan Media:Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jpSumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation