Thursday, November 25, 2021

UNICOMMERCE AKAN MELABUR USD 5 JUTA KE ARAH PENGEMBANGAN DI ASIA TENGGARA DAN TIMUR TENGAH; MENSASARKAN PERTUMBUHAN 400% DALAM PERNIAGAAN LUAR NEGARA

 • Pelaburan itu akan disasarkan ke arah peningkatan produk, pengambilan bakat, pemasaran, dan penubuhan pejabat baharu di pasaran antarabangsa

• Trajektori pertumbuhan yang konsisten dan mempunyai lebih dari 10 pelanggan di Asia Tenggara

SINGAPURA, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE)  -- Unicommerce, platform SaaS rantaian bekalan yang bertumpukan kepada e-dagang terbesar di India, telah mengambil keputusan untuk melabur USD 5 juta bagi mengukuhkan operasi antarabangsa mereka dan mengembangkan lagi kehadiran mereka di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Syarikat itu telah secara konsisten melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di Asia Tenggara dan akan terus memperoleh lebih banyak pelanggan di dalam pasaran ini. Selepas menjadi sebuah peneraju yang tidak dapat dipertikaikan di India, Unicommerce menyasarkan untuk mengukuhkan diri mereka sebagai satu pilihan utama e-peruncit dan jenama runcit di rantau itu.

Unicommerce akan melabur di dalam bidang peningkatan produk, menubuhkan pejabat tempatan, jualan dan pemasaran bersama-sama dengan pengambilan bakat tempatan di rantau ini. Dengan pengalaman mereka selama lebih sembilan tahun dan bekerja dengan pelanggan merentas sektor di India, Unicommerce telah mewujudkan sebuah portfolio produk yang benar-benar bertaraf global yang direka untuk mana-mana perniagaan e-dagang. Syarikat itu sudah memperoleh lebih 10 pelanggan baharu di pasaran Singapura, Malaysia dan Filipina dan akan berkembang ke lebih banyak negara di Asia Tenggara. Pelaburan semasa itu akan memperkasakan syarikat itu untuk mencapai pertumbuhan 400% yang menakjubkan dalam perniagaan luar negara mereka.

Berkongsi pendapat beliau mengenai pelaburan itu, Kapil Makhija, Ketua Pegawai Eksekutif, Unicommerce, berkata, “Penerimaan e-dagang berkembang pada kadar yang pantas merentasi pelbagai negara di Asia Tenggara, oleh itu kami mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami di rantau itu. Pemecutan e-dagang yang dicetuskan oleh pandemik di Asia Tenggara telah mewujudkan satu keperluan bagi satu platform rantaian bekalan yang teguh untuk memastikan penghantaran yang lebih pantas dan suatu pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pengguna. Setakat ini kami telah dapat menerima pelanggan di Singapura, Malaysia dan Filipina dan tidak lama lagi akan menambah pelanggan di pasaran Indonesia, Vietnam dan Thailand. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kami akan berkembang pada kelajuan sepantas kilat dengan kemasukan modal yang kukuh yang ditumpukan pada pemerolehan pelanggan, mewujudkan kesedaran jenama dan pembangunan produk yang berterusan.”

Penyelesaian Unicommerce datang dengan lebih 150 penyepaduan sedia ada dan berada pada kedudukan yang unik untuk menyediakan penyelesaian awan teknologi rantaian bekalan e-dagang bagi membantu pemain industri daripada semua jenis saiz. Syarikat itu telah bekerja dengan lebih 15,000 pelanggan di seluruh India, Timur Tengah dan Asia Tenggara serta memproses 1 juta urus niaga harian.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211123005711/en/

Hubungi

Kinshuk Sindhwani
kinshuk.sindhwani@unicommerce.com

Sumber : Unicommerce

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15276

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...