Sunday, November 28, 2021

MILREM ROBOTICS MENGETUAI IMUGS CONSORTIUM MENUNJUKKAN PENGGUNAAN SISTEM TANPA PEMANDU

 

Dua UGV THeMIS semasa Demonstrasi iMUGS. Satu UGV THeMIS dilengkapi dengan muatan Perisikan, pengawasan, dan peninjauan (ISR), antena Perisikan Isyarat (SIGINT), Pelancar Grenad Asap Sistem Pengaburan Pantas (ROSY) Rheinmetall, Radio Ditakrifkan Perisian Kenderaan Bittium, dan Stesen Senjata Jarak Jauh (RWS) Ringan DeFNder FN Herstal. THeMIS kedua itu, yang digunakan sebagai pengangkut untuk membawa peralatan skuad itu, dilengkapi dengan Penyesak Alat Letupan Improvisasi (IED) Rantelon dan Kenderaan SDR Tahan Lasak Bittium. (Foto: Business Wire)

ĀDAŽI, Latvia, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Konsortium iMUGS, yang bertanggungjawab ke atas sebuah projek 32,6 MEUR yang membangunkan sistem darat tanpa pemandu (UGS) standard Eropah, menunjukkan cara bagaimana pasukan pertahanan boleh menggunakan rangkaian komunikasi taktikal 4G/5G dan UGS yang dilengkapi dengan ISR dan muatan perisikan isyarat, penyesak, sensor akustik, dan pelbagai teknologi lain untuk menjalankan misi.

Demonstrasi itu yang dilakukan pada September di Latvia, diketuai oleh LMT, sebuah anggota konsortium Modular Unmanned Ground System (iMUGS) bersepadu, dengan sokongan penyelaras projek Milrem Robotics dan menampilkan sebuah ensembel bagi teknologi yang berlainan.

Angkatan Bersenjata Kebangsaan Latvia menggunakan dua Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) THeMIS Milrem Robotics semasa dua senario untuk memaparkan faedah menggabungkan unit yang dikendalikan oleh manusia dengan sistem tanpa pemandu.

Satu UGV THeMIS dilengkapi dengan sebuah muatan Perisikan, pengawasan, dan peninjauan (ISR), antena Perisikan Isyarat (SIGINT) yang disediakan oleh Pejabat Komunikasi Elektronik Latvia, Pelancar Grenad Asap Sistem Pengaburan Pantas (ROSY) Rheinmetall, Radio Ditakrifkan Perisian Kenderaan Bittium (Kenderaan SDR yang lasak), dan Stesen Senjata Jarak Jauh (RWS) Ringan DeFNder FN Herstal. Penyepaduan RWS itu adalah sebahagian daripada demonstrasi berkenaan, tetapi bukan projek iMUGS itu sendiri.

THeMIS kedua itu, digunakan sebagai pengangkut untuk membawa peralatan skuad itu, dilengkapi dengan Penyesak Alat Letupan Improvisasi (IED) Rantelon dan Kenderaan SDR Tahan Lasak Bittium.

Unit dan UGV itu menggunakan rangkaian komunikasi taktikal Bittium TAC WIN yang digabungkan dengan 4G komersial LMT dan sebuah gelembung taktikal 5G-SA yang disediakan oleh Bittium dan Cumucore.

Selain itu, kenderaan mobiliti infantri Dingo Krauss-Maffei Wegmann (KMW) telah digunakan sebagai pusat arahan dari mana UGV dikendalikan dalam mod Garis Penglihatan (LOS) dan Melampaui Garis Penglihatan (BLOS) menggunakan radio SDR Bittium dan ke tempat suapan sensor ISR dan Isyarat Perisikan telah disampaikan dan digabungkan ke dalam Viedsargs Sistem Pengurusan Pertempuran LMT.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15282

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...