Tuesday, November 30, 2021

PENCERAMAH PERINGKAT TINGGI DIUMUMKAN UNTUK FORUM PERNIAGAAN GLOBAL ASEAN YANG PERTAMA DI DUBAI

T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Dubai (Foto: AETOSWire)

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tiga menteri kerajaan UAE akan menyertai menteri-menteri dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Forum Perniagaan Global ASEAN yang pertama, yang berlangsung di Ekspo 2020 Dubai pada 8 hingga 9 Disember.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005531/en/

Dianjurkan oleh Dewan Dubai dengan kerjasama Ekspo 2020 Dubai, GBF ASEAN akan diadakan di bawah tema Perbatasan Baharu. Forum itu, yang menampilkan lebih 40 orang penceramah dan 25 panel perbincangan, akan meneroka perubahan dinamik bagi negara-negara ASEAN dan peluang-peluang untuk meningkatkan hubungan perdagangan, perniagaan dan pelaburan dua hala di antara kedua-dua rantau itu.

Mewakili UAE di GBF ASEAN ialah T.Y.T. Reem Al Hashemi, Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa dan Ketua Pengarah bagi Ekspo 2020 Dubai; T.Y.T. Omar Sultan Al Olama, Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jarak Jauh; dan T.Y.T. Dr Thani Al Zeyoudi, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar Negeri.

No comments:

Post a Comment

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...