Thursday, November 11, 2021

LDRA MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK JAMINAN & KESELAMATAN TERBENAM (ESSS) 2022; SEKALI LAGI SECARA MAYA UNTUK MEMBOLEHKAN AUDIENS GLOBAL YANG LEBIH BESAR

Edisi ke-7 bagi persidangan global terulung itu akan diadakan pada 15 Jun, 2022, dengan tema, “Mereka Bentuk Sistem Terbenam dengan Ketangkasan, Kualiti, Jaminan & Keselamatan”

BENGALURU, India, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LDRA, dengan kerjasama rakan-rakan industri dan persatuan, hari ini mengumumkan bahawa edisi ketujuh bagi Sidang Kemuncak Jaminan & Keselamatan Terbenam (ESSS) 2022 akan diadakan pada 15 Jun. Dengan tema “Mereka Bentuk Sistem Terbenam dengan Ketangkasan, Kualiti, Jaminan & Keselamatan,” persidangan dan ekspo itu akan diadakan secara maya untuk tahun kedua berturut-turut. Ini akan membolehkan lebih ramai orang terlibat dalam membangun, menguji dan memperakui sistem terbenam misi kritikal untuk mengetahui tentang kemajuan teknologi terkini.

Dengan usaha berterusan untuk memperkasakan komuniti terbenam dan menjangkau kepada sebuah audiens global, ESSS 2022 datang dengan sesi teknikal eksklusif, sebuah platform dalam talian yang interaktif dan gabungan yang tepat bagi rakan industri untuk perangkaian. Acara itu memberi tumpuan kepada empat trek industri: Aeroangkasa & Pertahanan, Automotif, Perindustrian dan Perubatan.

“Sama ada hadir secara peribadi atau maya, ESSS membolehkan kami untuk meneruskan usaha kami untuk menyokong industri terbenam yang kritikal jaminan dan keselamatan,” kata Ian Hennell, Pengarah – Operasi, LDRA. “Forum yang komprehensif ini mendidik dan memaklumkan masyarakat tentang kemajuan teknologi dan keperluan untuk membina kualiti ke dalam sistem masa depan.”

ESSS 2022 akan termasuk kandungan yang menarik dan bermaklumat, termasuk sebuah perbincangan panel, “Pembangunan yang Dipacu oleh Standard dalam sebuah Dunia Tangkas.” Ia akan juga termasuk sesi ucaptama industri, dan sesi teknikal yang menangani semua genre di dalam komuniti terbenam, daripada jurutera perisian, pembuat keputusan, profesional bertauliah sehingga kepada perwakilan daripada badan kerajaan dan kawal selia.

Menurut Shinto Joseph, Pengarah – Operasi Asia Tenggara, LDRA, dan Penganjur bagi ESSS, “ESSS 2022 akan mengumpulkan pemimpin merentasi kerajaan, inovasi teknologi, perniagaan dan badan standard untuk membentangkan keadaan amalan dan inovasi yang membantu profesional dalam memanfaatkan teknologi pintar. Perbincangan panel itu mengenai pembangunan dipacu oleh standard dalam sebuah dunia yang tangkas akan menjadi sangat berharga, kerana ia secara khusus ‘menangani isu-isu yang bakal dihadapi oleh kebanyakan industri akan datang, termasuk EV, UAV, IIoT, sistem autonomi, dll.”

Untuk maklumat lanjut tentang peluang-peluang penajaan, penyerahan kertas dan pendaftaran untuk ESSS 2022, sila layari www.embedded-safety-security.com

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...