Thursday, November 11, 2021

DAERAH LINGSHAN MEMPERTINGKATKAN LAGI PERUSAHAAN PERKHIDMATAN DAN MENGOPTIMUMKAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN SECARA BERTERUSAN






LINGSHAN, China, 11 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Lingshan, Bandar raya Qinzhou, Guangxi telah melaksanakan satu siri langkah, seperti “permohonan rentas wilayah + perkhidmatan pakej”, “perkhidmatan sehenti”, “mengurangkan proses, masa dan kos” dan “permulaan pembinaan setelah pengambilan tanah”, agar dapat terus menambah baik persekitaran perniagaan dan membawa daya tenaga ke dalam pasaran. Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13, semua jenis entiti pasaran di daerah itu meningkat sebanyak 73.8%, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Lingshan.
 
Lingshan telah merealisasikan sepenuhnya kelulusan bagi “Permohonan Rentas wilayah” tanpa bermesyuarat dengan mengendalikan pakej “Saya ingin memulakan sebuah syarikat” secara dalam talian. Pada masa ini, 43,442 item perkhidmatan telah dikendalikan melalui “pengendalian rentas wilayah”. Mengintegrasikan 1,503 item bagi item perkhidmatan kerajaan yang diguna pakai oleh 34 jabatan peringkat daerah, 16 tetingkap perkhidmatan komprehensif telah diwujudkan, merealisasikan 100% penerimaan terkelas bagi item perkhidmatan kerajaan yang diguna pakai di dalam “perkhidmatan sehenti”.

Bergantung pada platform “perkhidmatan sehenti” yang dilancarkan oleh perusahaan di Guangxi dan memproses semua perkara sistem dalam talian untuk perkhidmatan komprehensif perusahaan Qinzhou, Daerah Lingshan menyepadukan penubuhan perusahaan kepada 7 item dan 2 pautan dengan keseluruhan proses selesai dalam 0.5 hari bekerja. Pembatalan mudah bagi pendaftaran untuk entiti pasaran telah dilaksanakan, dan tempoh pengumuman pembatalan itu dikurangkan daripada 45 hari kepada 20 hari. Dalam bentuk subsidi kerajaan, satu set lengkap bagi cap fizikal termasuk cap rasmi, cap kewangan khas, cap invois khas, cap korporat dan cap kontrak khas dan satu set cap elektronik dibentangkan kepada perusahaan yang baharu ditubuhkan, dan cukai UKEY diedarkan kepada pembayar cukai secara percuma.

Lingshan juga menerajui di dalam pelancaran pembaharuan perintis bagi “satu lesen bersepadu” di bandar raya itu, memulakan pembaharuan perintis bagi 13 industri seperti katering dan tadika swasta, dan menyepadukan berbilang lesen menjadi satu Lesen Komprehensif untuk Industri. Pada 28 Julai tahun ini, Lingshan Lixiang Human Resources Co., Ltd. mendapat Lesen Komprehensif pertama di bandar raya itu untuk Industri dengan hanya melalui satu tetingkap sahaja.
 
Di samping itu, Lingshan telah secara aktif mempromosikan pembaharuan bagi sistem kelulusan untuk mengguna pakai pembinaan bagi projek pelaburan sosial. Bagi pemilik projek pembinaan yang tidak mendapat hak guna tanah tetapi mempunyai satu subjek yang agak jelas, jika mereka bertekad untuk mematuhi mod kelulusan itu bagi “permulaan pembinaan setelah pengambilan tanah”, jabatan yang memberikan kelulusan harus mempertimbangkan bahawa subjek itu telah memperoleh hak menggunakan tanah itu dan menjalankan semakan yang substantif terlebih dahulu. Selepas permit penggunaan tanah rasmi diperolehi untuk projek pembinaan itu, jabatan yang memberikan kelulusan itu akan mengubah pendapat prakelulusan kepada dokumen kelulusan rasmi, mencapai matlamat pembaharuan iaitu “permulaan pembinaan selepas pengambilan tanah”.
 
Sumber:  Jabatan Publisiti bagi Daerah Lingshan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=407119
 
  Kapsyen:  “Permohonan Rentas wilayah” Lingshan untuk pendaftaran syarikat

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15211

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...