Saturday, December 16, 2023

PERJALANAN PEMERKASAAN MARY KAY DITERUSKAN: JENAMA MENYERTAI PRINSIP PEMERKASAAN WANITA DI ASIA PASIFIK




DALLAS, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Mary Kay Inc., penyokong global untuk pemerkasaan wanita, mengumumkan pada Hari Keusahawanan Wanita bahawa syarikat tersebut telah secara rasmi menjadi penandatangan Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEP) di rantau Asia Pasifik. Pada bulan Mac 2019, Mary Kay Inc. mengambil langkah pertama dalam perjalanan WEP syarikat itu dengan menjadi penandatangan global semasa Forum WEP yang diadakan di luar Suruhanjaya Status Wanita (CSW63).

Semasa Mary Kay meraikan ulang tahun ke-60, syarikat itu menyertai WEP untuk terus meletakkan kedudukan sebagai peneraju dalam keusahawanan wanita di rantau Asia Pasifik yang sudah menjadi sinonim dengan peluang perniagaan yang tiada tandingannya, memupuk tempat kerja yang banyak membantu dan memberikan kembali kepada komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

WEP menyediakan rangka kerja holistik untuk syarikat mempromosikan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita di tempat kerja, pasaran dan komuniti, serta memacu hasil positif untuk masyarakat dan perniagaan. Dilancarkan pada tahun 2010 oleh Wanita PBB (UN Women) dan Kompak Global PBB (UN Global Compact), WEP dimaklumkan oleh standard buruh antarabangsa dan hak asasi manusia, serta berdasarkan pengiktirafan bahawa perniagaan mempunyai kepentingan dalam dan tanggungjawab untuk, kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita.

Dalam satu pernyataan, Wendy Wang, Presiden, Mary Kay Rantau Asia Pasifik berkata:

“Melalui usaha meneruskan perjalanan WEP global syarikat yang Mary Kay mulakan pada tahun 2019, pada hari ini, di rantau Asia Pasifik, syarikat itu menegaskan semula ikrar untuk membantu mempercepat penutupan jurang jantina di tempat kerja, pasaran dan komuniti. Pemerkasaan wanita melangkaui kejayaan kerjaya wanita - perkara ini memerlukan pandangan holistik, rancangan hala tuju ke arah kemajuan dan impak yang diukur, serta keterlibatan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta – dan WEP melaksanakan perkara tersebut. Di Mary Kay, kami menerajui dengan membolehkan wanita daripada semua lapisan masyarakat dengan alatan, pementoran dan pendidikan yang betul supaya mereka boleh membuat pilihan yang membawa kepada kehidupan yang memuaskan dan amat bermakna untuk diri mereka sendiri, keluarga dan komuniti mereka.”

Dalam meraikan pencapaian WEP untuk Mary Kay di Rantau Asia Pasifik, Mary Kay China baharu sahaja mengeluarkan Laporan Impak Mary Kay China Memperkasa Wanita yang pertama kali bertajuk, "Berfikir Seperti Wanita." Laporan itu melaksanakan Prinsip 7: “Pengukuran dan Pelaporan” dan Prinsip 6: “Inisiatif dan Sokongan Komuniti.”

WEP sedang Berjalan:

Laporan itu mendedahkan usaha dan hasil Mary Kay China dalam pemerkasaan wanita untuk mencapai kejayaan melalui pelbagai pendekatan dalam kepimpinan, pasaran, tempat kerja dan kerja komuniti. Edisi akan datang bagi laporan itu akan merangkumi ikrar dan impak Mary Kay di negara lain di rantau Asia Pasifik tempat syarikat itu beroperasi. Beberapa pencapaian berikut yang merangkumi 7 Prinsip WEP ditegaskan dalam laporan:

Pemimpin Lama dan Penyokong Global untuk Pemerkasaan Wanita

• Mary Kay rantau Asia Pasifik menjadi penandatangan WEP.
• Melaksanakan strategi pembangunan "Semua Untuknya” bagi menyediakan sokongan menyeluruh untuk perunding kecantikan bebas.

Memperkasa Wanita Melalui Perniagaan

• Dari tahun 2022 hingga bulan Mac 2023, 1,327,082 Perunding Kecantikan Bebas telah menyertai sesi latihan.
• Dari tahun 2020 hingga 2022, Mary Kay melaburkan lebih daripada RMB 80 juta (Yuan China) dalam pemerkasaan digital bertujuan membangunkan alatan perniagaan dalam talian dan luar talian bagi perunding kecantikan.

Tempat yang Baik Untuk Wanita Bekerja

• Pada tahun 2022, peratusan wanita dalam kalangan pasukan eksekutif dan pekerja Mary Kay China ialah 57%, manakala 64% pekerja yang dinaikkan pangkat ialah wanita.
• Pada tahun 2022, 93% pekerja Mary Kay China menyertai latihan mengenai pengurusan projek, trend pasaran dan kepimpinan, dengan purata setiap pekerja sebanyak 1.6 sesi latihan, 6 jam masa latihan dan RMB 1,500 pelaburan latihan.

Memberikan Kembali kepada Komuniti

• Setakat bulan April 2023, seramai 257,117 wanita telah menerima manfaat daripada program CSR Mary Kay China.
• Pada tahun 2022, 1,267 Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay China dan pekerja menyumbang lebih 9,000 jam perkhidmatan sukarela dalam pelbagai kapasiti: berkhidmat sebagai sukarelawan bukan perubatan di pusat pembedahan bibir rekah dan lelangit, membantu membersihkan komuniti mereka, atau mengadakan kelas kecantikan percuma untuk amal kebajikan.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17763

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...