Sudut Ketua Pegawai Teknologi (CTO): Menavigasi Landskap Keselamatan Siber yang Sedang Berkembang bersama Tim Liu
SANTA CLARA, Calif., 26 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, peneraju penyedia penyelesaian keselamatan siber, telah menerbitkan tinjauan tahunan dari Sudut Ketua Pegawai Teknologi (CTO). Landskap keselamatan siber pada tahun 2024 bersedia untuk anjakan yang ketara, memberikan cabaran dan peluang. Pakar industri memantau dengan teliti beberapa trend utama yang membuka pintu untuk potensi ancaman serta strategi IT yang berinovatif untuk bertindak balas. Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Tim Liu berkongsi trend tertinggi untuk tahun 2024:
Impak AI ke atas Keselamatan Siber
Lonjakan dalam penerimagunaan kecerdasan buatan (AI), dipercepat dengan pengenalan ChatGPT dan teknologi AI lain pada tahun 2023, terus membentuk semula keselamatan siber. Walaupun AI menjanjikan peningkatan daya kreativiti dan produktiviti, serta penambahbaikan aliran kerja umum, ini juga memperkenalkan vektor ancaman baharu. Sifat seolah-olah 'tiada undang-undang atau kawalan' bidang AI, ditambah pula dengan peraturan yang sentiasa berkembang, menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan data. Kerentanan AI terhadap pancingan data dan eksploitasi kejuruteraan sosial, diperkasa oleh taktik yang lebih canggih, menambah lapisan kerumitan tambahan kepada landskap keselamatan siber. Memandangkan AI menjadi lebih mudah diakses, ini menimbulkan persoalan tentang potensi yang muncul bagi tujuan baik dan berniat jahat, malah kita perlu terus gigih menghadapi akibatnya.
Cabaran Keselamatan Awan
Penerimagunaan awan terus wujud tanpa henti, didorong sebahagiannya oleh permintaan inisiatif AI perusahaan. Walau bagaimanapun, model tanggungjawab bersama untuk keselamatan dan pematuhan awan tidak difahami secara universal, terutamanya pada peranan tahap C dan lembaga pengarah. Isu seperti kebimbangan keselamatan dalam contoh awan terurus IT bayangan dan kesilapan pengawasan oleh pasukan IT yang berpengalaman menyumbang kepada cabaran keselamatan awan yang berpanjangan.
Meluaskan Permukaan Serangan
Percambahan peranti tepi, termasuk peranti IoT, kemudahan yang disambungkan kepada 5G dan kenderaan elektrik antara muka rangkaian, sedang meluaskan landskap ancaman keselamatan siber dengan pantas. Pertahanan rangkaian tradisional mesti berkembang untuk melindungi permukaan serangan dan pintu masuk baharu ini, yang memerlukan pendekatan menyeluruh kepada keselamatan siber.
Faktor Manusia dalam Keselamatan Siber
Di tengah-tengah tumpuan kepada AI, awan dan titik akhir, faktor manusia kekal sebagai vektor serangan yang tersebar luas. Kejadian keselamatan siber sering berpunca daripada tindakan manusia, menekankan kepentingan amalan keselamatan asas. Kemas kini yang kerap, latihan kakitangan dan pengurusan yang sentiasa berjaga-jaga adalah penting dalam mengelakkan ancaman siber, menjelaskan bahawa keselamatan siber ialah masalah manusia sama seperti masalah teknologi.
Transformasi Kepercayaan & Keselamatan Digital
Memandangkan perniagaan semakin bergantung pada transaksi digital, membina dan mengekalkan kepercayaan digital menjadi kemestian. Strategi keselamatan siber menyumbang kepada kepercayaan digital, dengan penekanan pada postur keselamatan holistik dan amalan yang semakin berkembang seperti Operasi Keselamatan (SecOps). Alatan seperti SIEM dan XDR memainkan peranan penting dalam menggerakkan daripada postur prapelanggaran kepada postur pascapelanggaran, memberikan tumpuan kepada pengesanan, respons dan pengurangan. Trend baharu muncul seperti SASE dan SSE menekankan lagi keperluan untuk pendekatan keselamatan yang disatukan dan berintegrasi.
Landskap keselamatan siber pada tahun 2024 menuntut penyesuaian dan inovasi yang berterusan. Memandangkan teknologi berkembang pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, organisasi mesti sentiasa kekal berjaga-jaga, mengutamakan langkah keselamatan yang berteraskan individu dan menghayati strategi keselamatan holistik untuk menavigasi landskap ancaman yang berkembang dengan berkesan.
Selamat Bercuti daripada Hillstone Networks.
Maklumat Tentang Hillstone Networks
Hillstone Networks ialah peneraju dalam keselamatan siber, menyampaikan kelainan dan kepelbagaian perlindungan kepada syarikat pelbagai saiz, dari tepi ke awan dan merentasi mana-mana beban kerja. Pendekatan Keselamatan Siber Integratif Hillstone Networks membawa perlindungan, kawalan dan penggabungan kepada lebih daripada 26,000 perusahaan di seluruh dunia. www.hillstonenet.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17780
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment