Penyelesaian ZTNA Hillstone Networks Berjaya Memasuki dalam Gambaran Keseluruhan SSE Firma Penganalisis
SANTA CLARA, Calif., 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, peneraju penyedia penyelesaian keselamatan siber, dimasukkan dalam Laporan Landskap Penyelesaian Pinggir Perkhidmatan Keselamatan untuk Q4 2023. Laporan Forrester menawarkan gambaran keseluruhan landskap pasaran untuk penyelesaian Pinggir Perkhidmatan Keselamatan (SSE), yang digunakan untuk menyediakan akses Percaya Sifar (Zero Trust) kepada aplikasi dan data, serta untuk menjamin tenaga kerja dari jauh. Laporan tersebut menumpukan kepada aspek utama seperti takrifan pasaran, nilai perniagaan, kematangan pasaran, dinamik, vendor terkenal, kes penggunaan terbaik, kefungsian mengikut kes penggunaan dan tumpuan vendor kepada kes penggunaan lanjutan.“Penyelesaian SSE menangani masalah sebenar pada jurang keselamatan dalam pinggir rangkaian yang semakin berkembang,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan Pengasas Bersama di Hillstone Networks. “Penyelesaian ZTNA Hillstone memberikan perlindungan percaya sifar sebagai sebahagian daripada tawaran SSE, melaksanakan tahap keselamatan yang diperlukan untuk tenaga kerja hibrid atau dari jauh, melindungi aplikasi dan data tanpa mengambil kira penggunaan – dari pinggir ke awan.”
Disebabkan peningkatan model kerja dari jauh dan hibrid, maka perimeter rangkaian tradisional menjadi kurang berkesan. CISO ditugaskan untuk mendapatkan akses berbilang lokasi kepada aset korporat: dari rangkaian di kampus, ke pejabat cawangan, rumah pekerja, malah merentasi rangkaian mudah alih awam. Bagi memenuhi cabaran akses hibrid, apa-apa peranti dan di mana-mana sahaja, suit penyelesaian Pinggir Hillstone memasukkan teknologi akses rangkaian percaya sifar (ZTNA). ZTNA membenarkan organisasi mendapatkan akses tanpa mengambil kira lokasi pengguna, menjadikan penyelesaian ini sangat sesuai untuk sifat teragih tenaga kerja pada hari ini dalam melindungi beban kerja aplikasi, data perusahaan dan akses dari jauh.
Penyelesaian ZTNA Hillstone dibina di atas platform tembok api termaju syarikat tersebut dan menyediakan keupayaan untuk memberikan akses terperinci berdasarkan identiti pengguna dan peranti, pemeriksaan postur peranti yang berterusan, membenarkan penguatkuasaan keistimewaan yang tepat, menjadikan ZTNA sebagai penyelesaian SSE yang sesuai.
Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian ZTNA Hillstone.
Maklumat Tentang Hillstone Networks
Hillstone Networks ialah peneraju dalam keselamatan siber, menyampaikan kelainan dan kepelbagaian perlindungan kepada syarikat pelbagai saiz, dari tepi ke awan dan merentasi mana-mana beban kerja. Pendekatan Keselamatan Siber Integratif Hillstone Networks membawa perlindungan, kawalan dan penggabungan kepada lebih daripada 26,000 perusahaan di seluruh dunia. www.hillstonenet.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Zeyao Hu
+1 4085086750
inquiry@hillstonenet.com
Sumber: Hillstone Networks
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment