Tuesday, December 5, 2023

H2SITE TELAH MENGGUNAKAN SISTEM PEMECAHAN AMMONIA DALAM PENGANGKUTAN PERTAMA, MENJANA HIDROGEN DENGAN KETULENAN TINGGI DIGANDINGKAN BERSAMA SEL BAHAN API PEM

 

• Pengangkutan maritim mewakili 2% daripada pelepasan gas rumah hijau global. Ammonia dan metanol ialah pembawa paling berpotensi yang sedang diterokai untuk proses penyahkarbonan.

• H2SITE telah menghasilkan hidrogen tulen daripada ammonia dalam pengangkutan, melalui proses yang dipanggil sebagai “Pemecahan ammonia”, menggunakan teknologi reaktor membran berintegrasi syarikat. Disambungkan ke sel bahan api PEM, hidrogen digunakan bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk penggunaan tambahan kapal.

• Selepas membuktikan teknologi reaktor membran berintegrasi syarikat bagi penggunaan dalam pengangkutan dan pedalaman, H2SITE terus mengembangkan teknologi syarikat yang berjaya membuktikan tahap kecekapan lebih tinggi.



BILBAO,Sepanyol, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H2SITE telah berjaya mengesahkan pemecah ammonia pertama untuk menghasilkan hidrogen dengan ketulenan tinggi bagi penjanaan kuasa dalam pengangkutan, menggunakan sel bahan api PEM. Reaktor membran berintegrasi telah dipasang dan dikendalikan dalam kapal bekalan BERTHA B, melayari pantai Teluk Biscay.

Pengangkutan maritim bertanggungjawab untuk 2% daripada pelepasan gas rumah hijau global, menunjukkan potensi besar untuk pengurangan pelepasan dengan beralih daripada pilihan bahan api hidrokarbon kepada hijau, seperti hidrogen.

Pemecahan ammonia semakin mendapat perhatian sebagai pembawa hidrogen yang berpotensi untuk penggunaan dalam pengangkutan. Proses ini boleh digunakan secara langsung di dalam enjin, atau boleh dipecahkan kepada hidrogen dan digunakan dalam sel bahan api. Sebelum hidrogen digunakan, penulenan diperlukan, terutamanya jika terdapat kesan ammonia.

Reaktor membran H2SITE memastikan semua ammonia diubah, sambil menghantar hidrogen dengan ketulenan tinggi ke sel bahan api dalam satu langkah proses. Semasa navigasi, sebagai sebahagian daripada projek H2OCEAN, pemecah H2SITE telah berjaya menjana kuasa ke perkhidmatan tambahan kapal. Pencapaian ini berjaya direalisasikan dengan kerjasama pemain yang aktif dalam segmen penyahkarbonan maritim seperti Zumaia Offshore, Erhardt Offshore, Ajusa dan TECNALIA, bersama dengan penyertaan Enagas dan ABS.

“Teknologi reaktor membran berinovatif kami bukan sahaja membawa penambahbaikan dalam kecekapan sistem tetapi juga mengurangkan jejak pemasangan. Ini amat penting dalam penggunaan di ruang yang terhad, seperti di atas kapal.". to Jose Medrano, Pengarah Teknikal di H2SITE. “Kami telah menumpukan usaha reka bentuk kami bagi meminimumkan penggunaan ammonia, yang akan menjadi kunci utama untuk pengembangan bagi disesuaikan dengan unit output kuasa lebih tinggi ”.

Projek ini merupakan batu loncatan untuk H2SITE dalam penyahkarbonan pengangkutan maritim.

Maklumat Tentang H2SITE:

H2SITE telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan memiliki teknologi eksklusif untuk reaktor dan pemisah, memudahkan penukaran pelbagai bahan suapan kepada hidrogen. Ini termasuk ammonia, metanol, atau gas sintetik, serta pemisahan hidrogen daripada campuran gas dalam kepekatan rendah untuk penggunaan dalam gegua garam atau hidrogen geologi.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut:
Andrés Galnares, Ketua Pegawai Eksekutif H2SITE: andres.galnares@h2site.eu
 
Sumber: H2SITE

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...