Tuesday, December 12, 2023

DI SINGAPURA, INDONESIA MEMPERKENALKAN TREND PELABURAN BERCITA-CITA TINGGI 2024 DAN PELUANG-PELUANG EKONOMI HIJAU

SINGAPURA, 12 Dis., 2023/Agensi Berita Antara-AsiaNet/--

Dalam satu forum pelaburan yang berprofil tinggi yang diatur oleh Kementerian Pelaburan/Lembaga Penyelaras Pelaburan, Indonesia telah membentangkan strategi pelaburan berani mereka untuk tahun 2024 dan melancarkan satu rancangan yang meluas untuk memanfaatkan peluang-peluang ekonomi hijau.

Forum itu menandakan satu perubahan yang signifikan di dalam landskap ekonomi Indonesia dan menekankan komitmen kerajaan terhadap pembangunan ekonomi yang mapan dan bertanggungjawab.

Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia berkata bahawa langkah-langkah strategik untuk menarik pelaburan termasuk kestabilan politik, perundangan, dan ekonomi, dasar-dasar mudah suai dan progresif untuk penambahbaikan iklim pelaburan, potensi sumber manusia, baik dari segi ketersediaan tenaga kerja dan pasaran, dan potensi bagi alam semula jadi yang amat banyak yang boleh berlaku kemudian.

“Oleh itu, kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan industri yang mesra alam dan penggunaan sumber tenaga baharu yang boleh diperbaharui yang boleh menggalakkan pembangunan yang lebih inklusif, adil dan saksama untuk semua,” kata Menteri itu dalam forum pelaburan yang bertemakan “Trend Pelaburan Indonesia 2024 dan Peluang-peluang Ekonomi Hijau" yang diadakan di Singapura pada Jumaat (8/12).

Sama pentingnya, ketika memasuki tahun politik, Bahlil menekankan bahawa iklim pelaburan di Indonesia kekal tidak terjejas oleh pilihan raya umum yang akan datang.

“Walaupun berdepan dengan peristiwa politik, saya tetap yakin bahawa politik tidak akan menghalang pelaburan, dan kerajaan akan terus memperkemaskan permit perniagaan melalui aplikasi Penyerahan Tunggal Dalam Talian atau Online Single Submission (OSS) Indonesia,” tegas beliau.
 
Persidangan itu, dengan kehadiran kira-kira 200 orang peserta, memupuk perbincangan yang bertenaga mengenai peralihan penting kepada kelestarian. Tokoh dan pakar terkemuka dari Agensi Perangkaan Kebangsaan (BPS), Kementerian Pelaburan, Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Maritim dan Pelaburan, bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Pengurusan Metropolitan Rebana, untuk sekadar menyebut beberapa nama saja, mengetuai di dalam perbincangan panel, menawarkan pandangan yang tidak ternilai ke dalam potensi Indonesia untuk pertumbuhan lestari.

Berdasarkan kepada data Kementerian Pelaburan, Singapura telah muncul sebagai sumber utama bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) untuk Indonesia sejak tiga tahun yang lalu, sekali gus membuat pelaburan besar yang berjumlah USD 12.1 bilion dari Januari hingga September 2023.
 
SUMBER: Kementerian Pelaburan/Lembaga Penyelaras Pelaburan  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17747

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...