Monday, December 11, 2023

MENINGKATKAN KEPINTARAN DALAM PERNIAGAAN: BENGKEL PROGRAM PENDIDIKAN EKSEKUTIF DALAM KEWANGAN CHICAGO BOOTH UNTUK PEMIMPIN TANPA LATAR BELAKANG KEWANGAN-BOLEH DIDAPATI DI HONG KONG DAN CHICAGO

 CHICAGO, 11 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Chicago Booth memperkenalkan Bengkel Pendekatan Chicago Booth kepada Kewangan (CBAFW), program transformatif yang direka bentuk untuk pengurus tanpa latar belakang perakaunan dan kewangan yang ingin membangunkan pemahaman kukuh tentang mengukur dan menyampaikan prestasi ekonomi syarikat mereka.


Pengalaman pembelajaran ini disesuaikan dengan latar belakang dan gaya pembelajaran yang pelbagai bagi setiap peserta—memastikan bahawa setiap eksekutif, tanpa mengira pengetahuan mereka dalam kewangan dan perakaunan sebelum ini, dapat memahami dan menggunakan sepenuhnya konsep yang diajar dalam program ini. Peserta akan meninggalkan program dengan kemahiran untuk membuat keputusan kewangan termaklum, merealisasikan perancangan strategik yang bertambah teratur dan hasil kewangan yang lebih baik untuk organisasi mereka.

Pengarah fakulti program, Haresh Sapra, Profesor Perakaunan Chicago Booth, Charles T. Horngren dan satu daripada fakulti Chicago Booth yang terkenal di dunia, mereka bentuk program ini untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui pengalaman berinteraktif.

“Konsep kewangan dan perakaunan boleh menjadi mencabar untuk difahami oleh eksekutif, tetapi ini penting dalam membuat keputusan perniagaan yang kritikal bersama akibatnya. Saya berusaha mereka bentuk program yang memasukkan gabungan alat pembelajaran untuk memaksimumkan impak pembelajaran,” kata Profesor Sapra.

Para peserta akan memulakan perjalanan pembelajaran mereka dengan menonton video kuliah/penyelidikan Sapra yang dirakam tak segerak secara profesional dalam talian bagi membina asas yang kukuh sebelum mereka memasuki kelas. Seterusnya, para peserta akan menghadiri kuliah kelas yang cukup terperinci selama dua hari bersama Sapra. Pada hari ketiga, peserta akan melibatkan diri, mendengar dan belajar daripada alumni Chicago Booth melalui panel tetamu eksklusif yang memberi ceramah mengenai trend ekonomi serantau dan keputusan kewangan kompleks. Perbincangan ini akan disesuaikan dengan lokasi program anda, sama ada di kampus Hong Kong atau Chicago di Universiti Chicago Booth.

Sepanjang program ini, para peserta akan berpeluang menjalinkan hubungan rangkaian dengan pelbagai kumpulan profesional dari industri berbeza. Ini mewujudkan peluang yang tidak ternilai untuk bertukar-tukar idea, pengalaman dan membentuk hubungan profesional yang berkekalan.

Bagi meneruskan perbincangan selepas program tamat, peserta akan dijemput menyertai kumpulan sosial eksklusif yang merangkumi peserta lepasan program dalam talian lapan minggu bersama Sapra, Pendekatan Chicago Booth kepada Kewangan. Peserta program Pendekatan Chicago Booth kepada Kewangan dalam talian yang sebelum ini akan juga menerima diskaun sekiranya mereka ingin terus belajar dengan menghadiri program bengkel baharu ini.

Program ini akan diakhiri dengan majlis keraian penyampaian sijil untuk mengiktiraf pencapaian peserta program dengan Chicago Booth.

Ketahui sekiranya CBAFW sesuai untuk anda dan organisasi anda. Program ini sangat bernilai untuk pasukan. Penasihat pendaftaran kami komited untuk bekerjasama dengan eksekutif bagi menyokong belanjawan pendidikan mereka sambil menjajarkan objektif pembelajaran anda. Tanya tentang manfaat pendaftaran secara berkumpulan.

Muat turun brosur atau hubungi kami di exec.ed@chicagobooth.edu atau +1 312.464.8732 untuk mengetahui lebih lanjut.

Pendidikan Eksekutif Chicago Booth menawarkan pendidikan bertaraf dunia merentasi kewangan, kepimpinan, pengurusan eksekutif, strategi, inovasi, serta analisis dan mereka bentuk program tersuai yang dipadankan bagi memenuhi cabaran unik organisasi. Program diajar oleh fakulti sama yang mengajar dalam program ijazah MBA Booth, serta pakar dalam industri. Rangkaian Pendidikan Eksekutif Booth mewakili lebih 30,000 eksekutif merentasi 140 negara.

Maklumat Tentang Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Chicago Booth

Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Chicago Booth ialah pusat pengajian perniagaan yang kedua tertua di Amerika Syarikat dan pertama mengajar para eksekutif. Sebagai destinasi intelektual, Chicago Booth menarik minat cendekiawan dan pelajar dari seluruh dunia ke kampus global universiti tersebut di Chicago, London dan Hong Kong.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Maria Sierra-Wilburn, PhD
Pengarah Bersekutu Kanan, Pendaftaran
Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Chicago Booth
+1.312.464.8732
exec.ed@chicagobooth.edu
 
Sumber: Pendidikan Eksekutif Chicago Booth

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...