Thursday, March 2, 2023

TECHTRONIC INDUSTRIES MENYAMPAIKAN PRESTASI PENCAPAIAN TAHUNAN 2022 YANG KUKUH



MARGIN KASAR BERTAMBAH KEPADA 39.3%, EBIT MENINGKAT KEPADA AS$1.2 BILION


HONG KONG, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kelengkapan berkuasa dan penjagaan lantai & pembersihan Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan”) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya mengumumkan prestasi pencapaian Syarikat dan anak syarikat disatukan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. TTI mempamerkan daya tahan model perniagaan syarikat pada tahun 2022 dalam persekitaran operasi yang lebih mencabar. Selepas hampir menggandakan sumber hasil dari 2018 hingga 2021, Kumpulan tersebut menyampaikan pertumbuhan jualan mata wang tempatan sebanyak 2.8% pada tahun 2022 disebabkan pertumbuhan luar biasa perniagaan MILWAUKEE.

• Perniagaan utama MILWAUKEE kami berkembang 21.8% dalam mata wang tempatan
• Aliran tunai bebas meningkat dalam separuh kedua untuk mengakhiri tahun ini dengan AS$329 juta
• Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut kepada 39.3%, meningkat sebanyak 54 mata asas

Table
 
*Bagi tahun berakhir 31 Disember 2022

Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut, daripada 38.8% pada tahun 2021 kepada 39.3% pada tahun 2022. EBIT TTI meningkat 0.8% kepada AS$1.2 bilion dengan margin bertambah sedikit kepada 9.1%. Untung Bersih turun 2.0% kepada AS$1.1 bilion disebabkan oleh perbelanjaan faedah yang lebih tinggi. Perolehan sesaham juga merosot 2.0% kepada AS58.86 sen. Kumpulan ini menjana aliran tunai bebas sebanyak AS$329 juta, dengan penambahbaikan yang luar biasa dalam separuh kedua. Modal kerja kepada jualan mengakhiri tahun ini dengan 21.2% berbanding 20.9% setahun yang lalu. Lebih penting lagi, bilangan hari inventori barang siap jatuh 3 hari kepada 113 hari pada akhir tahun.

Perniagaan Kelengkapan Berkuasa TTI, mewakili 93.0% daripada jumlah jualan, meningkat sebanyak 5.5% dalam mata wang tempatan. MILWAUKEE berkembang sebanyak 21.8% dalam mata wang tempatan, mengimbangi penurunan dalam perniagaan pengguna dan penjagaan lantai kami. Dalam perniagaan Kelengkapan Berkuasa, TTI menjana pertumbuhan organik dua digit yang rendah di Eropah dan ROW, bersama dengan pertumbuhan positif dalam perniagaan teras Amerika Utara.

Lembaga Pengarah mengesyorkan dividen akhir sebanyak HK90.00 sen (kira-kira AS11.58 sen) sesaham. Bersama, dengan dividen interim sebanyak HK95.00 sen (kira-kira AS12.23 sen) sesaham, ini akan menghasilkan dividen penuh untuk setahun sebanyak HK185.00 sen (kira-kira AS23.81 sen) sesaham, sama seperti tahun lepas.

Encik Horst Pudwill, Pengerusi TTI, berkata, “Dengan peningkatan yang kukuh dalam aliran tunai bebas dan kunci kira-kira yang sihat, TTI berada pada kedudukan yang baik untuk mengembangkan lagi kedudukan sebagai peneraju industri, profesional dan pengguna global kami. Kami amat yakin dengan keupayaan kami untuk terus memacu perolehan bahagian pasaran dan mengatasi jangkauan pasaran pada tahun 2023.”

Encik Joseph Galli, Ketua Pegawai Eksekutif TTI, mengulas, “TTI berada pada kedudukan yang baik untuk mengatasi jangkauan pasaran pada tahun 2023. Kami bukan sahaja mengurangkan asas kos SG&A, tetapi juga memperkemas kedudukan overhed tetap kami dan menguruskan tahap pengeluaran kami secara berhemat sambil membangunkan aliran produk baharu yang berinovatif.”

Maklumat Tentang TTI

TTI ialah peneraju dunia dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Alatan Berkuasa, Kelengkapan Berkuasa Luar, Produk Penjagaan Lantai dan Pembersihan untuk Dilakukan Sendiri (DIY), pengguna, profesional dan pengguna industri dalam industri rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan infrastruktur. Syarikat mempunyai asas yang dibina di atas empat pemacu strategik – Jenama Mantap, Produk Berinovatif, Warga Kerja Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan wawasan jangka panjang yang luas untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global untuk usaha berterusan terhadap inovasi produk telah membawa TTI ke hadapan dalam industri ini sambil mengekalkan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat yang tinggi. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk alatan berkuasa MILWAUKEE, AEG dan RYOBI, aksesori dan alatan tangan, produk kegunaan luar RYOBI dan HOMELITE, susun atur EMPIRE dan produk pengukuran, serta produk dan larutan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.

Diasaskan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Berhad pada tahun 1990, TTI ialah satu daripada saham konstituen Indeks Hang Seng, Indeks Penanda Aras Kelestarian Korporat Hang Seng, Indeks FTSE RAFITM All-World 3000, Indeks FTSE4Good Developed dan Indeks MSCI ACWI. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ttigroup.com.

Semua tanda dagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI dimiliki oleh Kumpulan. AEG ialah tanda dagangan berdaftar AB Electrolux (publ.) dan digunakan di bawah lesen. RYOBI ialah tanda dagangan berdaftar Ryobi Limited dan digunakan di bawah lesen.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Untuk pertanyaan Perhubungan Pelabur:

Bahagian Hubungan Utama
Perhubungan Pelabur TTI
Tel: +1 (954) 541-9660
E-mel: ir@ttihq.com

Bahagian Hubungan Asia/Pasifik
Perhubungan Pelabur TTI
Tel: +(852) 2402 6888
E-mel: ir@tti.com.hk
 
Sumber: Techtronic Industries Co. Ltd.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...