Thursday, March 9, 2023

PPJ TINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MELALUI PELANCARAN SISTEM OSC 4.0, COINS 2.0, E-LESEN DAN KAD DISKAUN BAS NADI PUTRA SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2023

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Hari Terbuka Putrajaya melabuhkan tirainya selepas empat (4) hari penganjuran, bermula 2 hingga 5 Mac 2023. Ianya dijayakan dengan konsep persepakatan di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan 58 kementerian, agensi dan rakan strategik swasta, selain warga komuniti serta NGO. Melalui acara ini, sebanyak 68 kementerian dan agensi awam berjaya dikumpulkan di satu lokasi bagi memberikan perkhidmatan secara terus kepada orang awam.

Selain itu, acara ini turut memberi peluang kepada lebih 200 peniaga dan penjaja kecil, penggiat seni kraf tangan dan industri kreatif melalui ruang niaga serta persembahan pentas yang telah diatur sebagai aktiviti sampingan.
 
Bersempena penganjuran acara ini, PPj turut mengambil peluang untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelancaran berikut:

a)    Sistem OSC 4.0
Sistem Pemantauan OSC 4.0 merupakan penambahbaikan daripada sistem OSC 3.0 sebelumnya sebagai salah satu inovasi ke arah pendigitalan sepenuhnya proses pemajuan di Putrajaya. Bermula daripada pengumpulan maklumat bagi memulakan projek, kelulusan pelan, mula kerja pembinaan di tapak sehingga ke peringkat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Sistem ini mengamalkan konsep 100% dalam talian dan sifar penggunaan kertas termasuklah minit mesyuarat, surat keputusan dan surat kelulusan permohonan yang boleh diakses kepada pengguna. Selain itu, ciri-ciri utama sistem ini adalah tandatangan digital, pembayaran melalui Financial Process Exchange (FPX), Penyediaan chatbot dan integrasi bersama sistem sedia ada.

b)   Manual DCP Putrajaya
Manual Dealing with Construction Permits (Manual DCP Putrajaya) adalah bertujuan untuk menambah baik proses dan tempoh masa memproses permohonan yang terlibat dalam mendapatkan permit pembinaan. Manual ini dibangunkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan memudah cara proses kelulusan pelan sehingga ke peringkat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Inisiatif ini telah berjaya mengurangkan bilangan prosedur daripada 45 kepada hanya 7 prosedur dan penjimatan masa dari 254 hari kepada 40.5 hari dalam urusan mendapatkan permit pembinaan.

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...