Friday, March 3, 2023

HUAWEI DI KONGRES DUNIA MUDAH ALIH (MWC) 2023: DUNIA PINTAR MEMERLUKAN INDUSTRI ICT DAN EKONOMI DIGITAL YANG LEBIH KUKUH




BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Semasa MWC Barcelona 2023, Huawei akan bertemu dengan pengendali, rakan niaga industri dan pemimpin pendapat utama lain dari seluruh dunia untuk membincangkan mengenai "PANDUAN kepada Dunia Pintar". Bersama-sama, mereka akan melihat cara menggunakan PANDUAN rangka tindakan perniagaan bagi menyediakan asas untuk 5.5G dan membina atas kejayaan 5G untuk kemakmuran yang lebih besar di dalam dunia pintar.

Ruang pameran utama Huawei di Dewan 1 MWC Barcelona direka bentuk berdasarkan konsep “Masa Depan Pintar, Penuh Harapan”. Di ruang pameran itu, Huawei melukis gambaran era yang didorong oleh ekonomi digital dan ditakrifkan dengan kerjasama yang lebih bersemangat dan penuh dengan kemungkinan yang tidak terbatas. Pada acara tersebut, Huawei turut mempamerkan produk dan penyelesaian terkini yang memberikan pengalaman 5G terulung, ketersambungan ultra-jalur lebar premium dan pintar, transformasi digital dan pintar, serta penyelesaian Hijau 1-2-3. Penawaran Huawei menunjukkan komitmen jelas untuk menginovasi bagi era 5.5G, mencipta nilai untuk pelanggan dan merangsang ekonomi digital.

Menjelang akhir tahun 2022, 5G telah pun terbukti sebagai kejayaan komersial global, dengan lebih daripada satu bilion pengguna mudah alih bersambung dengan 5G. Pengendali terkemuka di China, Korea Selatan, Switzerland, Finland dan Kuwait telah pun mencapai kadar penembusan pengguna 5G lebih daripada 30%, dan lebih daripada 30% trafik negara berkenaan datang dari 5G.

Menurut Laporan Penanda Aras Bandar 5G Ookla yang terkini, Huawei telah memainkan peranan penting dalam pembinaan rangkaian 5G di semua 10 bandar utama dari kalangan 40 wakil bandar yang 5G-diaktifkan di dunia. Penting untuk diberikan perhatian bahawa hasil prestasi 5G di 10 bandar ini menunjukkan rangkaian 5G yang dibina oleh Huawei menawarkan pengalaman terbaik.

Susulan daripada konsep Huawei "Melangkah Ke Arah Era 5.5G" yang dicadangkan pada bulan Julai 2022, Huawei mengetengahkan lima ciri utama era 5.5G: Pengalaman 10 Gbps, saling hubung kejadian sepenuhnya, penderiaan dan komunikasi berintegrasi, rangkaian pemanduan berautonomi L4 dan ICT hijau. Pengendali global terkemuka, organisasi standard dan rakan niaga ekosistem industri akan berkumpul dengan tujuan mempromosikan inovasi dan penerokaan untuk era 5.5G ini, kerana ia akan mencipta lebih banyak aplikasi dan peluang perniagaan baharu.

Pelaburan berterusan dan mantap ke dalam infrastruktur ICT secara langsung menggalakkan pertumbuhan dalam ekonomi digital. Laporan pihak ketiga menunjukkan bahawa, apabila rangkaian baharu berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain, kesan ini akan diperkuat sebanyak 15% lagi. Melihat ke arah masa depan, kami percaya PANDUAN rangka tindakan perniagaan yang menggabungkan 5G dan 5.5G menyediakan dengan jelas cara perkembangan ICT akan berjalan dan membawa nilai yang lebih besar.

Bersama dengan pelanggan dan rakan niaga, kami akan terus melakukan inovasi, membina ketersambungan pintar dan mentakrifkan semula pengkomputeran. Kerjasama dalam inovasi ini akan mencipta nilai yang lebih besar untuk industri ICT dan menjadikan seluruh industri lebih berdaya tahan dan makmur.

Bahagian Perusahaan Huawei juga menganjurkan acara sendiri di MWC 2023, bertemakan “Menerajui Infrastruktur Digital untuk Nilai Baharu Bersama”, apabila lebih daripada 50 produk dan penyelesaian berinovatif untuk pelanggan global akan dilancarkan. Antara sorotan di sini termasuk Penyelesaian Rangkaian Kampus Dipermudah Pintar, siri penyelesaian pusat data yang berinovatif dan strategi perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam bidang peranti, Huawei mempamerkan siri HUAWEI Mate 50, HUAWEI WATCH Buds, HUAWEI WATCH GT Cyber, yang muncul dengan inovasi baharu dalam bidang seperti pengimejan mudah alih, kecergasan dan kesihatan, serta pejabat pintar.

MWC Barcelona 2023 berlangsung dari 27 Februari hingga 2 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaian di ruang pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Bersama dengan pengendali, pakar industri dan pemimpin pendapat global, kami menyelami topik seperti kejayaan perniagaan 5G, peluang 5.5G, pembangunan hijau, transformasi digital dan wawasan kami menggunakan PANDUAN rangka tindakan perniagaan bagi menyediakan asas untuk 5.5G dan membina atas kejayaan 5G untuk kemakmuran yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2023.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20230228006057/en/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Olivia Zhang
+86-15013066795 / +44-7444720703
zhangningning7@huawei.com

Sumber: Huawei


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16868

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...