NIQ menawarkan pemahaman tabiat membeli pengguna yang paling lengkap dan jelas di dunia.
CHICAGO, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIQ, peneraju global dalam risikan pengguna, telah melancarkan identiti jenama baharu, mencerminkan cerapan dan keupayaan pengukuran syarikat yang terkemuka dalam industri, mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan untuk peruncit dan jenama. Penjenamaan baharu ini sejajar dengan transformasi yang ketara di seluruh organisasi dan mewakili komitmen untuk menyampaikan pemahaman paling lengkap dan jelas tentang pengguna di seluruh dunia – Paparan Penuh.
Paparan Penuh NIQ dikuasakan oleh lebih banyak—lebih banyak data daripada lebih banyak saluran, sumber, pengguna dan wilayah. Memahami, mengukur dan mengaktifkan data yang lengkap memberikan peluang yang tiada tandingannya untuk pelanggan memperoleh kelebihan berdaya saing, memanfaatkan peluang, mengurangkan risiko dan memahami tabiat membeli-belah pengguna yang semakin berkembang. Bersama pemahaman paling jelas tentang tabiat pengguna yang disampaikan melalui platform lanjutan dengan analisis berintegrasi, perniagaan boleh membuat keputusan dengan yakin yang akan memacu pertumbuhan.
“Identiti jenama baharu mengimbangi legasi dan masa depan kami sebagai peneraju dalam risikan pengguna,” kata Tracey Massey, Ketua Pegawai Operasi, NIQ. “Pada tahun 1923, syarikat kami mencipta konsep bahagian pasaran dan kini, dengan pelaburan kami dalam saluran omni, identiti NIQ menandakan standard baharu untuk memahami item yang dibeli oleh pengguna, sebab mereka membuat keputusan pembelian dan paling penting, cara pelanggan kami boleh menang.”
Elemen baharu identiti jenama termasuk nama syarikat, logo, warna dan tujuan yang diolah semula. Bersama-sama ini, elemen tersebut memberikan isyarat perkembangan syarikat dan menandakan kepimpinan dalam risikan pengguna saluran omni.
- Nama/Logo: NIQ, membina legasi syarikat dan mencipta semula identiti diri untuk masa hadapan.
- Palet warna: Pelbagai warna menyokong platform Connect lanjutan NIQ dan platform pembayangan data Discover, alat risikan perniagaan yang mantap dan intuitif, serta berinteraksi dengan set data pengguna paling lengkap di seluruh dunia.
- Tujuan jenama: “Tunjukkan kepada dunia kemahuan orang ramai,” menumpukan strategi syarikat dan saranan nilai pekerja.
- Janji jenama: “Kami menyampaikan Paparan Penuh, pemahaman paling lengkap dan jelas di dunia tentang tabiat membeli pengguna yang mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan,” menunjukkan kepada pelanggan sudut pandang unik kami yang bercita-cita tinggi.
Identiti baharu NIQ akan dipamerkan semasa persidangan tahunan Consumer 360® apabila syarikat memecahkan laluan baharu ke arah tujuan, mentakrifkan penembusan baharu untuk inovasi, mencipta jambatan baharu untuk kerjasama dan memetakan laluan baharu kepada pertumbuhan.
Untuk maklumat lanjut tentang NIQ dan melihat identiti jenama baharu, sila kunjungi www.niq.com.
Maklumat Tentang NIQ
NIQ, syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan untuk peruncit dan pengilang barangan pengguna. Bersama operasi di lebih daripada 100 negara, NIQ menyampaikan pemahaman paling lengkap dan jelas tentang tabiat membeli pengguna melalui platform risikan perniagaan lanjutan dengan analisis ramalan berintegrasi. NIQ menyampaikan Paparan Penuh.
NIQ diasaskan pada tahun 1923 dan merupakan syarikat portfolio Advent International. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi NIQ.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
Media
Gillian Mosher (gillian.mosher@nielseniq.com)
Sumber: NIQ
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16859
No comments:
Post a Comment