Anugerah Perkhidmatan Pelanggan dan Jualan Terbaik Dunia Disampaikan di Las Vegas
FAIRFAX, Va., 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang dalam Anugerah Stevie® tahunan ke-17 untuk Jualan & Khidmat Pelanggan yang diiktiraf sebagai anugerah perkhidmatan pelanggan dan anugerah jualan terbaik dunia, telah diumumkan pada malam Jumaat di majlis gala di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dihadiri oleh lebih daripada 400 eksekutif dari seluruh dunia.Senarai lengkap Pemenang Stevie mengikut kategori boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/Sales.
DP DHL, dengan 46 kemenangan Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa, merupakan organisasi yang paling terhormat tahun ini, memperoleh trofi Anugerah Grand Stevie teratas. Tahun merupakan tahun ke-11 berturut-turut syarikat penghantaran pakej multinasional dan pengurusan rantaian bekalan yang beribu pejabat di Bonn, Jerman itu memenangi Grand Stevie dalam program tersebut. Pada tahun kesembilan daripada 11 tahun, mereka menduduki tempat pertama dalam senarai organisasi paling terhormat.
Pemenang Anugerah Grand Stevie yang lain dalam susunan menurun termasuk IBM, Sales Partnerships, Support Services Group, ValueSelling Associates, UPMC Health Plan, PowerSchool Group, GoHealth, TalkDesk dan Michael Kors.
Lebih 2,300 pencalonan daripada organisasi pelbagai saiz dan dalam hampir setiap industri telah dinilai dalam pertandingan tahun ini. Pemenang ditentukan berdasarkan markah purata bagi lebih daripada 170 profesional dari seluruh dunia dalam tujuh jawatankuasa penghakiman khusus. Penyertaan telah dipertimbangkan dalam lebih daripada 60 kategori untuk perkhidmatan pelanggan dan pencapaian pusat hubungan, termasuk Pusat Hubungan Tahunan, Anugerah Inovasi dalam Perkhidmatan Pelanggan dan Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Tahunan; 60 kategori untuk pencapaian jualan dan pembangunan perniagaan, daripada Eksekutif Jualan Kanan Tahunan kepada Latihan Jualan atau Eksekutif Pembangunan Perniagaan Tahunan kepada Jabatan Jualan Tahunan; dan kategori untuk mengiktiraf antara lainnya termasuk produk dan perkhidmatan baharu serta penyedia penyelesaian.
No comments:
Post a Comment