Friday, October 8, 2021

WATTS WATER TECHNOLOGIES, INC. MELANTIK MONICA BARRY SEBAGAI KETUA PEGAWAI SUMBER MANUSIA

NORTH ANDOVER, Mass., 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Watts Water Technologies, Inc. (NYSE: WTS) hari ini mengumumkan pelantikan Monica Barry sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Cik Barry datang ke Watts dari Colfax Corporation di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden, Pengurusan Bakat, Pembangunan Organisasi dan Rakan Perniagaan Sumber Manusia Korporat dari Februari 2020 sehingga September 2021. Sebelum menyertai Colfax, Cik Barry berkhidmat sebagai Naib Presiden, Bakat Global, Pembelajaran & Pembangunan dan Penyertaan dari Julai 2015 sehingga Januari 2020 dan sebagai Naib Presiden, Sumber Manusia, Sektor Kesihatan dari Ogos 2012 sehingga Oktober 2015 untuk Johnson Matthey, PLC. Cik Barry juga pernah memegang jawatan pengurusan sumber manusia dengan The Campbell Soup Company dan FMC Corporation. Cik Barry memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari West Virginia State University dan sebuah ijazah Sarjana Eksekutif bagi Pentadbiran Perniagaan dari Loyola University di Maryland.

Cik Barry akan menggantikan Kenneth R. Lepage sebagai ketua bagi fungsi Sumber Manusia global Syarikat itu. Encik Lepage akan kekal di dalam peranan beliau sekarang sebagai Peguam Utama dan peranan beliau yang baharu dilantik sebagai Ketua Pegawai Kelestarian bagi Syarikat itu.

“Saya percaya bahawa bakat dan pengalaman Monica akan membuat beliau sangat sesuai untuk membantu mengetuai inisiatif strategik kami yang berterusan di peringkat global,” kata Robert J. Pagano, Jr, Ketua Pegawai Eksekutif. “Monica membawa kepada kami dengan kelebaran yang hebat dan pengalaman yang mendalam di dalam kepimpinan perubahan, strategi pengembangan bakat global, keberkesanan organisasi dan kepelbagaian, ekuiti dan penyertaan (DEI). Saya amat teruja kerana Monica akan menyertai pasukan kepimpinan global kami dan kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk melaksanakan strategi sumber manusia kami dan terus membina sebuah budaya berprestasi tinggi.”

Watts Water Technologies, Inc., melalui keluarga syarikat itu, adalah sebuah pengeluar global yang beribu pejabat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu daripada barisan produk pemasangan paip, pemanasan, dan kualiti air yang paling luas di dunia. Syarikat dan jenama Watts Water menawarkan penyelesaian pemasangan paip, pemanasan, dan kualiti air yang berinovatif untuk aplikasi komersial, kediaman, dan industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wattswater.com. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...