Saturday, October 30, 2021

MENGHUBUNGKAN PELABUHAN, KOMODITI PUKAL DAN PERDAGANGAN, INDEKS MENYEDIAKAN SEBUAH "SAHAM PANDU" UNTUK PEMBANGUNAN BAGI INDUSTRI ITU

QINGDAO, China, 28 Okt., 2021 /Xinhua-AsiaNet/

Pada Sidang Kemuncak Qingdao Rangkaian Darat-laut 2021 yang diadakan pada 22 Oktober, Indeks Daya Saing Hab Perkapalan Antarabangsa - Laporan Asia Timur Laut (2021), Indeks Komoditi Pelabuhan Xinhua-SPG (XH-SPG PCI) dan Laporan Jndeks Ketersambungan Perdagangan bagi Negara Anggota RCEP (2021) telah diterbitkan. Pakar-pakar percaya bahawa melalui gambaran tepat tentang perubahan bagi perdagangan komoditi pukal pelabuhan dalam bentuk indeks dan penubuhan bagi rangkaian yang cekap di antara pelabuhan, komoditi pukal dan perdagangan, daya persaingan bagi pelabuhan akan dipertingkatkan, transformasi perdagangan dan peningkatan akan dipercepatkan, dan keupayaan untuk menstabilkan harga dan bekalan bagi komoditi pukal akan diperkukuhkan, agar dapat menyediakan sebuah “saham pandu” untuk pembangunan industri itu.

“Indeks Daya Saing Hab Perkapalan Antarabangsa” itu, yang diwujudkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China dengan sokongan Bursa Baltic, adalah satu lagi indeks penilaian pelabuhan dan perkapalan yang bertaraf dunia yang dilancarkan secara global, berdasarkan kepada “Indeks Pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Xinhua-Baltic”. Fasa pertama bagi indeks itu tertumpu pada Asia Timur Laut, dan 17 pelabuhan di China, Jepun, Korea Selatan dan Rusia telah dipilih sebagai pelabuhan contoh. Menurut skor komprehensif itu, pelabuhan contoh itu telah dikumpulkan kepada empat eselon, yang mana Pelabuhan Qingdao, Pelabuhan Busan dan Pelabuhan Tianjin berada pada eselon pertama, disebabkan oleh ketersambungan rangkaian, tahap operasi dan skala asas mereka yang terkemuka. Tiga pelabuhan itu adalah pusat perkapalan antarabangsa serantau mutlak di Timur Laut Asia.

XH-SPG PCI telah dibangun dan ditubuhkan oleh Shandong Port Group Co., Ltd. dengan kerjasama Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China. Ia adalah satu langkah penting bagi Pelabuhan itu untuk menyiasat kemungkinan mengambil indeks itu sebagai titik permulaan bagi meningkatkan keupayaan penguntukan sumber global. Untuk menubuhkan indeks itu, tiga jenis (bijih besi, kok dan minyak mentah) dengan skala daya pemprosesan yang besar dan perhatian pasaran yang tinggi di dalam Pelabuhan Shandong, serta dua jenis perdagangan keluli (bilet keluli dan gelung tergelek panas) dengan dagangan aktif di pusat perdagangan komoditi pukal telah dipilih berdasarkan jenis menguntungkan di Pelabuhan Shandong. Tujuannya adalah untuk benar-benar mencerminkan trend turun naik bagi pasaran komoditi pukal pelabuhan, dan menyediakan satu penanda aras nilai dan rujukan efektif untuk aktiviti perdagangan pelabuhan. Mengikut perancangan itu, jenis-jenis yang terlibat dalam indeks itu akan diperkayakan secara beransur-ansur pada masa hadapan, dan indeks itu juga akan diperluaskan untuk meliputi pelabuhan pantai yang lain. Dengan usaha berterusan dibuat untuk membina sebuah platform maklumat indeks untuk “melihat Shandong bagi komoditi pukal pelabuhan”, ia akan menyediakan kedudukan yang tepat dan rujukan data yang komprehensif bagi pasaran komoditi pukal.

Dalam Laporan Indeks Ketersambungan Perdagangan bagi Negara Anggota RCEP (2021), sejumlah hubungan rangkaian perdagangan dua hala telah diwujudkan dari segi pertukaran perdagangan, aliran modal dan komoditi utama untuk menunjukkan status perdagangan keseluruhan dan evolusi masa depan di kalangan negara anggota RCEP, dan mencerminkan tahap perkembangan bagi saling kendali perdagangan bagi negara anggota RCEP. Pada tahun 2020, indeks bagi China-Jepun, China-ASEAN, Jepun-ASEAN, China-Australia dan China-Korea Selatan berada di antara lima teratas, menunjukkan bahawa negara-negara ini mengekalkan kerjasama rapat di dalam pertukaran perdagangan, aliran modal dan komoditi utama. Laporan itu juga menegaskan bahawa negara anggota utama RCEP adalah saling melengkapi dari segi struktur perindustrian dan mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang rapat dalam import dan eksport, dengan prospek yang cerah untuk kerjasama masa hadapan.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...