Melabur dengan Pemegang Saham Pengasas dan Pasukan Pengurusan untuk Menyokong Pertumbuhan Organik dan Mempercepatkan Hala Tuju M&A bagi Penyedia Perkhidmatan Pengurusan Gadai Janji, Perundangan dan Perkhidmatan Digital Terkemuka bagi Iberia dan Amerika Latin
MADRID & LONDON, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Grupo BC, penyedia perkhidmatan pengurusan gadai janji, undang-undang dan digital yang terkemuka kepada sektor kewangan di Iberia dan Amerika Latin, hari ini mengumumkan bahawa Silver Lake, sebuah firma pelaburan teknologi global terkemuka, bersama dengan pemegang saham pengasas dan pasukan pengurusan Grupo BC, akan memperoleh 100% ke atas syarikat itu dari pemegang majoriti L-GAM agar dapat menggalakkan fasa seterusnya bagi pertumbuhan dan penciptaan nilai Grupo BC.
Santiago Bellver, Pengerusi bagi Grupo BC, dan Xavier Costa, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Grupo BC, berkata: “Kami berterima kasih kepada L-GAM di atas sokongan dan kerjasama sepanjang enam tahun bagi pelaburan mereka di dalam Grupo BC, dan gembira dengan perkongsian baharu itu dengan Silver Lake, sebuah pelabur teknologi global terkemuka yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap kami dan dengan siapa kami akan dapat memperkukuhkan pertumbuhan organik kami berkat kepakaran teknologi mereka dan melalui pemerolehan terpilih. Kami akan menyampaikan objektif bagi pelan strategik kami dan komposisi bagi Lembaga Pengarah yang baharu itu tidak lama lagi.”
Christian Lucas, Ketua Bersama bagi Silver Lake EMEA, berkata: “Grupo BC adalah sebuah syarikat yang luar biasa dengan cadangan nilai yang unik sebagai sebuah penyedia teknologi yang dibolehkan bagi perkhidmatan dan perisian misi kritikal yang berskala kepada institusi kewangan merentasi Iberia dan Amerika Latin. Kami kagum dengan cara Santiago, Xavier dan anggota pasukan yang lain telah membangun dan seterusnya mendigitalkan platform Grupo BC selama ini, menjadikannya rakan pilihan bagi pelanggan di seluruh ekosistem mereka. Melabur dalam model perniagaan yang berdaya maju, terkemuka dan teknologi yang dibolehkan adalah teras bagi DNA Silver Lake, dan kami merasa istimewa untuk menjalin kerjasama dengan pengurusan ketika Grupo BC memasuki fasa baharu bagi pertumbuhan organik dan tak organik.”
Felipe Merry del Val dan Tito Soso, Rakan kongsi di L-GAM, menambah: “Perjalanan kami dengan Grupo BC telah menjadi sebuah kisah transformasi yang luar biasa, pertumbuhan dan kejayaan yang berlipat kali ganda, dan apa yang penting adalah sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat dengan sebuah pasukan pengurusan yang bertaraf dunia yang diketuai oleh Pengerusi Santiago Bellver dan ketua pegawai eksekutif Xavier Costa, yang mana kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas usaha dan pencapaian yang luar biasa itu. Kami berharap Grupo BC terus berjaya dalam usaha yang merangsangkan untuk masa depan mereka.”
Ditubuhkan pada 1974 dan beribu pejabat di Madrid, Grupo BC adalah platform pemprosesan teknologi tinggi, penyedia perisian dan perkhidmatan terkemuka bagi pengurusan gadai janji, pembrokeran gadai janji dalam talian, penyelesaian undang-undang (pemprosesan tuntutan dan pengurusan pinjaman), dan penyelesaian digital kepada sektor kewangan di Sepanyol , Portugal, Mexico, Brazil, Colombia, Chile dan Peru. Grupo BC adalah sebuah pemimpin pasaran di kawasan tumpuan utama mereka dengan lebih 500,000 fail gadai janji diproses setiap tahun dan mempunyai 5,300 orang pekerja. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.grupobc.com.
Pelaburan Silver Lake ditujukan untuk memajukan lagi pembangunan produk agar untuk memperkukuh dan memperluaskan rangkaian penyelesaian Grupo BC serta meneruskan rekod perkhidmatan mereka dalam menjadi perintis kepada inovasi digital, selaras dengan tumpuan jelas pengurusan dalam membina keupayaan perisian dan analitik data bagi Grupo BC untuk meningkatkan penyelesaian berpusatkan pelanggan mereka dan mendorong pertumbuhan organik dan tak organik yang berterusan.
Urus niaga itu dijangka dimuktamadkan pada November 2021. Syarat pelaburan selanjutnya tidak dinyatakan. Socios Financieros dan Canson Capital Partners berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Grupo BC dan pemegang sahamnya. dwf-RCD berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Grupo BC dan pemegang sahamnya. Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP dan Uría Menéndez berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Silver Lake.
Maklumat mengenai Silver Lake
Silver Lake adalah sebuah firma pelaburan teknologi global, dengan mempunyai lebih $88 bilion dalam aset gabungan di bawah pengurusan dan modal yang komited dan sebuah pasukan profesional yang berpusat di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Syarikat-syarikat portfolio Silver Lake secara kolektif menjanakan lebih $221 bilion pendapatan setiap tahun dan mempunyai lebih 526,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Silver Lake dan portfolio mereka, sila layari http://www.silverlake.com.
Maklumat mengenai L-GAM
L-GAM adalah sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh golongan profesional mereka dengan perkongsian bersama Princely House of Liechtenstein dan keluarga besar yang lain di Eropah, Asia dan Amerika. Model perniagaan mereka yang unik dan berbeza adalah didasarkan kepada sebuah industri jangka panjang, seperti tumpuan pelaburan dalam perkongsian dengan PKS yang sangat terkenal di seluruh Eropah. Untuk maklumat lanjut mengenai L-GAM, sila layari http://www.l-gam.com.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15124
No comments:
Post a Comment