Tuesday, October 26, 2021

BIRO PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI, TAIWAN: DENGAN KEUPAYAAN MEREKA UNTUK MENGINTEGRASIKAN PELBAGAI TEKNOLOGI ITC, TAIWAN TELAH MENJADI SEBUAH RAKAN YANG DIPERCAYAI DI DALAM RANGKAIAN BEKALAN ASIA TENGGARA BAGI METER PINTAR



Table

Dengan Keupayaan Mereka untuk Mengintegrasikan Pelbagai Teknologi ITC, Taiwan Telah Menjadi sebuah Rakan yang Dipercayai di dalam Rangkaian Bekalan Asia Tenggara bagi Meter Pintar


TAIPEI, Taiwan, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah sistem meter pintar yang terdiri daripada sebuah meter elektrik pintar, sebuah sistem komunikasi, dan sebuah sistem pengurusan maklumat meter. Dengan membolehkan interaksi dua hala di antara pengguna akhir dan utiliti melalui sebuah platform yang berasaskan awan, ia adalah komponen infrastruktur paling penting bagi sebuah sistem grid pintar moden. Disokong oleh Biro Pembangunan Perindustrian, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, empat pengeluar meter pintar terkemuka di Taiwan - Acbel Polytech, Arch Meter, Tatung Company, dan DAS Technology - kesemuanya mempunyai satu set keupayaan teknikal yang komprehensif dalam pembangunan sistem dan telah memperoleh pensijilan antarabangsa bagi produk mereka. Kepakaran mereka mencakupi komponen utama, integrasi sistem, dan aplikasi nilai ditambah.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211019006290/en/

Asia Tenggara telah muncul sebagai sebuah pasaran serantau utama bagi penyelesaian grid pintar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Untuk merealisasikan visi grid pintar mereka, Malaysia mensasarkan bagi penerimaan total bagi meter pintar menjelang tahun 2026. Mencapai sasaran ini bermakna anggaran 9.1 juta isi rumah di seluruh negara itu akan dilengkapi dengan sebuah meter pintar. Dengan ketibaan tempoh puncak bagi pemasangan meter pintar di Malaysia, Taiwan kini menawarkan satu peluang yang unik untuk pelbagai kerjasama. Bersama-sama, syarikat-syarikat Taiwan dan Malaysia dapat membangunkan penyelesaian grid pintar total dan perkhidmatan yang berkaitan. Pada masa yang sama, rantaian bekalan bagi kedua-dua negara dapat disinergikan dan dengan itu membentuk satu perkongsian yang boleh dipercayai di dalam sektor grid pintar.

Taiwan memiliki keupayaan untuk membangunkan teknologi teras bagi sebuah sistem meter pintar. Ini termasuk reka bentuk IC, perkakasan rangkaian, peralatan pemeriksaan, dan komponen penting yang lain. Di antara pengeluar meter pintar Taiwan, Arch Meter adalah sebuah pemaju utama bagi komponen utama yang digunakan di dalam sebuah grid pintar. Syarikat itu memberi tumpuan kepada pemantauan kuasa, pengurusan kuasa termaju dan integrasi bagi teknologi rangkaian. Penyelesaiannya yang berkecekapan tinggi dan berautomatik digunakan oleh utiliti, pengeluar, perusahaan, dan pemilik rumah. Untuk memperluaskan kehadirannya di dalam segmen atasan bagi pasaran meter pintar, Arch Meter sedang mengembangkan produk premium yang menggabungkan pengukuran kuasa berasaskan AI dengan teknologi komunikasi canggih. Pada masa yang sama, ia membentuk perkongsian R&D dengan syarikat lain untuk memastikan kemasukan pasaran yang berjaya bagi  produk mereka.

Taiwan telah mewujudkan sebuah sistem lengkap bagi pembuatan, penjualan, dan pengangkutan bagi produk mereka. Ia menjangkau ke hampir setiap negara di wilayah-wilayah utama termasuk Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, dan Asia Tenggara. Sebagai contoh Syarikat Tatung. Ia bekerjasama dengan syarikat-syarikat bertaraf dunia seperti Trilliant, Cyan, dan Schneider berhubung dengan penyelesaian grid pintar. Setelah pemerolehan bagi beberapa pensijilan penting (mis., JIS, TIS, dan SIRIM), Tatung kini berjaya memasarkan produk mereka di Asia Tenggara dan Jepun. Selain Tatung, DAS Technology adalah satu lagi pengeluar meter pintar Taiwan yang mengekalkan reputasi mantap di kalangan pelanggan antarabangsa. Sejak sekian lama, DAS telah menjadi sebuah rakan teknologi bagi ITRON, sebuah syarikat Amerika dan sebuah peneraju dunia di dalam sistem pembacaan meter automatik. Berkat perhubungan ini, DAS telah membangunkan keupayaan untuk menawarkan produk yang disesuaikan yang memenuhi keperluan khusus bagi pelbagai negara.

Pengeluar pintar Taiwan juga diperakui kerana meningkatkan produk dengan aplikasi nilai ditambah. Dalam kes Acbel Polytech, ia telah menjadi sebuah pakar di dalam teknologi pengurusan kuasa. Dengan asas ini, syarikat itu kini secara proaktif mengembangkan penyelesaian baharu yang menghubungkan meter pintar dengan aplikasi lain seperti pengecasan EV dan PLC. Begitu juga, DAS sedang mencari cara-cara baharu untuk mengintegrasikan teknologi komunikasi canggih ke dalam meter pintar supaya perkakasannya dapat berfungsi di bawah satu sistem pengurusan kuasa umum, sebuah sistem automasi rumah, sebuah modul komunikasi 4G, sebuah platform IoT, dll. Dengan memanfaatkan IoT, pengeluar meter pintar akan mewujudkan peluang yang lebih besar bagi produk mereka merentasi pelbagai aplikasi. Acbel pada masa ini berusaha untuk menjadikan meter pintar mereka sebagai satu elemen penting bagi infrastruktur pengecasan EV. Sementara itu, DAS sedang memperluaskan skop penggunaan produk mereka kepada bidang pengurusan kuasa.

Oleh kerana meter pintar sudah tertanam di dalam sistem grid banyak negara, kerajaan di seluruh dunia telah mula merangka sebuah senarai pembekal yang berkelayakan dalam bidang ini untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan keselamatan nasional dan siber. Oleh kerana Taiwan memainkan satu peranan penting di dalam rantaian bekalan untuk cip semikonduktor dan peralatan komunikasi, ia dapat memberikan penyelesaian yang mengintegrasikan sepenuhnya meter pintar dengan teknologi keselamatan maklumat yang diperlukan. Ringkasnya, Taiwan boleh menjadi sebuah rakan yang dipercayai di dalam rantaian bekalan grid pintar global.

TechNews telah mengeluarkan sebuah video baharu yang memperkenalkan industri meter pintar Taiwan di saluran YouTube. Jika anda ingin menghubungi pengeluar Taiwan yang berkaitan untuk membincangkan peluang perniagaan dengan lebih lanjut, sila e-mel pertanyaan anda kepada Cik Kelly Chou di: kelly@itri.org.tw

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211019006290/en/

Hubungi

Media
Cik Kelly Chou
Biro Pembangunan Perindustrian, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Taiwan
kelly@itri.org.tw

Sumber: Biro Pembangunan Perindustrian, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Taiwan

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...