TAIPEI, Taiwan, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Innotech Taiwan 2021 telah mengadakan pembukaan besar-besarannya pada 14 Oktober tahun ini, menandakan tahun pertama bagi Expo itu menyatukan kedua-dua persekitaran maya dan fizikal untuk mengadakan tiga pameran yang bertema dalam talian dan luar talian. Di antaranya adalah Pavilion “Perintis Inovasi”, yang memberi tumpuan kepada teknologi berinovatif yang boleh dilaksanakan di dalam industri dalam tempoh 5 tahun akan datang. Selain daripada paparan teknologi, eksposisi itu juga bercabang kepada forum antarabangsa, pembentangan teknologi dan banyak lagi. Ekspo ini mengundang semua orang ke sebuah simposium teknologi yang dipenuhi dengan lebih 300 reka cipta.
Platform Maya TIE Mengetuai Kerjasama dan Perhubungan Antara Disiplin dengan Dunia
Ketika pandemik itu mengalami satu pengurangan, hos acara itu dan penganjur memutuskan untuk membawa balik paparan fizikal yang biasa, dan Biro Pembangunan Perindustrian telah memaparkan 45 teknologi berinovatif, serta banyak sorotan kreatif secara dalam talian. Antara muka untuk pameran dalam talian pada kali ini sangat intuitif dan mudah untuk digunakan. Pelawat boleh melihat dengan serta-merta empat kandungan utama yang disusun dalam sebuah menu tarik turun: pameran maya yang bertemakan khas, forum teknologi, pembentangan teknologi dan tumpuan teknologi. Pelawat boleh melihat sejumlah besar profesional, klip teknikal, dan terdapat dinding yang dikhususkan untuk media yang membolehkan pelawat menikmati himpunan maklumat yang kaya dengan inovasi.
Daripada Forum Teknologi kepada Pembentangan Teknologi: Pavilion Perintis Inovasi Memperkayakan Hari Anda dengan Pengetahuan
Dalam Pavilion Perintis Inovasi, Biro Pembangunan Perindustrian telah menganjurkan tiga pembentangan teknologi yang menarik dan persidangan pemadanan, dengan tema pertama pada hari pembukaan besar-besaran itu adalah “Inovasi Pintar.” Bagi dua persidangan lain, yang bertajuk “Pencegahan Pandemik Sifar Sentuhan” dan “Pembuatan Hijau”, ini masing-masing telah diadakan pada 19 dan 22 Oktober. Pada hari selepas pembukaan besar-besaran itu (15 Oktober), terdapat forum teknologi berinovatif yang dinanti-nantikan, yang termasuk pakar-pakar IP domestik dan antarabangsa dari TSMC dan MediaTek — kesemuanya berada di sini untuk membantu mentafsirkan ekonomi 5G baharu itu. Pameran dan forum maya diteruskan dalam talian selepas pameran fizikal, dan persidangan Perkongsian Strategik Teknologi Inovatif ke-8, yang diketuai oleh Jabatan Teknologi Perindustrian pada 21 Oktober, memaparkan ketua-ketua pembangunan saintifik dari lima buah negara: Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Indonesia. Pakar-pakar dalam kerajaan, perniagaan, akademik, dan institusi penyelidikan dari Taiwan dan luar negeri berkumpul untuk membincangkan mengenai perkembangan teknologi pasca pandemik, yang bertujuan untuk membuka satu pusingan baharu bagi pertukaran teknologi di antara Taiwan dan negara-negara Asia Tenggara mengenai topik berhubung teknologi baru muncul dalam era pasca pandemik.
Pengeluaran dan Penyelidikan Berganding Bahu untuk Membawa Teknologi Kreatif yang Tajam dan Anggun dalam Enam Bidang Utama
Biro Pembangunan Perindustrian, Jabatan Teknologi Perindustrian, Pentadbiran Perusahaan Kecil dan Sederhana, Majlis Pembangunan Nasional, dan Kementerian Pertahanan Nasional telah menggunakan seluruh kepintaran mereka dalam membentangkan karya agung inovatif bagi sektor perindustrian Taiwan, menampilkan inovasi teknologi merentasi enam bidang: Pembuatan Pintar, Transformasi Digital, Kehidupan Pintar, Perubatan Lanjutan, Pertahanan & Aeroangkasa, dan Khazanah Teknologi, menunjukkan potensi Taiwan yang luar biasa bagi penyelidikan dan pembangunan dan jangkauan mereka di seluruh dunia.
Biro Pembangunan Perindustrian juga meminta 14 perwakilan perusahaan kecil dan sederhana yang dipilih sendiri oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk memaparkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka pada pameran fizikal, termasuk syarikat-syarikat berikut: Pertama, Highlight Tech Corp, yang merupakan pembekal pertama bagi teknologi dan perkhidmatan subsistem vakum untuk berkembang daripada sebuah syarikat persendirian kepada syarikat awam. Semasa Ekspo itu, Highlight Tech Corp telah memaparkan penyelesaian pemantauan status berasaskan loT mereka untuk peralatan semikonduktor, serta sistem pemantauan ekzos pintar. Setelah memulakannya dalam pemprosesan acuan tradisional, Gudeng terus meningkatkan teknologi mereka dan berjaya menyeberang kepada industri semikonduktor pada tahun 1999. Kali ini, Gudeng mempamerkan EUV Pod mereka, yang memainkan satu peranan penting dalam proses semikonduktor termaju. Akhir sekali, Buffalo Machinery Co. mempamerkan AXILE G8 mereka, yang boleh disatukan ke dalam sebuah sistem kilang pintar untuk memastikan operasi automasi 24 jam yang bebas daripada waktu berhenti yang tidak dijangka.
Ekspo Innotech Taiwan 2021 ini memaparkan pameran 3D bagi teknologi canggih, forum teknologi, pembentangan teknologi, dan aktiviti menarik yang lain pada setiap hari sehingga penutupannya. TIE memperluaskan jemputan kepada semua untuk datang dan membiasakan diri dengan teknologi termaju, membangunkan pandangan tentang dinamik pasaran global dan melibatkan diri dalam peluang perniagaan usaha sama. Ekspo Innotech Taiwan 2021 itu secara serentak mengadakan pameran fizikal dan maya pada 14 Oktober untuk mendedahkan teknologi baharu dan memupuk perbincangan komersial secara dalam talian dan luar talian.
Pautan kepada pameran dalam talian: https://tie.twtm.com.tw/
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15138
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment