Modem HART Pintar model AZ-1SHM (Foto: Business Wire) |
TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO:6845) mengumumkan keluaran bagi Modem HART Pintar model AZ-1SHM (selepas ini, “1SHM”), yang memudahkan konfigurasi dan pelarasan bagi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART®*¹ di loji dan tapak pembuatan yang lain. 1SHM telah dilancarkan di Jepun dan wilayah lain*² pada 20 Oktober.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005489/en/
Sebuah modem HART ialah sebuah peranti antara muka komunikasi digital untuk menyediakan dan mengkonfigurasi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART seperti penderia dan injap (“peranti HART”), yang dipasang dalam jumlah besar di tapak pembuatan. Dalam sebuah loji baharu atau diperluaskan atau semasa penyelenggaraan penutupan, kakitangan penyelenggaraan menyambungkan sebuah peranti hos melalui modem HART kepada peranti HART untuk mengkonfigurasi pelbagai parameter. Dalam sesetengah kes, satu masalah yang berkaitan dengan pendawaian, persekitaran sambungan, keserasian peranti atau bekalan kuasa mungkin menghalang satu sambungan. Untuk menyiasat dan mengurangkan masalah itu, bekalan kuasa, osiloskop atau peralatan lain mungkin diperlukan. Selain itu, peranti medan kadangkala dipasang di tempat yang sukar untuk dicapai, sekali gus meletakkan pekerja dalam keadaan bahaya.
1SHM baharu itu menyelesaikan masalah ini. Selain fungsi antara muka komunikasi, ia dilengkapi dengan fungsi untuk mengenal pasti punca masalah komunikasi semasa konfigurasi dan persediaan. Ia juga mempunyai sambungan wayarles dan fungsi bekalan kuasa, yang membolehkan penyelenggaraan yang lebih cekap dan selamat. Memandangkan modem itu boleh digunakan dengan peranti HART Azbil dan peranti syarikat lain, pekerja penyelenggaraan boleh menangani masalah komunikasi dengan selamat dan pantas dengan menggunakan satu unit tunggal 1SHM.
AZBIL MEMPERKENALKAN MODEM HART PINTAR MODEL AZ-1SHM DENGAN FUNGSI BEKALAN KUASA UNTUK RESOLUSI PANTAS BAGI MASALAH KOMUNIKASI DALAM PERANTI MEDAN
No comments:
Post a Comment