PARIS, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Akur8 berasa gembira untuk mengumumkan perjanjian kerjasama global mereka dengan Munich Re untuk meningkatkan keupayaan penentuan harga Munich Re bagi Unit Perundingan Global1 mereka. Dengan perjanjian ini, Munich Re akan mendapat akses kepada satu penyelesaian pemodelan kadar canggih yang baharu dan Akur8 akan memperkukuhkan kehadiran mereka dengan menjalin perkongsian dengan satu daripada penyedia insurans, insurans semula dan penyelesaian risiko berkaitan insurans yang terkemuka di dunia. Kerjasama tidak eksklusif ini adalah bersifat global, dengan pengguna dalam pelbagai kawasan operasi Munich Re. Semua entiti dan pelanggan Munich Re boleh meraih faedah daripada pendekatan bersama itu dan memanfaatkan penyelesaian ini.
Dibangunkan secara khusus untuk insurans, penyelesaian Akur8 meningkatkan proses penentuan harga bagi syarikat insurans dengan mengautomasikan pemodelan risiko dan permintaan, menggunakan teknologi proprietari Kecerdasan Buatan yang telus. Manfaat utama bagi syarikat-syarikat insurans termasuk satu pengurangan di dalam masa pemodelan yang akan mempercepatkan masa ke pasaran, meningkatkan kuasa ramalan, dan pada masa yang sama mengekalkan ketelusan dan kawalan penuh terhadap model yang diwujudkan.
Unit Perundingan Global Munich Re sedang memacukan perubahan transformasi di dalam penentuan harga insurans melalui penerapan sains data dan pendigitalan, yang disatukan dengan pemindahan risiko. Satu amalan global khusus dari beberapa pakar penentuan harga insurans mengembangkan penyelesaian produk dan penentuan harga: semua pelanggan Munich Re dapat memanfaatkannya melalui perhubungan insurans semula itu. Akur8 akan meningkatkan keupayaan penentuan harga mereka, dengan membawa peningkatan nilai dan kecanggihan penentuan harga kepada pelanggan mereka, dengan satu peranti penentuan harga yang memanfaatkan AI dalam satu cara yang telus. Pasukan Munich Re akan menggunakan Akur8 untuk cadangan penentuan harga insurans hujung ke hujung.
“Akur8 sangat gembira mengenai kerjasama ini dengan Munich Re, yang merupakan satu daripada syarikat terkenal di dunia di dalam ruang perundingan insurans – apatah lagi aktiviti insurans semula dan insurans utama mereka. Kerjasama ini juga merupakan satu demonstrasi bagi relevansi dan daya tarikan bagi penyelesaian Akur8 untuk pelbagai jenis pemain dari syarikat insurans utama kepada penanggung insurans semula kepada penyedia penyelesaian sehingga kepada firma perunding.”, kata Samuel Falmagne, Ketua Pegawai Eksekutif di Akur8.
"Kerjasama strategik kami dengan Munich Re merupakan satu langkah strategik yang signifikan di dalam pengembangan kami, yang menjangkau satu kehadiran global. Gabungan kepakaran dan kekuatan kami akan membolehkan kedua-dua syarikat kami untuk membawa nilai tambah yang signifikan,” kata Brune de Linares, Ketua bagi Jualan di Akur8.
"Akur8 adalah satu penyelesaian yang mengagumkan untuk pemodelan risiko dan permintaan, yang merupakan satu lompatan sebenar ke hadapan dari segi kecanggihan penentuan harga di dalam industri insurans. Kami yakin bahawa penyelesaian Akur8 akan membolehkan kami untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan kami merentasi pelbagai projek perundingan kami, terutamanya dengan membolehkan amalan perundingan besar kami untuk bekerja secara kerjasama di dalam ruang kerja pelanggan yang khusus, meningkatkan ramalan bagi model-model untuk akhirnya membawa peningkatan nisbah kerugian yang signifikan.”, kata Joachim Mathe, Ketua Global bagi Perundingan Global di Munich Re.
“Kekuatan Akur8, yang berpangsikan pada komodifikasi bagi kuasa ramalan, membolehkan bagi apa yang kami panggil “Gelombang ketiga” bagi penentuan harga insurans: sambil terus mengekalkan kawalan sepenuhnya terhadap proses itu, sebahagian besar masa bagi pakar domain dihabiskan untuk memahami masalah dan menerapkan penyelesaian yang tepat, bukan dalam tugas pemodelan berulang yang membosankan. Walaupun mereka adalah sebuah syarikat permulaan, profesionalisme, kelayakan, dan kereaktifan pasukan Akur8 sepanjang keseluruhan proses itu adalah faktor penentuan di dalam pilihan kami - yang dibuat setelah proses pemilihan mendalam di mana setiap cadangan nilai dan kekuatan setiap pemain diteliti secara menyeluruh.”, kata Massimo Cavadini, Ketua bagi Perundingan Aktuari dan Analisis Data di Munich Re.
Maklumat mengenai Munich Re
Munich Re adalah merupakan satu daripada penyedia insurans semula, insurans utama dan penyelesaian risiko berkaitan insurans yang terkemuka di dunia. Kumpulan itu terdiri daripada segmen perniagaan insurans semula dan ERGO, serta syarikat pengurusan aset MEAG. Munich Re aktif di peringkat global dan beroperasi dalam semua bidang perniagaan insurans. Sejak diwujudkan pada tahun 1880, Munich Re telah terkenal dengan kepakaran mereka yang tidak ada tandingannya yang berkaitan dengan risiko dan kedudukan kewangan mereka yang mantap. Ia menawarkan perlindungan kewangan kepada pelanggan apabila berhadapan dengan tahap kerosakan yang luar biasa - dari gempa bumi San Francisco 1906 sehingga kepada musim taufan Pasifik 2019. Munich Re memiliki kekuatan inovatif yang luar biasa, yang membolehkannya juga untuk menyediakan liputan bagi risiko luar biasa seperti pelancaran roket, tenaga yang boleh diperbaharui atau serangan siber. Syarikat itu memainkan satu peranan penting di dalam memacukan ke hadapan transformasi digital bagi industri insurans, dan dengan demikian telah meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk menilai risiko dan rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Penyelesaian yang dibuat khusus dan kedudukan mereka yang rapat dengan pelanggan mereka menjadikan Munich Re sebagai satu rakan risiko yang paling dicari di dunia untuk perniagaan, institusi, dan individu persendirian.
Maklumat mengenai Akur8
Akur8 merevolusikan penentuan harga insurans dengan AI yang telus. Akur8 mengembangkan satu penyelesaian penentuan harga insurans yang berasaskan AI yang unik yang mengautomatikkan pemodelan bagi syarikat-syarikat insurans sambil mengekalkan ketelusan dan kawalan sepenuhnya terhadap model yang diwujudkan, seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia di seluruh dunia. Akur8 adalah satu-satunya penyelesaian di pasaran yang mendamaikan Pembelajaran Mesin dan dunia Aktuari - membolehkan pengoptimuman harga berasaskan nilai seumur hidup pelanggan.
1 https://www.munichre.com/en/solutions/reinsurance-property-casualty/global-consulting.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52411529/en
Hubungi
Untuk Munich Re
Dr. Massimo Cavadini (mcavadini@munichre.com, Ketua Global bagi Perundingan Aktuari & Analisis Data)
Dr. Davide Burlon (dburlon@munichre.com, Pemilik Produk Akur8 Global)
Untuk Akur8
Felix d’Alançon (felix.dalancon@akur8-tech.com, Perkongsian Global)
Sumber : Akur8
No comments:
Post a Comment