Carta aliran bagi percubaan perkongsian data baru-baru ini (Grafik: Business Wire) |
— Perkongsian antarabangsa bagi data yang dilindungi kedaulatan dijangka akan menyokong penyahkarbonan, dll. —
TOKYO, 8 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya di dalam satu percubaan berkongsi data talian pengeluaran yang berkaitan dengan pelepasan CO2 melalui satu platform prototaip yang membolehkan saling hubungan melalui standard IDS yang menyokong kedaulatan data di dalam ekosistem data GAIA-X. Data percubaan itu, yang biasanya tidak akan tersedia untuk dikongsi disebabkan oleh tahap kerahsiaannya yang tinggi walaupun rakan perniagaan yang menjalankan perniagaan sebenarnya perlu untuk melakukan pengiraan pelepasan CO2, telah dihantar dengan selamat ke tapak-tapak yang ditentukan di Jerman dan Jepun dari Taman Inovasi Switzerland Biel/Bienne di Switzerland.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210407006040/en/
GAIA-X adalah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan Jerman dan Perancis pada Oktober 2019 untuk menyokong perkongsian data melalui infrastruktur yang memastikan perlindungan, ketelusan, kebolehpercayaan dan saling kendali data untuk melindungi hak-hak bagi syarikat, kerajaan, institusi dan rakyat negara-negara Eropah.
NTT Com menjalankan percubaan itu di bawah anggapan bahawa data tersebut akan digunakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan sebenar untuk mengkaji semula kaedah pembuatan mereka bagi mencapai penyahkarbonan yang lebih besar. Platform prototaip itu, yang membolehkan saling sambung dengan Penyambung IDS, juga dilengkapi dengan DATA Trust®, satu mekanisme untuk perkongsian selamat bagi data yang sangat sulit.
Percubaan itu membabitkan perkongsian bagi data penggunaan elektrik yang biasanya digunakan oleh rakan perniagaan untuk mengira pelepasan CO2 yang dihasilkan semasa pembuatan bagi produk tertentu. Percubaan itu mengesahkan bahawa platform NTT boleh berkongsi data tersebut dengan selamat dengan hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh undang-undang atau kontrak.
Prototaip itu telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi pengedaran data perniagaan-ke-perniagaan Nippon Telegraph and Telephone Corporation (Pusat Inovasi Perisian), dengan kerjasama Inisiatif IoT Revolusi & Perindustrian Robot (RRI), International Data Spaces Association (IDSA), Fraunhofer-Gesellschaft, Taman Inovasi Switzerland Biel/Bienne dan Taman Inovasi Jepun.
NTT Com merancang untuk mempamerkan hasil percubaan itu di tapak bersama IDSA dan RRI semasa pameran perindustrian Hannover Messe di Jerman dari 12-16 April.
“Jepun sangat rapat dengan Eropah dalam bidang industri, dengan satu pengalaman yang kukuh di dalam automotif, keluli, atau pembuatan,” kata Hubert Tardieu, Pengerusi bagi GAIA-X AISBL. “Objektif utama di dalam setiap industri sekarang ini adalah perkongsian data dan penyatuan perkhidmatan seperti di GAIA-X. NTT Communications memulakan dengan satu percubaan pertama di dalam perkongsian data di antara Jepun, Jerman dan Switzerland, dengan menggunakan standard IDS yang menyokong kedaulatan data di dalam ekosistem data GAIA-X. Kami berbangga di GAIA-X AISBL untuk menyokong dengan kukuh pelancaran bagi NTT Communications jurang Hab Jepun dan mula lebih banyak penggunaan kes di sekitar GAIA-X.”
Bergerak ke hadapan, NTT Com akan membina satu persekitaran ujian di Jepun untuk berhubung dengan GAIA-X dan memulakan ujian saling kendali dengan pelbagai syarikat rakan di seluruh dunia pada musim panas ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, NTT Com berharap dapat melancarkan satu platform rasmi dalam tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2022. Pelancaran itu akan diselaraskan dengan organisasi dan kumpulan yang terlibat dengan pengedaran data antarabangsa, termasuk Data Society Alliance, OPC Foundation Japan, RRI, GAIA- X AISBL dan IDSA.
Penggunaan data telah menjadi amat diperlukan untuk inisiatif seperti penyahkarbonan global, pencapaian awal bagi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengukuhan bagi industri-industri. Namun, pada masa yang sama, sistem dan teknologi undang-undang untuk mengawal selia dan menguruskan penggunaan data sedang dikembangkan di seluruh dunia, satu daripadanya adalah GAIA-X, untuk mencegah kebocoran bagi rahsia korporat dan negara dan untuk melindungi kedaulatan data.
Di masa hadapan, adalah diharapkan syarikat-syarikat akan diminta menggunakan GAIA-X untuk menghantar dan menerima data yang sangat sulit ke dan dari rakan perniagaan di negara-negara Eropah. Ini bermaksud bahawa syarikat-syarikat yang tidak dapat menggunakan GAIA-X tidak akan dapat melakukan perniagaan dengan rakan-rakan Eropah sekiranya ia melibatkan perkongsian data yang sensitif. Platform NTT Com yang dibayangkan, bagaimanapun, akan membolehkan syarikat-syarikat tersebut untuk dengan mudah berhubung dengan GAIA-X tanpa perlu menghabiskan masa yang berharga dan wang untuk satu penyelesaian perkongsian data yang dapat diterima.
Maklumat mengenai NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 bagi kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210407006040/en/
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
Akira Sakaino, Takashi Horikoshi, Hideaki Niitsuma
Pejabat Kilang Pintar
Perancangan Perniagaan, Bahagian Penyelesaian Perniagaan
NTT Communications
smart-factory@ntt.com
Sumber : NTT Communications Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment