Friday, April 2, 2021

DIGITAL EDGE AKAN MEMPERLUASKAN PLATFORM KEHADIRAN DI KOREA SELATAN

Memperoleh dua pusat data di Korea Selatan dan membentuk satu pakatan strategik jangka panjang dengan Sejong Telecom

SINGAPURA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Digital Edge (Singapura) Holdings Pte. Ltd. (“Digital Edge” atau “Syarikat” itu), sebuah platform pusat data terkemuka, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia dan disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kehadiran serantau mereka ke Korea Selatan dengan memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh aset pusat data Sejong Telecom dalam satu urus niaga semua tunai. Pada penutupan, Digital Edge akan memperoleh sebuah pusat data di Gangnam, Seoul dan sebuah kemudahan Stesen Pendaratan Kabel di Bandar raya Centum, Busan. Penambahan aset-aset strategik ini, termasuk operasi dan pelanggan mereka yang berkaitan, menandakan kemasukan awal Syarikat itu ke pasaran Korea dan memperkukuhkan lagi platform serantau mereka.

Urus niaga ini akan membolehkan Digital Edge untuk dengan serta merta menawarkan penyelesaian antara sambung dan pusat data di pasaran Korea yang berkembang pesat dan mewujudkan satu asas kukuh untuk pengembangan masa depan di dua metro utama – Seoul dan Busan. Pusat-pusat data Sejong Telecom terletak di lokasi strategik dan membawa banyak pilihan penyambungan daripada pelanggan yang sedia ada. Digital Edge merancang untuk melabur modal tambahan bagi mengembangkan kapasiti dan meningkatkan kecekapan tenaga bagi kedua-dua kemudahan tersebut. Di antara urus niaga itu dan pengembangan seterusnya, Digital Edge menjangka akan melabur lebih AS$120 juta.

Untuk sekian lama, penyedia perkhidmatan awan, kandungan, dan rangkaian global telah menyatakan satu keinginan yang kuat untuk pilihan antara sambung yang lebih fleksibel dan menjimatkan kos di pasaran Korea. Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Sejong Telecom dan Digital Edge telah juga memasuki satu perkongsian strategik jangka panjang untuk membawa produk dan perkhidmatan yang berinovatif ke tempat pasaran bagi memenuhi jangkaan bagi kedua-dua pelanggan domestik dan antarabangsa.

“Dengan komitmen modal AS$1 bilion kami untuk membina Platform Edge Digital di Asia, kami sangat teruja untuk mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran Korea, berikutan pelaburan awal kami di pusat-pusat data di Jepun. Korea adalah satu daripada pasaran yang paling pesat berkembang di Asia dengan infrastruktur digital yang paling maju,” kata Samuel Lee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Digital Edge. “Urus niaga ini menyediakan satu peluang besar bagi syarikat-syarikat multinasional, dan juga perniagaan Korea, untuk memanfaatkan platform Digital Edge bagi meningkatkan jejak digital mereka di Korea dengan saling berhubungan dengan sebuah ekosistem yang kaya bagi pelanggan dan rakan di semua kemudahan utama di Seoul dan Busan.”

“Perkongsian kami dengan Digital Edge akan mempercepatkan lagi peluang-peluang transformasi digital untuk pelanggan perusahaan Korea,” kata Yoo Ki-yoon, Presiden bagi Sejong Telecom. “Kami berharap dapat menggabungkan akses kepada platform pusat data antara sambung Digital Edge yang kaya dengan sambungan rangkaian lanjutan Sejong Telecom untuk menawarkan satu penyelesaian yang dibolehkan awan dan rangkaian yang lebih luas.”

“Pengambilalihan bagi aset strategik ini di Korea Selatan akan membentuk satu teras kukuh bagi platform serantau kami yang semakin matang,” kata Yongsuk Choi, Ketua Pegawai Operasi Pusat Data dan Infrastruktur bagi Digital Edge. “Ia akan menempatkan Digital Edge sebagai sebuah pusat data dan penyedia perkhidmatan antara sambung yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan di Korea Selatan, dengan aset berkualiti tinggi dari Seoul ke Busan dan sebuah ekosistem yang besar dan pelbagai bagi perniagaan Korea dan multinasional. Selain itu, ia membuka pintu masuk utama bagi seluruh Asia melalui sistem kabel dasar laut di kawasan Busan.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua 2021 dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim dan kelulusan badan kawal selia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14418


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...