Friday, April 16, 2021

SATU TRANSFORMASI DIGITAL: MARY KAY INC. MELANCARKAN PLATFORM SUITE 13™ PENGALAMAN MAYA YANG MENGASYIKKAN


 

Satu platform realiti maya yang menyediakan satu ruang yang fleksibel bagi Mary Kay dan Perunding Kecantikan Persendirian mereka untuk mempamerkan portfolio produk terbaharu, menceritakan kisah jenama itu dan memaparkan warisannya


DALLAS, 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama kecantikan global Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio mereka mempersembahkan Suite 13TM, satu pengalaman kecantikan maya berinovatif yang memanfaatkan penggunaan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran timbul maya yang pertama bagi Mary Kay. Direka dengan teknologi realiti maya terkini, Suite 13TM yang baharu itu menawarkan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dan pelanggan mereka dengan satu pengalaman kecantikan 3D, 360 darjah di mana pengguna boleh melihat portfolio penjagaan kulit jenama kecantikan itu secara maya serta meneroka sejarah syarikat itu dan pengasasnya Mary Kay Ash.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210415005306/en/
 
Suite 13TM yang baharu itu menjemput pengguna untuk melakukan lawatan melalui “bilik” maya. Setelah memasuki “Lobi”, pengguna boleh mengetahui tentang legasi global Syarikat itu. Bilik-bilik maya yang lain termasuk “Pink Plaza” yang meneroka nilai-nilai Syarikat itu dan “Pusat Inovasi” yang menyajikan produk penjagaan kulit Mary Kay yang berinovatif dan mempamerkan kelebihan dan ramuan produk utama. Platform itu juga membolehkan pengguna menambahkan produk Mary Kay kegemaran mereka ke Senarai Keinginan untuk dikongsi dengan Perunding Kecantikan Persendirian pengguna.

“Pelancaran Suite 13TM itu adalah hasil kreativiti, semangat dan komitmen selama berbulan-bulan untuk menyediakan kepada Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan peralatan terbaik dan paling berinovatif di pasaran untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Mary Kay Inc. “Hari ini, teknologi berada di tengah-tengah segalanya, dan orang ramai - terutama generasi muda - ingin menemui, belajar dan mengetahui tentang produk baharu secara dalam talian. Suite 13TM akan memberikan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan fleksibiliti bagi sebuah perniagaan digital dengan dapat memperkenalkan jenama Mary Kay kami di mana sahaja dan pada bila-bila masa dan meningkatkan cara mereka menjalin perhubungan dengan pelanggan mereka dengan berkongsi pengalaman kecantikan yang mengasyikkan. Untuk menang dalam persekitaran baharu yang didorong oleh digital ini, kami akan terus mencari cara baharu bagi orang ramai untuk berhubung secara maya dengan pengalaman sentuhan lembut yang diperibadikan berasaskan dalam inovasi berteknologi tinggi.”

Untuk reka bentuk Suite 13 TM, Mary Kay bekerjasama dengan Obsess, satu platform e-dagang berpengalaman terkemuka yang membolehkan jenama-jenama mewujudkan pengalaman maya dalam talian yang interaktif dengan menggunakan realiti maya. Diketuai oleh usahawan wanita Neha Singh, Obsess telah bekerjasama dengan jenama kecantikan dan fesyen global yang lain dalam mewujudkan pengalaman maya berjenama yang tidak dapat dilupakan bagi pengguna. Selaras dengan misi mereka untuk memperkasakan kehidupan wanita, Mary Kay juga bekerjasama dengan beberapa jurugambar wanita untuk menghasilkan imej yang dipaparkan dalam platform maya itu.

“Suite 13 TM  adalah mengenai membawa pengalaman kecantikan Mary Kay bersama dalam satu cara yang jauh lebih mudah diakses oleh perunding kecantikan persendirian dan pelanggan mereka di mana mereka sudah berada,” kata Neha Singh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Obsess. “Dengan Suite 13 TM , pasukan Mary Kay menguruskan setiap butiran mengenai platform itu, memberikan anda perasaan berada di bilik pameran maya Mary Kay tanpa perlu benar-benar hadir secara fizikal. Platform kami telah membolehkan jenama-jenama untuk mencipta pengalaman maya yang mengasyikkan secara visual yang mengubah cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka dan kami sangat gembira bagi pelanggan Mary Kay untuk terus menemui, belajar dan berinteraksi dengan jenama tersebut dalam satu persekitaran digital yang baharu.”

Suite 13 TM  pada mulanya dilancarkan di Mexico pada awal tahun 2021, diikuti oleh Brazil, Argentina, Sepanyol, Colombia dan Peru. Syarikat itu menjangkakan akan melancarkan platform itu di kebanyakan pasaran mereka pada akhir tahun 2021. Mary Kay adalah syarikat pertama yang melancarkan pengalaman maya jenis ini di dalam industri itu. Suite 13 TM  adalah inovasi teknologi terkini oleh Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio mereka. Mary Kay melancarkan Penganalisis Kulit Mary Kay®, satu aplikasi yang memanfaatkan teknologi cadangan kulit muka Kecerdasan Buatan yang paling maju dan berasaskan saintifik untuk membantu Perunding Kecantikan Persendirian menyediakan panduan penjagaan kulit yang disesuaikan dengan produk Mary Kay dengan hanya satu imbasan kulit yang pantas. Inovasi lain, Mary Kay® MirrorMe™ Web, menyediakan pelanggan dengan satu kaedah maya untuk “mencuba sebelum anda membeli,” secara langsung dari sebuah Laman Web Perunding Kecantikan Persendirian dengan menggunakan teknologi realiti maya. MirrorMe™ juga tersedia untuk peranti iOS dan Android.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14465

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...