• PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian pusat jagaan pascapartum, hospital, rangkaian farmasi dan platform dalam talian yang diservis oleh rakan kerjasama usaha sama yang meluas.
• Usaha sama juga akan memanfaatkan rangkaian 30,000 klinisian yang meluas di 100 bandar untuk mengedarkan PeriCoach di China.
• Perjanjian dibina atas kerjasama pengagihan di Timur Tengah yang sedia ada Analytica untuk memudahkan pertumbuhan dan pengeluaran PeriCoach di pasaran antarabangsa.
• Percubaan klinikal mengesahkan rawatan PeriCoach tanpa pengawasan adalah setara dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik untuk rawatan inkontinens urinari tekanan, pada kos yang lebih rendah.
• PeriCoach memberikan penyelesaian yang cekap kos untuk meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan beban penjagaan dan mengurangkan perbelanjaan pad inkontinens dalam populasi pascapartum dan penuaan.
BRISBANE, Australia, 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Analytica Limited (ASX:ALT), Pengeluar dari Australia bagi sistem senaman lantai pelvis PeriCoach untuk rawatan inkontinens urinari tekanan. telah memasuki perjanjian usaha sama (JV) untuk mengeluarkan, mengedarkan, dan memasarkan sistem ini di China, Macau, Hong Kong dan Taiwan. Analytica bekerjasama dengan Hebei NACOL Bio-Technology Co., Ltd (Nacol) dan Shijiazhuang Biosphere Pty Ltd (Biosphere) yang berpangkalan di Wilayah Hebei.Pemegang saham utama Nacol termasuk dua syarikat pengeluaran pengedaran perubatan Cina yang sangat berpengalaman iaitu Heibei Aineng Biological Technology Co., Ltd dan Shijiazhuang YST Medical Supplies Co. Ltd.
JV ini akan mendaftarkan PeriCoach dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat China (CFDA) sebagai peranti perubatan kelas II. Dengan kelulusan CFDA, PeriCoach boleh menjadi rawatan preskripsi dengan meliputi rangkaian hospital di kawasan China Utara sebagai permulaan.
Pengembangan ke China akan menyokong pengedaran PeriCoach kepada pasaran pemulihan pascapartum yang semakin berkembang pesat dan pasaran pencegahan tahap awal warga emas kerana satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami inkontinens urinari tekanan. Perjanjian ini akan melanjutkan lagi strategi Analytica untuk membawa PeriCoach kepada pasaran global, membina pada pertumbuhan di Timur Tengah dengan rakan kerjasama Motion Egypt LLC, dan mendapatkan rakan kerjasama lain di Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara di luar China.
PeriCoach terdiri daripada peranti perubatan, aplikasi telefon pintar dan PeriVault, pangkalan data latihan otot lantai pelvis terbesar di dunia. PeriCoach merangkumi teknologi panduan teknik biomaklum balas yang membantu wanita melakukan senaman lantai pelvis dengan betul, juga dikenali sebagai senaman “Kegel”, semasa peranti dan aplikasi digunakan. Data dunia nyata daripada pesakit¹ PeriCoach menunjukkan bahawa hampir 60% wanita tidak tahu cara untuk menggunakan otot tersembunyi ini apabila mereka menggunakan peranti buat kali pertama. Panduan teknik PeriCoach bermaksud “Kegel” boleh dilakukan dengan betul dan yakin oleh mana-mana wanita dalam privasi rumahnya sendiri.
Percubaan klinikal²,³ bebas, disemak semula rakan setara (peer-reviewed), dirawakkan terkawal baru-baru ini yang dilakukan oleh University of New Mexico dan diterbitkan di Journal of Female Pelvic Medicine & Reconstructive Surgery menyimpulkan sistem biomaklum balas PeriCoach, tanpa arahan formal, bukan inferior dan setaraf dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik dalam pusat kecemerlangan lantai pelvis, menjadikan sistem ini bentuk rawatan yang paling cekap kos⁴ untuk inkontinens urinari tekanan dan campuran. Tonton Video di sini.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1d7fc4b0-f47e-4dae-819d-b5db59eb359f
Buat masa ini dikeluarkan di Australia, rangkaian pengeluaran PeriCoach baharu untuk pasaran Cina hanya terletak di Zon Perdagangan Bebas Shijiazhuang dan akan disenaraikan sebagai salah satu projek utama dalam zon perdagangan bebas dan zon teknologi tinggi.
PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian hospital dan organisasi pascapartum meluas sedia ada yang diberikan perkhidmatan oleh rakan kerjasama JV. Rakan kerjasama JV telah bekerjasama dengan platform perkhidmatan penjagaan pascapartum di China dengan liputan sebanyak 100 bandar dan lebih daripada 30,000 profesional klinikal.
Di China, 15 juta bayi dilahirkan setiap tahun.⁵ Dengan pertumbuhan ekonomi moden yang pantas, industri pemulihan pascapartum telah meningkat kepada 3.95bn yuan setahun (US$608J) pada tahun 2018, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 43.9%.⁶
Selain itu, China, seperti negara Barat, mempunyai populasi menua yang antaranya 31% wanita lebih berusia mengalami inkontinens urinari, tetapi hanya 25% daripada mereka mendapatkan bantuan perubatan.⁷ JV melihat peluang kesihatan awam yang besar untuk rawatan konservatif bagi inkontinens dalam kalangan wanita berumur 50-70 tahun, mengurangkan impak kualiti kehidupan berserta beban ekonomi jangka panjang bagi penjagaan warga emas.
CEO Aineng, Encik LanJu Xu, akan mengetuai JV ini dan mengomen: “Kami mempunyai keyakinan yang kukuh dalam keupayaan R&D Analytica dan percaya bahawa Analytica dan Nacol boleh memanfaatkan kelebihan satu sama lain daripada Usaha Sama ini dan mencapai situasi menang-menang. Dengan menggabungkan teknologi Analytica yang terkemuka dan sumber industri meluas Nacol di China, kami menanti-nantikan untuk menyaksikan PeriCoach memasuki pasaran besar ini.”
Encik Xu mempunyai latar belakang yang kukuh dalam peranti dan bahan perubatan, termasuklah rekod prestasi bagi kelulusan 17 peranti perubatan kelas II dan telah melengkapkan percubaan klinikal bagi dua peranti perubatan kelas III. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan untuk Program Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Utama bagi Kementerian Sains dan Teknologi di China, yang dikendalikan oleh empat universiti terkemuka dan salah satu daripada tiga hospital teratas di China. Selain itu, Encik Xi ialah ketua Pusat R&D bahan perubatan di Universiti Nankai.
Pengerusi Analytica Ltd, Dr Michael Monsour, berkata: “Memasuki pasaran China dengan pengendali yang lincah dan berpengalaman ialah pencapaian utama untuk Analytica. China sedang menerajui dunia dalam mengiktiraf keperluan penjagaan pascapartum yang berkesan dan menghadapi cabaran untuk menjaga populasi penuaan mereka yang besar melalui penggunaan sistem PeriCoach untuk membantu wanita mengurus inkontinens. PeriCoach ialah penyelesaian cekap kos yang terbukti yang akan menambah baik kualiti kehidupan dan mengurangkan beban penjagaan untuk wanita dengan ketara. Kami menanti-nantikan penerokaan berterusan bagi pilihan strategik kami untuk mengembangkan ketersediaan PeriCoach secara global.”
Baru-baru ini, Analytica telah memindahkan operasi pengeluarannya di Australia dan sedang mencari peluang untuk mewujudkan semula jualan dalam talian di AS, UK/Ireland, Australia dan New Zealand pada masa akan datang. PeriCoach memiliki kelulusan USFDA 510(k), pendaftaran ARTG Australia dan tanda CE.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: investorrelations@analyticamedical.com
Untuk maklumat lanjut tentang Sistem PeriCoach, lawati: www.PeriCoach.com
Untuk maklumat lanjut tentang Analytica, lawati: www.AnalyticaMedical.com
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14422
No comments:
Post a Comment