Meneruskan pengembangan serantau dengan memberi tumpuan kepada pekerja
SINGAPURA, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Illumina, Inc., hari ini mengumumkan, untuk tahun kedua berturut-turut, Illumina menerima penghormatan sebagai satu daripada Majikan Terbaik di Singapura dalam satu tinjauan yang ditaja oleh The Straits Times dan firma pemasaran Statista. Illumina menduduki tempat kedua di dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan Peralatan dan menduduki tempat ke-27 dalam senarai keseluruhan. Dijalankan pada akhir tahun 2020, tinjauan itu mengemukakan pertanyaan kepada kira-kira 9,000 orang yang bekerja di semua industri yang berlainan, dengan memberikan mereka peluang untuk menyatakan sokongan mereka bagi 1,700 syarikat tempatan yang mempunyai lebih 200 orang pekerja.
“Ia adalah sangat mengharukan untuk diperakui sekali lagi sebagai satu daripada Majikan Terbaik di Singapura,” kata Derric Lee, Naib Presiden dan Pengurus Besar bagi Illumina Singapura. “Anugerah ini sangat bermakna dan memberikan pengiktirafan di atas usaha kami untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang sangat sesuai, inklusif dan bermanfaat bagi pekerja di mana-mana peringkat.”
Hasil tinjauan itu adalah didasarkan pada persepsi pekerja dari syarikat-syarikat di rantau itu. Responden telah ditanya sama ada mereka akan mengesyorkan majikan mereka kepada seorang rakan atau ahli keluarga, dan jika mereka akan membuat cadangan yang sama untuk syarikat lain.
Beribu pejabat di San Diego, California, kemudahan pertama Illumina di Singapura telah dibuka pada tahun 2008 dengan 10 orang pekerja dan sebuah kemudahan yang berkeluasan 38,000 kaki persegi. Hari ini, Illumina Singapura telah meningkatkan jumlah pekerja kepada lebih 1,300 orang dan berkembang kepada tiga buah bangunan, menghuni sepuluh kali ganda ruang asal mereka — yang kini berjumlah 385,000 kaki persegi. Momentum itu berterusan dengan satu kemudahan tambahan untuk penyelidikan dan pembangunan yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun 2022.
“Kami merancang untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang lengkap bagi pekerja untuk membangun, tumbuh dan berkembang maju,” kata Lee. “Etos ini bermaksud memberi tumpuan kepada setiap aspek bagi masa seorang pekerja dengan syarikat itu dari detik pertama mereka berjalan melalui pintu itu. Kami sentiasa menilai keseluruhan bagi pengalaman di tempat kerja, termasuk proses mengintegrasikan pekerja baharu ke dalam organisasi, suasana di pejabat, mengekalkan satu budaya, latihan dan pengembangan yang terbuka dan kerjasama, serta penjagaan dan sokongan. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pekerja pengalaman hujung ke hujung yang terbaik apabila mereka bekerja untuk Illumina.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14448
No comments:
Post a Comment