Friday, April 23, 2021

SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH OLEH TELKOMSIGMA UNTUK PENYEPADUAN DALAM UNIVERSITI DI INDONESIA

Kerjasama ini akan membawa awan peribadi kepada pasaran bagi lebih daripada 25 universiti dan lapan juta pelajar dalam tiga tahun yang akan datang

BRIDGEWATER, N.J., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Telkomsigma, bahagian IT Telkom Indonesia Group, untuk menyampaikan Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud® ke universiti di Indonesia. Telkom Community Cloud akan ditawarkan kepada pelajar di 25 universiti sebagai alat untuk menyimpan, berkongsi dan memindahkan dokumen akademik bersama-sama profesor, kumpulan sekolah dan rakan sebaya mereka dengan selamat.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud label putih akan dijalankan di samping FLOU, platform berbilang awan Telkomsigma. Pelajar tahun pertama di universiti terpilih akan dapat menyertai penyelesaian awan baharu pada permulaan September, dengan ribuan pelajar tambahan akan disertakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pada penghujung proses pendaftaran selama tiga tahun, 450,000 pelajar dijangkakan akan mempunyai akses kepada penyelesaian awan peribadi dikuasakan Synchronoss yang baharu. Pelajar juga akan mempunyai pilihan untuk terus menggunakan versi berbayar bagi penyelesaian yang sama selepas mereka menamatkan pengajian, memberikan mereka keupayaan untuk mencapai, menyimpan dan berkongsi fail akademik, foto, video dan kandungan peribadi yang lain lama selepas mereka meninggalkan institusi pendidikan mereka.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss untuk menawarkan universiti di Indonesia penyelesaian awan peribadi yang memenuhi keperluan kedua-dua pelajar dan fakulti,” kata M Hassan Salman, EVP Telkomsigma. “Sama ada mereka menghadiri kelas bersemuka atau memanfaatkan pembelajaran jarak jauh, pelajar sedang menjana dan berkongsi jumlah data yang besar dengan rakan sebaya dan profesor mereka, dan mesti yakin bahawa kandungan mereka dilindungi dan juga tersedia apabila diperlukan. Telkomsigma Community Cloud dan keupayaannya untuk memastikan fail tersebut boleh diakses dan selamat akan memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada pelajar hari ini serta pada masa hadapan setelah mereka menamatkan pengajian.”

Selain memberi pengguna universiti akses kepada kandungan mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa serta keupayaan untuk berkongsi kandungan tersebut secara mudah dengan orang lain, keupayaan sandaran automatik Telkomsigma Community Cloud juga melindungi pelajar daripada kehilangan data yang disebabkan oleh kegagalan perkakasan. Tidak seperti penyelesaian awan lain di pasaran, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss membenarkan data pelajar disimpan dalam negara, keperluan kritikal untuk Telkomsigma mematuhi undang-undang Indonesia.

Anthony Socci, Presiden dan GM APAC, mengatakan nilai kerjasama baharu dengan Telkomsigma ini menjangkaui kepentingan untuk menyediakan awan peribadi yang mudah diakses, disampaikan universiti kepada jutaan pelajar universiti. “Institusi akademik semakin kerap mencari jalan untuk menyediakan penyelesaian awan peribadi kepada pelajar dan kakitangan mereka tatkala magnitud kandungan digital yang dicipta dan dikongsi meningkat secara mendadak. Seperti yang Telkomsigma dapati, Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud dapat memenuhi keperluan yang kadangkala unik bagi sektor akademik dengan sepenuhnya – sama ada keperluan tersebut berkemungkinan ialah kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan baharu dengan pantas atau kapasiti untuk mematuhi peraturan privasi data tempatan. Kami teruja untuk melihat cara kerjasama kami dengan Telkomsigma akan membuka pintu untuk kerjasama tambahan dengan organisasi pendidikan lain.”

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain, termasuk pembekal insurans, di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

Perihal Synchronoss

Synchronoss mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan penyelesaian awan, pemesejan, dan digital yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai, dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14486


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...