TOKYO, 17 Dis., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Nippon Express (Singapura) Pte. Ltd. (kemudian dari ini, “NE Singapura”), sebuah anak syarikat tempatan bagi Nippon Express Co., Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi pensijilan Amalan Pengedaran Baik (GDP), berkuat kuasa pada Jumaat, 30 Oktober, bagi kemudahan mereka di dalam Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Lapangan Terbang Changi Singapura, yang membuktikan kepatuhan mereka terhadap piawaian bagi pengedaran yang berkaitan bagi farmaseutikal yang sesuai untuk perkhidmatan import/eksport udara.
Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202012118504-O1-3o5vJ9wd
Foto: Pemandangan luar bagi Ibu Pejabat NE Singapura
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202012118504/_prw_PI2fl_GKFcfep8.jpg
Terdapat pertumbuhan yang luar biasa di dalam industri farmaseutikal/perubatan Singapura, satu daripada sektor yang dipromosikan secara satu keutamaan oleh negara itu, dan banyak syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia telah mewujudkan lokasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan di sana yang dengan cepat telah menjadi sebuah kluster perindustrian. Oleh itu, permintaan import/eksport farmaseutikal yang menggunakan Lapangan Terbang Changi, yang semakin membezakan diri mereka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan bebas yang mesra pengguna, dijangka akan meningkat di masa depan.
Dengan pensijilan GDP ini, NE Singapura akan mempunyai sebuah sistem untuk menyediakan perkhidmatan import/eksport udara yang selamat dan berkualiti tinggi bagi farmaseutikal yang memanfaatkan faedah dengan menjadi satu-satunya syarikat logistik Jepun yang mempunyai sebuah kemudahan di kawasan dalam bon lapangan terbang itu.
Dengan meningkatkan infrastruktur mereka dan mendapatkan pensijilan di lokasi-lokasi perniagaan utama di Singapura dan di tempat lain, Nippon Express akan mewujudkan perkhidmatan logistik farmaseutikal menggunakan rangkaian global mereka untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara nilai tambah tinggi yang memenuhi keperluan pelanggan yang canggih dan pelbagai di dalam industri farmaseutikal.
Profil bagi kemudahan
Nama: Nippon Express (Singapura) Pte. Ltd. Bahagian Pengangkutan Udara
Alamat: 1F, 40 Alps Avenue, Singapura 498781
Laman web Nippon Express: http://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn Rasmi: NIPPON EXPRESS GROUP
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Sumber: Nippon Express Co., Ltd.
No comments:
Post a Comment