HONG KONG, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Hari ini, Kumpulan ixFintech mengumumkan bahawa produk baharu mereka, Mesin Pertukaran Aset Digital (DAEM), akan mendarat di Cyberport, Hong Kong*, yang akan membolehkan komuniti Cyberport untuk melakukan percubaan pusingan pertama mereka. Mesin itu membolehkan komuniti Cyberport dan pengunjung untuk belajar dan mengalami serta membeli dan menjual aset digital dengan menggunakan wang tunai dan dompet digital, melihat prestasi Indeks ixCrypto, serta fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan KYC. Berbeza dengan ATM kripto yang lain, DAEM adalah merupakan mesin pertukaran yang benar-benar terpencar yang pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan pengkomputeran pascakuantum.
“2020 menandakan tahun bagi Kumpulan itu untuk bergerak ke ruang DEFI dengan siapnya DAEM,” kata Irene Wong, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan IX Fintech. “Kami sangat berterima kasih kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan kami, 01 Communique dari Kanada dan CryptoGo dari Hong Kong untuk merealisasikan visi kami mengenai ATM generasi baharu itu – DAEM. Kami berharap DAEM baharu itu akan menyumbang kepada rangka tindakan ixFintech bagi ekosistem aset digital dan merealisasikan visi kami mengenai pembayaran masa depan dan pengiriman wang blok rantai. Di masa hadapan, kami akan bekerjasama dengan beberapa pengeluar produk kewangan untuk menyediakan produk kewangan yang berkaitan dengan Indeks ixCrypto, kemudian tokenkan produk ini, dan menyediakan lebih banyak pilihan pelaburan alternatif kepada pengguna DAEM.”
Kumpulan ixFintech baru-baru ini telah mengembangkan kehadiran mereka di Singapura dengan menggabungkan sebuah anak syarikat baharu IXFINTECH SG PTE. LTD, dengan memberi tumpuan kepada perniagaan yang berkaitan dengan aset digital. Untuk maklumat lanjut mengenai DAEM, sila layari http://daemtech.com/. Untuk melakukan satu percubaan, sila hubungi daem@ixfintech.com.
* Mesin itu pada masa ini ditempatkan di Ruang Pintar, Teras E, 4/F, Cyberport 3
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14098
No comments:
Post a Comment