Friday, December 11, 2020

BELANJAWAN 2021 TALIAN HAYAT B40 DAN M40

KOTA BHARU, 10 Dis (Bernama) -- Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka berdasarkan tiga maklumat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kita Prihatin.


Ini secara langsung mengambil kira cabaran dan isu ekoran daripada penularan pandemik COVID-19 yang memberi impak besar kepada sektor ekonomi dan sumber pendapatan golongan tertentu.

Menyedari cabaran dan keluhan rakyat, para peniaga malah agensi tertentu yang terkesan ketika krisis ini, kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan memberi keutamaan menerusi pelbagai insiatif dan insentif kepada hampir segenap lapisan masyarakat.

Tidak dinafikan kesan penutupan dan sekatan ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19 dirasai secara seimbang oleh semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang berada di bahagian bawah pengagihan pendapatan.

Justeru, Pertubuhan Pedagang dan Peniaga Kebangsaan Malaysia (Perdana) bersuara supaya kerajaan melanjutkan pemberian moratorium secara automatik kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 sehingga 31 Disember ini.

Pertimbangan terhadap perlanjutan ini penting kerana kesan pemberian moratorium seperti yang diberikan pada April hingga September lalu membolehkan rakyat berbelanja.

Lanjutan pemberian moratorium bukan sahaja mengurangkan bebanan sara hidup, tetapi dapat memastikan rakyat berbelanja dan menggerakkan ekonomi/meringankan aliran tunai (cashflow) dan bebanan kewangan yang ditanggung oleh rakyat dan peniaga seperti yang disebut dalam kenyataan BNM bertarikh 25 Mac 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14091

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...