Lithium Werks memisahkan perniagaan modul Valence™ untuk memberikan fokus kepada pengeluaran Sel terkemuka dunia, portfolio paten LFP, penyelesaian tersuai, dan R&D baharu.
AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.
Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.
Permintaan yang semakin meningkat wujud untuk teknologi eksklusif Lithium Werks daripada pelbagai sektor industri pada peringkat global.Urus niaga ini akan memudahkan fokus berterusan Lithium Werks dalam memenuhi permintaan ini.
T. Joseph Fisher, III, CEO dan Pengasas Bersama Lithium Werks, B.V., berkata:
“Tindakan ini akan menajamkan fokus kami untuk dapat menyampaikan kepada pelanggan semasa dan masa depan kami serbuk dan sel Nanophosphate™ kami yang paling berkuasa dan tahan lama, bukan sahaja untuk vertikal sedia ada kami seperti perindustrian, perubatan dan sokongan UPS, tetapi juga dengan kejelasan strategi baharu untuk aplikasi yang kritikal untuk misi termasuk penyimpanan tenaga dan vertikal pengangkutan dengan penyelesaian tersuai.Kami tidak sabar menantikan pertumbuhan dan perkembangan berterusan sebagai pembekal sel berbentuk silinder Nanophosphate™ termaju, serta memperkenalkan faktor bentuk dan saiz baharu yang lain untuk aplikasi yang memerlukan Power.Safety.Life.™ bagi bahan katod Nanophosphate™ yang dibangunkan MIT kami.”
Lithium Werks memiliki portfolio paling menyeluruh di dunia bagi bahan, sel, paten LFP Harta Intelektual dan produk Ferum Fosfat Litium.Lithium Werks beroperasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat.
Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.lithiumwerks.com.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14137
No comments:
Post a Comment