Pelopor Rakaman Platinum Berkongsi Mesej Rasa Terima Kasih dan Penjarakan Sosial Untuk Satu Musim Percutian yang Selamat, sebagai Sebahagian daripada Kempen Industri Permainan yang Berterusan
SAN FRANCISCO, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201224005018/en/
SIAPA:
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, sedang bekerjasama dengan artis rakaman terkenal antarabangsa, Black Eyed Peas untuk berkongsi kepositifan, galakan dan harapan untuk musim percutian ini.
APA:
Sebagai satu kesinambungan bagi inisiatif industri permainan yang telah memenangi anugerah, #PlayApartTogether, Black Eyed Peas telah merakamkan kata-kata semangat dan harapan untuk satu musim percutian yang sihat dan selamat. Ahli pengasas bagi kumpulan pemenang anugerah Grammy itu, Taboo, telah membuat video peribadi yang akan dikongsi melalui rangkaian #PlayApartTogether bagi lebih daripada 80 syarikat permainan video di seluruh dunia, dengan membawa cahaya, kemesraan dan gaya Black Eyed Peas yang terkenal ke musim percutian yang belum pernah terjadi sebelum ini.
PETIKAN:
“#PlayApartTogether dimulakan sebagai satu usaha untuk mengaktifkan audiens yang luas, yang terlibat di dalam permainan untuk membantu memerangi penyebaran COVID-19 dan saling menjaga di antara satu sama lain,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Kami sangat bersyukur kerana Black Eyed Peas, yang impaknya terhadap budaya dan muzik tidak dapat diukur, membawa kata-kata mereka yang penuh tenaga dan inspirasi kepada pergerakan itu sehingga kita dapat menuju ke satu tahun baharu pada satu titik kejayaan. Kekal kuat, kekal selamat dan kekal optimis, dan ingat bahawa kita semua bersama di dalam perjuangan ini.”
LATAR BELAKANG:
#PlayApartTogether adalah satu inisiatif industri permainan global yang menggalakkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah pencegahan lain yang sangat kuat di dalam memerangi COVID-19 kepada audiens pemain global yang luas. Dipelopori oleh Zynga dan berkembang menjadi lebih daripada 60 syarikat yang mengambil bahagian, #PlayApartTogether telah menyediakan maklumat penting, hiburan dan perhubungan penjarakan fizikal kepada pemain di seluruh dunia.
ASET SOKONGAN:
Aset visual sokongan boleh didapati di: http://bit.ly/PATHoliday
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14140
No comments:
Post a Comment