Tuesday, September 7, 2021

SOFTBANK MEMASUKI KE DALAM PERKONGSIAN STRATEGIK JANGKA PANJANG DAN PERJANJIAN PERTUKARAN SAHAM EKUITI DENGAN DEUTSCHE TELEKOM

 Perkongsian Strategik Menyediakan Syarikat-syarikat Portfolio SoftBank dengan Akses kepada Kira-kira 240 Juta Pelanggan Merentasi Eropah dan Amerika Syarikat dan Deutsche Telekom (“DT”) dengan Peningkatan ARPU, Pengurangan Pergerakan dan Penyertaan Usaha Sama

SoftBank Menerima 225 Juta Saham Baharu DT sebagai Pertukaran bagi DT Menerima Kira-kira 45 juta Saham T-Mobile Amerika Syarikat (“TMUS”); DT Berhasrat Untuk Memperoleh Kira-kira 20 juta lagi saham TMUS dari SoftBank dengan Melaburkan Semula Hasil daripada Penjualan T-Mobile Belanda yang Diumumkan

SoftBank Mempelbagaikan Pendedahan Telekomunikasi Merentasi Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat, dengan 41% Pemilikan bagi SoftBank Corp., 4.5% bagi DT dan 3.3%¹ bagi TMUS

SoftBank Menukarkan Saham TMUS Yang Mendasari Pilihan Harga Tetap Terutamanya dengan Tanpa Pergerakan Harga Saham yang Meningkat, untuk Saham DT dengan Bahan Yang Meningkat untuk Menjadi Pemegang Saham Persendirian Kedua Terbesar dengan Kepentingan 4.5% dan Perwakilan Lembaga yang Dirancang

SoftBank Mengekalkan Pendedahan Positif yang Bermakna kepada TMUS dan Menjangkakan TMUS akan Terus Mewujudkan Nilai Ekuiti yang Signifikan Melalui Kepimpinan 5G dan Sinergi Penggabungan

TOKYO, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SoftBank Group Corp. (“SoftBank”) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengadakan satu perkongsian strategik dan perjanjian pertukaran saham ekuiti dengan Deutsche Telekom AG (“DT”). Di bawah perkongsian strategik itu di antara kedua-dua buah syarikat, kira-kira 300 syarikat portfolio SoftBank memperoleh akses kepada tambahan kira-kira 240 juta pelanggan DT di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat, dengan menyediakan syarikat-syarikat portfolio ini dengan keupayaan untuk berskala dengan pantas dan pada kos yang rendah. DT akan mendapat manfaat daripada peningkatan ARPU, pengurangan pergerakan dan penyertaan usaha sama.

Di bawah perjanjian pertukaran saham ekuiti itu, DT akan menggunakan sebahagian daripada opsyen beli mereka yang diberikan oleh SoftBank berhubung dengan perjanjian mereka pada Jun 2020. DT akan memperoleh kira-kira 45 juta saham T-Mobile Amerika Syarikat (“TMUS”) dari SoftBank sebagai pertukaran untuk menerbitkan 225 juta saham baharu DT kepada SoftBank daripada modal mereka yang dibenarkan. Dalam satu langkah berikutnya, DT membayangkan menggunakan opsyen beli untuk memperoleh tambahan kira-kira 20 juta saham TMUS dari SoftBank dengan melabur semula $2.4 bilion daripada hasil penjualan yang dijangkakan daripada penjualan T-Mobile Belanda yang diumumkan. Hasil daripada urus niaga ini – pertukaran saham ekuiti dan pelaburan semula hasil itu – SoftBank akan menjadi sebuah pemegang saham 4.5% di DT dan mengekalkan pegangan ekuiti 3.3%¹ di TMUS, yang boleh meningkat kepada 6.9% melalui Saham True-Up, sekiranya harga saham TMUS mencecah tonggak tertentu.

Urus niaga itu mempelbagaikan pendedahan telekomunikasi SoftBank di seluruh Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat, dengan pemilikan 41% bagi SoftBank Corp., 4.5% bagi DT dan 3.3%¹ bagi TMUS. SoftBank akan mempunyai akses kepada sejumlah hampir 300 juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 55 juta dari SoftBank Corp., kira-kira 95 juta dari DT dan kira-kira 140 juta dari TMUS.

Urus niaga itu menambat perhatian dari segi kewangan. SoftBank menukarkan saham TMUS yang mendasari pilihan harga tetap terutamanya tanpa sebarang kenaikan, untuk saham di DT, yang SoftBank percaya mempunyai kenaikan jangka panjang yang signifikan melebihi harga rujukan yang dipersetujui sebanyak €20. SoftBank akan menjadi pemegang saham persendirian kedua terbesar dengan perwakilan lembaga yang dirancangkan. Di samping itu, SoftBank mengekalkan pendedahan yang bermakna kepada TMUS melalui saham yang mendasari terutamanya pilihan terapung dan, berpotensi, Saham² True-up. SoftBank menjangkakan penciptaan nilai ekuiti berterusan yang signifikan di TMUS ketika ia mengekalkan kepimpinan 5G dan membuka sinergi penggabungan.

SoftBank akan dapat menggunakan saham DT dan TMUS sebagai cagaran untuk tujuan pembiayaan dan lindung nilai. Sebarang urus niaga tersebut adalah selaras dengan perkongsian strategik jangka panjang itu, dengan SoftBank mengekalkan pendedahan yang signifikan terhadap harga saham DT dan TMUS.

“Ini adalah satu urus niaga penting yang merupakan satu menang-menang-menang yang sebenar bagi syarikat-syarikat portfolio kami, SoftBank dan Deutsche Telekom,” kata Marcelo Claure, Pegawai Korporat, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi bagi SoftBank Group Corp. dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi SoftBank Group International. “Perkongsian strategik jangka panjang itu akan mewujudkan peluang-peluang luar biasa bagi syarikat-syarikat portfolio kami untuk meningkatkan pertumbuhan mereka dengan akses kepada kira-kira 300 juta pelanggan merentasi Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat secara keseluruhan. Urus niaga itu mempelbagaikan pendedahan telekomunikasi kami dan membolehkan SoftBank untuk menjadi pemegang saham persendirian kedua terbesar di DT, dan pada masa yang sama mengekalkan pendedahan yang bermakna kepada TMUS yang menikmati pertumbuhan tinggi. Ia juga menandakan satu langkah penentuan bagi DT ke arah objektif yang dinyatakan mereka untuk memperoleh saham majoriti di dalam TMUS, dan penambahan pelabur teknologi terbesar di dunia di SoftBank mengesahkan visi Telco 2030 mereka dan menunjukkan “Kelebihan Magenta” itu. Saya berharap dapat bekerjasama dengan Tim dan pasukan di masa depan.”

“Kami gembira untuk mengalu-alukan SoftBank sebagai sebuah pelabur utama dan rakan strategik baharu untuk Deutsche Telekom dan tidak sabar untuk mengusahakan peluang-peluang penciptaan nilai daripada kerjasama ini bagi kedua-dua SoftBank dan Deutsche Telekom,” kata Timotheus Höttges, Ketua Pegawai Eksekutif, Deutsche Telekom AG.

Sehubungan dengan perjanjian itu, pengurusan DT akan menyokong satu cadangan oleh SoftBank agar Encik Claure dipilih ke Lembaga Penyeliaan DT pada mesyuarat agung tahunan berikutnya. Urus niaga tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah SoftBank dan Lembaga Penyeliaan DT dan dijangka akan dimeterai dan menjadi efektif dengan digabungkan di dalam daftar komersial DT.

Sullivan & Cromwell bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada SoftBank dalam urus niaga ini.


OKEX MEMPERCEPAT PENGGUNAAN NFT DENGAN DEFI HUB, PASARAN NFT

OKEx meneruskan komitmennya terhadap kemajuan industri kripto dan kewangan terpencar dengan pelancaran DeFi Hub

VICTORIA, Seychelles, 6 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.OKEx.com) yang merupakan bursa lani dan terbitan kriptowang utama global, hari ini mengumumkan pelancaran ekosistem aset digital terpencar, DeFi Hub. Platform ini kini menampilkan dua produk teras: Pasaran NFT dan Papan Pemuka DeFi.

Pasaran NFT ialah platform NFT hujung ke hujung yang dibina untuk memperkasa pencipta dan menginspirasikan pengumpul. Melalui platform, sesiapa sahaja boleh membeli, menjual dan berdagang NFT secara terus, dengan sifar yuran dibayar kepada OKEx. Perkara yang membuatkan Pasaran NFT lebih unik ialah sesiapa sahaja boleh menggunakan platform ini untuk menempa apa-apa jenis NFT mereka sendiri, menggunakan blok OEC atau Ethereum.

NFT yang baru ditempa akan tersedia untuk jualan pada Pasaran NFT dan pencipta diberikan kefleksibelan untuk menetapkan yuran royalti mereka sendiri. Yuran royalti untuk pencipta akan dibayar kepada pencipta dalam setiap transaksi seterusnya pada pasaran sekunder Pasaran NFT sebagai tanda komitmen OKEx untuk melindungi kepentingan pencipta. Pasaran NFT juga membolehkan pengguna mengimport NFT yang telah dijana pada platform lain yang disokong.

DeFi Hub juga menawarkan cara untuk melihat dan mengurus aset terpencar merentasi rangkaian blok rantai utama dan protokol DeFi. Papan Pemuka DeFi memaparkan kedua-dua pandangan portfolio penuh, serta pandangan berasingan untuk koleksi digital. 

"Pasaran NFT berkembang dengan pesat dalam kepopularan, mewujudkan keperluan untuk sistem menyeluruh untuk mengurus NFT," kata Pengarah OKEx Lennix Lai dalam satu kenyataan. Beliau meneruskan: 

"Dengan DeFi Hub, kami telah mewujudkan Pasaran NFT yang akan mempercepat penggunaan NFT dengan memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta, bertukar, dan menjual NFT berbanding sebelum ini. Kami juga teruja untuk melancarkan Papan Pemuka DeFi untuk membawakan peningkatan yang amat diperlukan kepada penggambaran pengguna bagi portfolio kriptowang mereka."

Perihal OKEx

Diasaskan pada tahun 2017, OKEx merupakan salah satu bursa lani dan terbitan kriptowang utama di dunia. OKEx telah menggunakan teknologi blok rantai untuk membentuk semula ekosistem kewangan dan menawarkan beberapa produk, penyelesaian dan alat perdagangan yang paling pelbagai dan canggih dalam pasaran. Dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kripto, komitmen tidak berbelah baginya terhadap inovasi dan operasi tempatan untuk berkhidmat kepada penggunanya dengan lebih baik, OKEx berusaha untuk menghapuskan halangan kewangan dan merealisasikan dunia keterangkuman kewangan bagi semua.

Hubungi kami 

Vivien Choi / Andrea Leung

media@okex.com

Sumber: OKEx

--BERNAMA

Friday, September 3, 2021

PENGELUAR TENAGA PERSENDIRIAN UNITED KINGDOM BAHARU DIWUJUDKAN DENGAN PELABURAN DARI EIG

 EIG melengkapkan pemerolehan ke atas stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (CCGT) dan bateri 49 MW di Nottinghamshire, England


West Burton Energy, sebuah syarikat yang baharu diwujudkan, berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenaga

NOTTINGHAMSHIRE, England, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- West Burton Energy telah diwujudkan hari ini sebagai sebuah pembekal elektrik utama di United Kingdom setelah EIG, sebuah pelabur institusi untuk sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, memperoleh sebuah portfolio bagi aset penjanaan tenaga dari EDF Energy. Urus niaga itu, yang ditutup pada 31 Ogos, 2021, termasuk West Burton B, sebuah stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (“CCGT”), dan sebuah bateri 49 MW di Nottinghamshire, England.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Urus niaga ini adalah selaras dengan strategi kami untuk melabur di dalam aset berkualiti tinggi, pasukan terbaik dalam kelasnya dan infrastruktur tenaga kritikal. Stesen janakuasa yang menggunakan gas telah menunjukkan kepentingan strategik mereka di dalam sistem bekalan elektrik di United Kingdom, dan pelaburan kami di West Burton Energy menekankan keyakinan kami terhadap peranan berterusan yang akan dimainkan oleh gas dalam memudahkan peralihan tenaga.”

West Burton B adalah sebuah Loji CCGT yang sangat fleksibel dan cekap dengan tiga unit kitaran digabungkan, yang boleh menjana elektrik yang mencukupi untuk memberi kuasa kepada kira-kira 1.5 juta rumah, dan dihubungkan dengan satu daripada aset simpanan bateri terbesar di Eropah. Bersama-sama, teknologi ini menyediakan produk tenaga atas permintaan yang penting, kritikal di dalam menyokong landskap grid yang berubah di United Kingdom dan peralihan kepada sebuah ekonomi rendah karbon. 

Thursday, September 2, 2021

YILI MENCAPAI PERTUMBUHAN DUA DIGIT DALAM PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN BERSIH PADA SEPARUH PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2021


Kapsyen: Pada 30 Ogos, Yili mengeluarkan laporan kewangan separuh pertama tahun kewangan 2021 mereka. Syarikat itu mengatasi jangkaan pasaran dengan pertumbuhan dua digit dalam pendapatan dan keuntungan bersih, dengan pendapatan kasar meningkat 18.89% tahun ke tahun untuk mencapai RMB 56.506 bilion, dan keuntungan bersih yang berpunca kepada syarikat induk melonjak 42.48% tahun ke tahun untuk mencapai RMB 5.322 bilion.


HOHHOT, China, 2 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
- Yili mengatasi jangkaan pasaran dengan pertumbuhan dua digit dalam pendapatan dan keuntungan bersih pada separuh pertama tahun kewangan 2021
- Prestasi kewangan Yili yang mantap mencerminkan usaha terhadap inovasi dan peningkatan produk, saluran pengedaran, dan jaringan global.
 
Pada 30 Ogos, Yili - syarikat tenusu terkemuka di Asia - mengeluarkan laporan kewangan separuh pertama tahun kewangan 2021 mereka. Syarikat itu mengatasi jangkaan pasaran dengan pertumbuhan dua digit dalam pendapatan dan keuntungan bersih, dengan pendapatan kasar meningkat 18.89% tahun ke tahun untuk mencapai RMB 56.506 bilion, dan keuntungan bersih yang berpunca kepada syarikat induk melonjak 42.48% tahun ke tahun untuk mencapai RMB 5.322 bilion.

Keputusan sementara Yili menetapkan satu lagi tahap tinggi yang baharu bagi industri tenusu Asia, memandangkan data terbaharu itu menjadikan Yili berkemungkinan sebagai syarikat tenusu pertama di Asia yang melebihi RMB 100 bilion dalam pendapatan. Prestasi kewangan yang kukuh pada separuh pertama tahun kewangan 2021 juga mencadangkan bahawa syarikat itu mungkin akan terus mengekalkan momentum mereka.

YILI MENCAPAI PERTUMBUHAN DUA DIGIT DALAM PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN BERSIH PADA SEPARUH PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2021

Wednesday, September 1, 2021

NIELSENIQ DAN QUALTRICS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN BAHARU UNTUK MEMBANTU JENAMA-JENAMA MEMACUKAN PERTUMBUHAN LESTARI

 Jangkauan dan keupayaan yang digabungkan mewujudkan satu daripada penyelesaian pengalaman jenama yang paling komprehensif di dunia



CHICAGO, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah peneraju industri di dalam pengukuran dan analitik data global, dan Qualtrics (NASDAQ: XM), pemimpin dan pencipta bagi kategori Pengurusan Pengalaman (XM), hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu yang akan memberi kuasa kepada pemimpin jenama untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih pantas. Perkongsian itu dijangka dapat mewujudkan satu daripada penyelesaian pengalaman jenama yang paling komprehensif di dunia, dengan menyediakan kepada organisasi dengan pandangan tepat masa, 360 darjah mengenai kesihatan jenama mereka berdasarkan kepada maklumat balas pengguna.

Jangkaan pengguna telah berubah dengan pantas, dan ketika mereka terus berkembang, jenama-jenama perlu mengubah pandangan pengguna kepada tindakan untuk membezakan diri mereka dan memperluaskan pangkalan pelanggan mereka. Melalui perkongsian itu, NielsenIQ akan menggunakan Qualtrics BrandXM™ untuk menjanakan penyelesaian Winning Brands® mereka.

Winning Brands® adalah model terbukti NielsenIQ untuk mengukur kesedaran, pertimbangan, dan imej jenama sebelum, semasa dan selepas pendedahan jenama kepada pengguna. Qualtrics BrandXM™ mengenal pasti pemacu jenama penting di kalangan bakal pelanggan, memperkasakan perniagaan untuk mempercepatksn pemerolehan pelanggan dan meningkatkan nilai jenama mereka.

Penyelesaian bersama itu akan membolehkan jenama untuk menguasai metrik jenama utama, seperti Indeks Ekuiti Jenama (satu barometer bagi hasrat pembelian pengguna yang berkorelasi dengan penguasaan pasaran) pada satu platform tunggal, menyelaraskannya dengan hasil perniagaan termasuk kesedaran, pertimbangan, dan penggunaan. Ia akan juga menyediakan analisis pra-binaan, aliran kerja automatik, dan papan pemuka interaktif daripada Qualtrics untuk membantu organisasi mensimulasikan senario masa depan dan memacukan pertumbuhan yang berterusan.

“Metodologi NielsenIQ yang terbaik di dalam kelasnya, digabungkan bersama teknologi pengurusan pengalaman Qualtrics, akan membantu jenama menyesuaikan diri dan menjadi berjaya di dalam sebarang persekitaran perniagaan,” kata Presiden NielsenIQ Consumer Insights Global, Yuneeb Khan. “Kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan Qualtrics untuk menyediakan pemahaman yang lebih mendalam kepada pemimpin jenama dalam tepat masa, yang membolehkan mereka untuk mendapatkan kelebihan di dalam persaingan mereka.”

“Pengalaman yang disampaikan oleh setiap organisasi tidak pernah lebih penting berbanding sekarang,” kata Ketua Global bagi Ekosistem Qualtrics R.J. Filipski. “Menyatukan model Winning Brands terkemuka NielsenIQ dengan keupayaan Qualtrics yang telah terbukti untuk membantu organisasi menyampaikan apa yang pengguna mahukan akan memberikan jenama satu kelebihan pada pasaran yang berubah dengan pantas. Pandangan itu akan memberi kuasa kepada pemimpin jenama untuk melayani pengguna pada satu skala global dengan lebih cepat daripada sebelumnya.”

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi  semua platform runcit. Falsafah terbuka mereka mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nielseniq.com.

Maklumat mengenai Qualtrics

Qualtrics, peneraju dan pencipta bagi kategori XM, sedang mengubah cara organisasi mengurus dan meningkatkan empat teras pengalaman bagi perniagaan –– pelanggan, pekerja, produk, dan jenama. Lebih 13,500 organisasi di seluruh dunia menggunakan Qualtrics untuk mendengar, memahami, dan mengambil tindakan terhadap data pengalaman (X-data™) –– kepercayaan, emosi, dan hasrat yang memberitahu anda mengapa sesuatu perkara berlaku, dan apa yang harus dilakukan mengenainya. Platform Qualtrics XM™ adalah sebuah sistem tindakan yang membantu perniagaan menarik pelanggan yang berada lebih lama dan membeli lebih banyak, melibatkan pekerja yang membina sebuah budaya positif, membangunkan penemuan produk yang disukai orang, dan membina sebuah jenama yang disukai oleh orang ramai. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari qualtrics.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210901005357/en/

Hubungi

Media
Gillian Mosher – gillian.mosher@nielseniq.com


Sumber : NielsenIQ

SPRIX, MENGGALAKKAN LEBIH BANYAK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNTUK PENDIDIKAN DI JEPUN, MENINJAU 22,000 KANAK-KANAK DAN IBU BAPA DI 11 BUAH NEGARA DI DUNIA MENGENAI PEMBELAJARAN




Penglibatan Ibu Bapa dan Motivasi Kanak-kanak Berkaitan dengan Kadar Pengekalan Pembelajaran Anak-anak

TOKYO, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut Penyelidikan SPRIX, yang dikendalikan oleh SPRIX (Ibu Pejabat: Toshima Ward, Tokyo) (Wakil Pengarah dan Presiden: Hiroyuki Tsuneishi) telah melaksanakan dua tinjauan yang dirancang untuk lebih memahami keadaan pendidikan di seluruh dunia. Kedua-dua tinjauan itu mensasarkan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga mereka di sebelas buah negara yang berlainan. Tinjauan pertama adalah satu tinjauan kesedaran, bertumpukan kepada pembelajaran, dan yang kedua adalah satu tinjauan pengetahuan, yang bertumpu kepada pengukuran bagi kemahiran akademik asas.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005018/en/

Setiap tinjauan itu melibatkan satu ribu responden di setiap negara, untuk sejumlah 22,000 responden kanak-kanak, ibu bapa, dan penjaga. Hasilnya menunjukkan bahawa negara yang mempunyai tahap ketekalan dan pengekalan pembelajaran yang lebih tinggi untuk kemahiran akademik asas juga mempunyai kadar penglibatan ibu bapa atau penjaga yang lebih tinggi di dalam pembelajaran kanak-kanak itu. Hasil tinjauan kemahiran akademik asas juga menunjukkan trend kadar tindak balas yang lebih tinggi apabila profesion masa depan seseorang kanak-kanak diketahui dengan jelas.

Sorotan Hasil Tinjauan

1. Purata kadar tindak balas bagi hasil tinjauan kemahiran akademik asas melebihi tujuh puluh peratus di Asia. Hasil bagi Eropah dan Amerika Syarikat pada umumnya adalah lebih rendah.
Kami melihat perbezaan wilayah yang jelas di dalam kadar ketekalan dan pengekalan pembelajaran bagi kanak-kanak berumur lima belas tahun dan ke bawah.

2. Kanak-kanak dari negara-negara dengan kadar ketekalan dan pengekalan pembelajaran yang lebih tinggi mempunyai satu visi yang lebih jelas bagi masa depan mereka.
Kanak-kanak dengan satu visi masa depan yang jelas mempunyai minat yang jelas terhadap kelas-kelas sekolah dan belajar sendiri.

3. Semua negara yang ditinjau menyedari pentingnya kemahiran akademik asas.
Walaupun begitu, beberapa perbezaan telah dilihat di dalam pendekatan kepada pembelajaran di Asia dan Eropah dan Amerika Syarikat.

4. Kepuasan di kelas-kelas sekolah melebihi lapan puluh peratus. Peralihan pandemik kepada pembelajaran dalam talian telah menjadi ketara. Lebih daripada tujuh puluh peratus ibu bapa dan penjaga mahukan satu tinjauan pengetahuan untuk secara berkala mengkaji kesukaran kelas-kelas dalam talian semasa pandemik seperti COVID-19.
 
CATATAN: Semasa berkongsi kandungan daripada siaran akhbar ini, nyatakan bahawa mereka telah dihasilkan oleh Institut Penyelidikan SPRIX.
 
Gambaran Keseluruhan Tinjauan
Negara Sasaran:Jepun, Amerika Syarikat, China, India, United Kingdom, Perancis, Poland, Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar
Responden Sasaran:
Kanak-kanak, berumur enam hingga lima belas tahun, 1,000 dari setiap negara yang ditinjau untuk sejumlah 11,000 responden.
Ibu bapa atau penjaga bagi kanak-kanak terbabit, 1,000 dari setiap negara yang ditinjau bagi sejumlah 11,000 responden.
 
Kaedah Tinjauan:Dalam Talian
Kandungan Tinjauan:
Tinjauan kesedaran mengemukakan soalan mengenai pembelajaran kepada kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga.
Tinjauan kemahiran akademik bertanyakan sejumlah lima puluh soalan dalam satu format ujian asas, untuk kanak-kanak.
 
Tempoh Tinjauan:Ogos hingga September, 2020
 
1. Purata kadar tindak balas bagi hasil tinjauan kemahiran akademik asas melebihi tujuh puluh peratus di Asia. Hasil bagi Eropah dan Amerika Syarikat pada umumnya adalah lebih rendah.
Kami melihat perbezaan wilayah yang jelas di dalam kadar ketekalan dan pengekalan pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur lima belas tahun dan ke bawah.
 
Di dalam tinjauan kemahiran akademik asas yang dilakukan oleh SPRIX, yang menyasarkan kanak-kanak berumur lima belas atau lebih muda di sebelas negara yang berlainan, kadar tindak balas bagi negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat adalah rendah. Sebaliknya, kadar tindak balas bagi negara-negara di Asia, secara purata, adalah tujuh puluh peratus atau lebih tinggi. Kami melihat satu perbezaan wilayah dalam kadar ketekalan dan pengekalan pembelajaran kemahiran akademik asas.

Tajuk Carta: Purata Kadar Tindak Balas (sebagai Peratusan) untuk Tinjauan Kemahiran Akademik Asas yang Ditujukan pada Kanak-kanak Berumur Lima Belas dan Lebih Muda Merentasi Sebelas Negara

2. Kanak-kanak dari negara-negara dengan kadar ketekalan dan pengekalan pembelajaran yang lebih tinggi mempunyai satu visi yang lebih jelas bagi masa depan mereka.
Kanak-kanak dengan satu visi masa depan yang jelas mempunyai minat yang tinggi terhadap kelas-kelas sekolah dan belajar sendiri.
 
Meninjau kanak-kanak mengenai masa depan mereka menyaksikan skor tinggi secara konsisten bagi profesion perubatan, profesion teknologi dan kejuruteraan, dan profesion pendidikan merentasi kebanyakan negara. Tidak ada perbezaan besar bagi profesion masa depan di antara sebelas buah negara itu. Ketika inovasi teknikal meningkatkan peranan teknologi IT dan digital di dalam peranan perkhidmatan di setiap industri, kami percaya bahawa kanak-kanak akan semakin berminat di dalam profesion teknikal, kejuruteraan, dan pengaturcaraan.

Tajuk Carta: Profesion yang Diminati oleh Kanak-kanak

Bagaimanapun, kami telah melihat perbezaan wilayah berhubung dengan visi kanak-kanak yang jelas mengenai profesion masa depan. Dengan pengecualian Japan, kanak-kanak di negara-negara Asia yang lain mempunyai visi yang lebih jelas mengenai profesion masa depan jika dibandingkan dengan rakan mereka di Eropah dan Amerika Syarikat. Memandangkan begitu dekat hasil memetakan untuk pengagihan hasil bagi negara-negara di mana kemahiran akademik asas dikekalkan, kami percaya hasil ini mempunyai pertalian.

Tajuk Carta: Kadar (sebagai Peratusan) bagi Kanak-kanak yang Sama ada Tidak Mempunyai Profesion Masa Depan yang Dikenal pasti atau Belum Memutuskan terhadap satu Profesion Masa Depan

Tambahan pula, kanak-kanak di negara-negara di mana keputusan menunjukkan satu profesion masa depan yang jelas juga menyatakan perasaan positif terhadap kelas-kelas mereka di sekolah. Di samping itu, garis trend bagi minat untuk belajar di luar sekolah adalah tinggi. Tinjauan itu jelas menunjukkan tahap motivasi belajar yang sangat tinggi.

Tajuk Carta: Kadar (sebagai Peratusan) bagi Kanak-kanak yang Berpendapat Kerja Sekolah adalah Menarik

Tajuk Carta: Purata Waktu Belajar (dalam Jam) Di Luar Kelas Sekolah

3. Semua negara yang ditinjau menyedari pentingnya pembelajaran asas.
Walaupun begitu, beberapa perbezaan telah dilihat dalam pendekatan kepada pembelajaran di Asia dan Eropah dan Amerika Syarikat.
 
Kesedaran bagi ibu bapa dan penjaga berhubung kemahiran akademik asas anak-anak mereka adalah sangat tinggi, melebihi sembilan puluh peratus bagi ibu bapa dan penjaga di sebelas negara yang ditinjau itu yang percaya bahawa kemahiran akademik asas adalah penting. Tinjauan itu juga menunjukkan dengan jelas bahawa kira-kira sembilan puluh peratus ibu bapa dan penjaga mahu meningkatkan tahap kemahiran akademik asas anak-anak mereka dan ingin melibatkan diri mereka untuk melihat ia berlaku. Kami melihat bahawa responden dari negara-negara di seluruh dunia bersetuju untuk mementingkan kemahiran akademik asas, memandangkan kepercayaan bahawa pengetahuan tersebut adalah penting, atau sangat diperlukan untuk pelajaran anak-anak mereka.

Tajuk Carta: Kesedaran (sebagai Peratusan) bagi Pengetahuan Asas untuk Ibu Bapa dan Penjaga di Sebelas Negara itu

Tajuk Carta: Kemahiran (sebagai Peratusan) yang Dipercayai Diperlukan selain Pembelajaran

Di samping itu, peratusan bagi ibu bapa dan penjaga, tidak termasuk Jepun, yang memahami kemahiran akademik asas adalah tinggi. Di kebanyakan negara, ibu bapa dan penjaga memahami kemahiran akademik asas anak-anak mereka dan kami dapat melihat bahawa kesedaran mereka tentang kemahiran akademik asas juga adalah tinggi.

Tajuk Carta: Kadar (sebagai Peratusan) bagi Anak-anak dan Ibu Bapa atau Penjaga yang Memahami Kemahiran Akademik Asas

Ketika kami meninjau mengenai kesedaran khusus kepada penglibatan seseorang ibu bapa atau penjaga di dalam pembelajaran anak mereka, ibu bapa dan penjaga di semua sebelas negara sangat terlibat, dengan hasil rata-rata lebih sembilan puluh peratus untuk penglibatan yang termasuk mendorong anak-anak untuk belajar dan memberi penghargaan kepada anak-anak kerana belajar. Walau bagaimanapun, kami melihat perbezaan wilayah bagi Asia dan Eropah dan Amerika Syarikat ketika ia melibatkan seperti ibu bapa atau penjaga dalam mengajar anak mereka sendiri, menilai kerja sekolah anak mereka, atau mengembangkan jadual belajar bagi anak-anak mereka. Ibu bapa dan penjaga dari negara-negara dengan kadar tindak balas tinjauan kemahiran akademik yang lebih tinggi terlibat secara lebih aktif dalam perincian pengajian anak-anak mereka, termasuk membuat jadual belajar untuk berdikari bagi anak-anak mereka, dan menilai kerja sekolah anak-anak mereka, daripada menyerahkannya kepada anak-anak mereka.

Tajuk Carta: Penglibatan (sebagai Peratusan) di dalam Pembelajaran Anak-anak di Semua Sebelas Negara

4. Kepuasan di kelas-kelas sekolah melebihi lapan puluh peratus. Peralihan pandemik kepada pembelajaran dalam talian telah menjadi lebih ketara.
Lebih daripada tujuh puluh peratus ibu bapa dan penjaga mahu satu tinjauan pengetahuan untuk lebih kerap mengkaji kesukaran kelas dalam talian semasa pandemik seperti COVID-19.
 
Kami meninjau cara bagaimana ibu bapa dan penjaga menyokong sekolah-sekolah di tengah-tengah pendidikan kemahiran akademik anak-anak mereka. Responden dari semua sebelas negara menilai sekolah sangat tinggi, dengan respons yang termasuk kepuasan mereka terhadap pelajaran yang diberikan oleh sekolah, anak-anak mereka menghadiri kelas, dan kemahiran akademik yang mencukupi yang diajar di kelas-kelas sekolah. Memandangkan kira-kira lapan puluh peratus responden di semua sebelas negara menunjukkan bahawa mereka mempercayai keputusan ujian sekolah, kami percaya ini menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap pendidikan sekolah. Sebaliknya, banyak sekolah terpaksa mempertimbangkan semula format kelas sebagai satu kaedah memerangi penyebaran jangkitan COVID-19, dan beberapa strategi bagi pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan, termasuk kelas dalam talian melalui aplikasi tele-mesyuarat seperti Zoom, penawaran kandungan digital, dan perkongsian video kelas oleh guru.

Tajuk Carta: Penilaian (sebagai Peratusan) bagi Kelas-kelas Sekolah oleh Ibu Bapa dan Penjaga di Sebelas Negara

Tajuk Carta: Respons Sekolah (sebagai Peratusan) di Sebelas Negara terhadap COVID-19

Juga jelas bahawa kesan COVID-19 terhadap pembelajaran anak-anak adalah signifikan dan bahawa ramai ibu bapa dan penjaga percaya bahawa pendekatan seperti pembelajaran individu, tinjauan berkala mengenai tahap kemahiran akademik, dan peluang belajar di luar sekolah adalah diperlukan. Empat dari lima ibu bapa atau penjaga mahukan standard nasional digunakan untuk menilai kemahiran akademik, dan tiga dari empat mahukan standard global digunakan. Hasil ini menunjukkan bahawa ramai ibu bapa dan penjaga sedar mengenai keadaan pembelajaran anak-anak mereka.

Tajuk Carta: Perkara Yang Diperlukan (sebagai Peratusan) semasa Pandemik COVID-19 untuk Pembelajaran Anak-anak di Sebelas Negara itu

Tajuk Carta: Kesedaran (sebagai Peratusan) bagi Penilaian Kemahiran Akademik di Dalam Negeri dan di Luar Negara di Sebelas Negara itu

Ulasan daripada Shuhei Umeda, Pengarah di Institut Penyelidikan SPRIX

Selama lebih dua puluh tahun, SPRIX telah menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak Jepun, terutama mereka yang tidak begitu cekap dalam pembelajaran dan akan disenaraikan di tahap sederhana atau rendah bagi kemahiran akademik.

Kajian penyelidikan ini telah menunjukkan perbezaan berkaitan dengan pembelajaran di Asia dan Eropah dan Amerika Syarikat. Bagi negara-negara di Asia, tahap motivasi adalah tinggi untuk pembelajaran kemahiran akademik asas. Kami juga belajar pelbagai pendekatan yang digunakan di dalam pembelajaran. Kami yakin hasilnya akan menjadi rujukan yang sangat baik bagi negara-negara di mana keputusan ujian kemahiran akademik tidak begitu tinggi.

Jenis tinjauan bagi penyelidikan ini, yang mengkhususkan di dalam kemahiran akademik asas, belum pernah dilakukan pada satu skala global. Walau bagaimanapun, penemuan ini melambangkan pecahan paling kecil bagi keputusan yang boleh berlaku. Selanjutnya, Ujian Kemahiran Akademik Asas (TOFAS) yang dilancarkan yang dihasilkan daripada hasil penyelidikan telah diambil oleh lebih 30,000 orang di sepuluh negara di seluruh dunia. Ada perancangan agar pelaksanaan yang sedang berjalan itu digerakkan ke hadapan. Sekiranya orang di negara lain berminat di dalam jenis penyelidikan ini, dan ingin menilai dan mengkaji kaedah untuk meningkatkan kemahiran akademik asas bagi kanak-kanak, kami dengan senang hati akan berusaha untuk mengembangkannya dengan lebih lanjut.

Institut Penyelidikan SPRIX, Gambaran Keseluruhan

Institut Penyelidikan SPRIX memberi tumpuan kepada kemahiran akademik asas, dan telah diwujudkan untuk menilai kemahiran akademik kanak-kanak dengan tepat dan memastikan ketekalan dan pengekalan kemahiran tersebut. Tumpuan kepada kemahiran akademik asas berfungsi sebagai garis permulaan bagi institusi penyelidikan itu untuk meningkatkan kemahiran tersebut. Apabila kemahiran itu berada pada kedudukan yang betul, kanak-kanak mempunyai lebih banyak masa depan yang boleh dipilih, menawarkan mereka peluang baharu bagi kehidupan mereka. Misi kami sebagai sebuah institusi penyelidikan adalah untuk melanjutkan penyelidikan dan pengembangan yang diperlukan untuk mengekalkan secara konsisten kemahiran akademik asas untuk kanak-kanak bukan hanya di Jepun, tetapi di seluruh dunia.
 
Nama Institut:Institut Penyelidikan SPRIX
Pengarah Institut:Shuhei Umeda
Laman Web:https://tofas.education/
Akaun Media Sosial Rasmi:Twitter https://twitter.com/SprixBasri
 Facebook https://www.facebook.com/SprixBasri
 
Gambaran Keseluruhan SPRIX
Nama Syarikat:SPRIX
Ibu Pejabat:12F, Bangunan Metropolitan Plaza, 1-11-1 Nishi-Ikebukuro, Toshima Ward, Tokyo
Wakil:Hiroyuki Tsuneishi, Wakil Pengarah dan Presiden
Laman Web:https://sprix.jp/
Pertanyaan terus kepada:tofas@sprix.jp

Teks bahasa sumber asal bagi pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14930

DEAR, KLAIRS MENANG ANUGERAH REKA BENTUK 3 TERATAS DUNIA ANUGERAH ‘REKA BENTUK RED DOT’






 - Reka bentuk jenama membawa harapan dan penyembuhan semasa pandemik itu

- Bekerjasama dengan Yoon Yeo-Dong, seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul

SEOUL, Korea Selatan, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dear, Klairs, sebuah jenama penjagaan kulit di bawah Wishcompany (Ketua Pegawai Eksekutif Ryan Sungho Park), telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2021 untuk Reka Bentuk Komunikasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005061/en/

Anugerah Red Dot itu adalah satu daripada tiga pertandingan reka bentuk utama di dunia yang bertujuan untuk menonjolkan jenama-jenama kreatif dan inovatif pada setiap tahun. Tahun ini, sebanyak 7,800 reka bentuk dari lebih 60 buah negara telah dikemukakan. Seramai 50 pakar reka bentuk dunia berada dalam panel hakim.
 
Dear, Klairs (Klairs), sebuah jenama penjagaan kulit yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan yang berpusat di Seoul, telah menang di dalam kategori Reka Bentuk Komunikasi. Projek mereka, A Moment, adalah sebuah projek kerjasama dengan seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul, Yoon Yeo-Dong. Diilhamkan oleh nama jenama tersebut, Dear Klairs, (dear bermaksud sangat bernilai atau berharga), Yoon Yeo-Dong dan pasukan reka bentuk Klairs telah membuat sebuah objek logam yang boleh dihadiahkan kepada seseorang yang dekat dan disayangi.
 
Dear, Klairs mendapat markah tinggi kerana kerjasama dengan seorang tukang mahir tempatan, Yoon Yeo-Dong dan mempromosikan nilai-nilai sosial melalui projek reka bentuk A Moment.
 
“Kami ingin bekerjasama dengan seorang tukang tempatan dan mempromosikan nilai bagi artis-artis tempatan, terutama ketika waktu susah semasa pandemik itu,” kata Kim Min-hee, seorang wakil bagi jabatan reka bentuk di Klairs Skincare.
 
Sebagai sebuah jenama yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan, Klairs menjalankan projek derma untuk hak haiwan dan organisasi alam sekitar. Mereka berdedikasi untuk mempromosikan kelestarian melalui kempen dan projek mereka.
 
Produk Klairs boleh didapati di pusat dalam talian rasmi Klairs, Wishtrend.com, kedai-kedai Chicor di seluruh negara, dan kedai-kedai terpilih dalam talian 29mm dan W Concept.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14929

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...