Wednesday, November 15, 2023

MMA OFFSHORE MENGAUTOMASIKAN SUAI TUGAS DENGAN BOOMI




Table

MMA Offshore Mengautomasikan Suai Tugas Dengan Boomi


Boomi membantu syarikat perkhidmatan marin dan bawah laut memudahkan pengurusan pekerja dan logistik


PERTH, Australia & SYDNEY, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan MMA Offshore (MMA) menggunakan platform Boomi untuk menyediakan pengurusan data induk pekerja yang tekal bagi seluruh bidang aplikasi perniagaan syarikat.

Beribu pejabat di Perth, MMA ialah penyedia perkhidmatan marin dan bawah laut global. Dengan kumpulan 19 kapal luar pesisir dan lebih 1,100 pekerja, organisasi itu sedang memacu pertumbuhan, sebaik sahaja beralih daripada pengendali kapal sepenuhnya kepada penyedia perkhidmatan marin berintegrasi pada tahun 2019. Transformasi ini telah menyaksikan MMA berkembang ke dalam pasaran baharu seperti angin darat, kerajaan dan pertahanan, serta infrastruktur pantai.

Untuk menjadi organisasi tangkas dalam industri yang semakin berkembang dan menyokong pertumbuhan berterusan syarikat, MMA perlu mengukuhkan pengurusan data kritikal, sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas proses perniagaan dan menambah baik proses membuat keputusan.

Menurut Jon Fowler, Pengurus Besar ICT di MMA, syarikat itu memerlukan rangka kerja digital yang berupaya menghubungkan sistem perniagaan teras dengan mudah dan andal dalam usaha membuka dan memanfaatkan data tersebut.

“Kami ialah organisasi dinamik yang bergerak pantas, bermaksud akses pantas kepada data yang tekal, tepat menjadi kemestian,” kata Fowler. “Dengan Boomi, data pekerja kami ditangkap sekali di sumber, kemudian automasi melakukan kerja kasar bertujuan memperkemas pentadbiran, menjadikan data induk pekerja teras tersedia dengan serta-merta di seluruh platform kami bagi membantu dengan penyusunan jadual, logistik perjalanan, lembaran masa dan pemprosesan daftar gaji.”

MMA memilih platform Boomi berdasarkan kemudahan penggunaan dan kebolehskalaan platform tersebut, yang sejajar dengan keperluan MMA untuk mengekalkan integriti data. Syarikat ini menggunakan platform integrasi Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk menyambungkan awan dan bidang aplikasi perniagaan di premis, termasuk perancangan sumber perusahaan (ERP), penjadualan, sistem perjalanan dan daftar gaji.

“Baru-baru ini, kami terpaksa suai tugas beberapa pekerja dalam jangka masa singkat. Pada masa lalu, suai tugas pada skala dan kelajuan ini akan mengambil masa yang agak lama dengan data dimasukkan secara manual merentasi pelbagai sistem. Dengan Boomi, sistem kami yang bersambung kini berfungsi untuk perniagaan, bukan sebaliknya,” kata Fowler.

“Satu lagi pertimbangan untuk pengurusan pekerja melibatkan dalam memastikan pensijilan pekerja diguna pakai dan terkini antara pelbagai platform kami. Setiap projek adalah unik dan dengan paparan data pekerja yang lebih menyeluruh, kami berupaya memastikan pasukan logistik kakitangan kami mempunyai data yang betul dan boleh diakses untuk penjadualan segera, membantu kami suai tugas pekerja mahir dalam jangka masa singkat.”

Organisasi merancang untuk mematangkan pengalaman pengguna dengan keupayaan layan diri. Menggunakan penyelesaian automasi aliran kerja Boomi, Flow, MMA meneroka pembangunan antara muka mudah yang disatukan bertujuan memperkemas lagi pengumpulan data untuk pengagregatan merentasi aplikasi masing-masing.

Persekitaran bersambung Boomi juga memastikan data tersedia di lokasi yang dijangkakan oleh pekerja dan menurut Fowler, ini bermakna pasukan Perkhidmatan Maklumat berupaya memberikan respons dan menyampaikan penyelesaian dengan lebih pantas.

“Sebelum ini, kami menghabiskan banyak masa dalam membina sambungan atau memindahkan data secara manual. Daripada beberapa minggu, kini rangka kerja integrasi kami membolehkan kami menyelesaikan kerja dalam jangka masa lebih singkat – ini membuatkan pengembangan perniagaan jauh lebih cekap dengan set data pemalam yang mudah,” kata Fowler.

“Ini memerlukan logistik yang besar untuk merancang dan melaksanakan projek marin dan bawah laut, termasuk menguruskan ramai pekerja mahir yang ditugaskan bagi setiap pekerjaan,” kata Nathan Gower, Pengarah Australia dan New Zealand di Boomi. “Apabila MMA dipecahkan kepada bahagian baharu, automasi dan ketersambungan data akan menghapuskan tekaan daripada perancangan projek, meningkatkan produktiviti – manfaat kepada keuntungan dan kepuasan pelanggan.”

Sumber Tambahan

· Sila dengar daripada pelanggan global kami
· Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
· Terokai Komuniti Boomiverse
· Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menyambungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53825244/en

Individu untuk Dihubungi

Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...