Sunday, November 12, 2023

ALLIANZ ROAD RANGERS RUMBLE MENINGKATKAN KESEDARAN BANTUAN TEPI JALAN DENGAN MENGUJI KEPANTASAN TUKAR TAYAR

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Allianz Road Rangers Rumble mengadakan beberapa siri cabaran di 5 lokasi di seluruh Malaysia untuk menguji kelajuan peserta dalam menukar tayar kereta sebenar dalam masa terpantas sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bantuan di tepi jalan.

5 pusingan kelayakan berlangsung dari September hingga Oktober di Lembah Klang, Kuantan dan Johor Bahru, manakala ‘Grand Final’ berlangsung di MyTOWN Shopping Centre pada 28 Oktober 2023.

Mohd. Radziman membawa pulang tempat pertama dalam pusingan berhalangan yang menampilkan tujuh titik sentuh berdasarkan standard keselamatan tertinggi Allianz Road Rangers. Mohammad Farid pula mendapat tempat kedua manakala Leong Tian Loon membawa pulang tempat ketiga.

Allianz Road Rangers ialah perkhidmatan bantuan tepi jalan Allianz Malaysia untuk pemegang polisi komprehensif insurans kereta persendirian mereka. Dengan kumpulan trak tunda yang menjawab panggilan kecemasan 24 jam sehari, pemegang polisi boleh bergantung pada Allianz Road Rangers untuk pembaikan pantas di tempat atau perkhidmatan tunda yang selamat dan boleh dipercayai, jika perlu. 

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...