SINGAPURA, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Market Simplified, peneraju dalam penyelesaian kewangan perusahaan yang canggih, dengan bangga memperkenalkan Nitro XP, Platform Aplikasi Kod Rendah (LCAP) berinovatif disesuaikan untuk pasaran APAC yang dinamik. Pelancaran rasmi untuk APAC akan diadakan semasa Pesta Fintech Singapura 2023 pada 15 November.
Dengan 18 tahun kepakaran yang tiada tandingannya dalam aplikasi kewangan, Nitro XP menandakan dedikasi Market Simplified untuk menangani keperluan rumit sektor kewangan. Berjaya dilancarkan di India hanya enam bulan lalu, Nitro XP telah memperoleh momentum yang ketara, menarik minat perusahaan besar terkemuka dan PKS yang ingin membangunkan penyelesaian pinjaman dan perdagangan pada platform. Selama lebih sedekad, Market Simplified telah beroperasi dan menguruskan aplikasi perdagangan dan perbankan kepada bank dan broker terkemuka di rantau APAC.
Nitro XP mempercepat pembangunan aplikasi untuk institusi kewangan, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan masa ke pasaran. Platform ini menjadi aset berharga untuk perniagaan pelbagai saiz, mengukuhkan infrastruktur digital, memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing. Nitro XP mengutamakan pengalaman pengguna, prestasi, keselamatan dan kebolehskalaan, membolehkan pembangunan aplikasi yang teguh dan berupaya disesuaikan bagi memacu pertumbuhan perniagaan.
Nitro XP menawarkan manfaat yang tiada tandingannya kepada institusi kewangan seperti:
Pembangunan yang Diperkemas: Antara muka visual seret dan lepas Nitro XP memperkasa pengguna untuk mencipta aplikasi yang disesuaikan tanpa pengekodan yang kompleks, mengurangkan garis masa dan kos pembangunan.
Produktiviti Dipertingkat: Perpustakaan komponen prabina Nitro XP mempercepat aplikasi kewangan yang biasa digunakan, membolehkan perusahaan mengoptimumkan peruntukan sumber.
Prestasi & Kebolehskalaan Tanpa Kompromi: Dibina atas seni bina penyesuaian, Nitro XP menyesuaikan dengan keperluan institusi kewangan yang besar, memastikan operasi berjalan lancar.
Nitro XP memenuhi pelbagai keperluan pengguna, menawarkan model tanpa kod untuk perniagaan dan pemilik produk, kod rendah untuk pembangun dan prokod untuk pakar. Rangka kerja ini mempercepat proses Masuk Ke Pasaran, menggalakkan ketangkasan dan inovasi.
Market Simplified menjemput industri kewangan merasai pengalaman menggunakan Nitro XP, lonjakan ketara dalam teknologi kewangan. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, Market Simplified terus menyediakan alat dan penyelesaian yang diperlukan untuk berjaya dalam landskap kewangan yang semakin berkembang
Maklumat Tentang Market Simplified: Market Simplified ialah penyedia inovatif bagi penyelesaian kewangan perusahaan yang canggih, khusus untuk memupuk transformasi digital dalam sektor kewangan. Memanfaatkan lebih 18 tahun kepakaran yang tiada tandingannya, syarikat itu mencipta produk berinovatif untuk menangani permintaan industri yang semakin berkembang. Komitmen Market Simplified yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan inovasi telah meletakkan syarikat itu sebagai pelopor dalam landskap teknologi kewangan.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53750339/en
Individu untuk Dihubungi
Anjali Nair (anjali.n@marketsimplified.com)
Sumber: Market Simplified
No comments:
Post a Comment