Memacu Inovasi: Bolt.Earth dan Chinv Mentakrifkan Semula Masa Depan Mobiliti Elektrik di EICMA 2023 (Grafik: Business Wire)
Pemanduan Pintar. Perjalanan Tersambung. Masa Depan E-Mobiliti Dibongkarkan
SINGAPURA, Nov 3 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bolt.Earth, perintis yang berpangkalan di Singapura dalam pasaran Sistem Pengendalian EV tersambung, mengukuhkan lagi perkongsian dengan Chinv, pereka bentuk dan pengilang motosikal EV roda 2 yang terkenal. Bersama-sama, kedua-dua syarikat ini bersedia mentakrifkan semula masa depan mobiliti elektrik di EICMA 2023, Fiera Milano-Rho Milan pada tahun ini. Saksikan sinergi penguasaan reka bentuk Chinv dan tindanan pengendalian pintar Bolt.Earth, penggabungan usaha kerjasama selama bertahun-tahun untuk menghasilkan pengalaman EV yang tiada tandingannya.
Membina kerjasama yang diwujudkan sekian lama, pelancaran Blaze Bolt.Earth baharu di EICMA 2023 dijangka menandakan detik penting dalam landskap EV global. Blaze Bolt.Earth ialah platform pengecasan pantas yang digambarkan akan mentakrifkan semula paradigma pengecasan EV. Inovasi ini memendekkan tempoh pengecasan dengan ketara, menjadikan mobiliti elektrik lebih suai manfaat dan mudah diakses.
Jyotiranjan Harichandan, Pengasas Bersama di Bolt.Earth, mengulas, “Perjalanan kami dengan Chinv benar-benar transformatif. Perkongsian ini, yang dibina atas visi bersama dan inovasi tanpa henti, ialah mengenai mentakrifkan semula pengangkutan mampan. Pengalaman luar biasa Chinv dalam reka bentuk & pembangunan perkakasan, digabungkan dengan pengecasan dan tindanan pengendalian kenderaan kami, menyediakan asas untuk masa depan.”
Penumpuan penyelesaian perisian canggih Bolt.Earth dan reka bentuk perkakasan dan kepakaran pembangunan Chinv menandakan fasa transformatif untuk pengangkutan mampan. Usaha sama ini bertujuan meningkatkan standard kenderaan elektrik, memastikan kenderaan ini bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan cemerlang dari segi teknologi.
Cik Xu Duo (Rita), Presiden Chinv menyatakan, “Gabungan kami dengan Bolt.Earth mewakili langkah berani ke arah horizon yang lebih pintar dan lebih mampan. Potensi untuk merevolusikan sfera EV sangat besar dan bersama-sama, kami bersedia menerajui perubahan ini.”
Sertai kami di EICMA 2023, yang diadakan dari 7 hingga 12 November di Fiera Milano-Rho Milan, lokasi Bolt.Earth akan mempamerkan tawaran terkini syarikat tersebut di ruang pameran bernombor C-49, Nombor Dewan 14, bekerjasama dengan Chinv bersama dengan pengalaman realiti maya yang menakjubkan.
Maklumat Tentang Chinv
Chinv, diasaskan di Hong Kong pada tahun 2006, beroperasi di bawah pelbagai jenama, termasuk "OKLA" untuk kenderaan elektrik, "Motrac" untuk kenderaan petrol, "O-Town" untuk pakaian, "OKLATEC" untuk R&D dan "CHINV" untuk lampu dan bahagian elektrik; mentakrifkan semula cara kami bergerak dan menetapkan standard baharu untuk mobiliti mesra alam, dengan visi untuk memacu perubahan positif dan matlamat bagi membangunkan penyelesaian pengangkutan yang lebih bersih dan cekap.
OKLATEC mempunyai pengalaman R&D dalam mereka bentuk lebih 50 motosikal, terdiri (daripada ICE kepada EV), untuk pelanggan di seluruh dunia. Berdasarkan kejayaan ini, Chinv telah berjaya menyokong pelancaran pelbagai jenama pada berbagai peringkat integrasi untuk aspek elektrik dan mekanikal, meliputi pelbagai jenis daripada motosikal EV berkelajuan rendah kepada berprestasi tinggi. Hasilnya, Chinv telah menjadi penyelesaian sehenti dalam rantaian bekalan motosikal EV.
Maklumat Tentang Bolt.Earth
Bolt.Earth berada dalam misi untuk mendorong pasaran baharu muncul ke arah mobiliti yang lebih bersih. Syarikat itu menggunakan gugusan meter laju pintar terbenam canggih yang mentakrifkan semula pengalaman perjalanan EV anda. Direka bentuk untuk keselamatan dan kemudahan, gugusan meter laju dan unit paparan Bolt.Earth menggunakan OS Bolt.Earth bagi menyediakan alatan pengurusan kenderaan, data penting, langkah berjaga-jaga antikecurian dan pilihan penyesuaian untuk pengalaman perjalanan pintar, tersambung & moden. Selain itu, Bolt.Earth membolehkan rangkaian pengecasan EV perangkai padan terbesar di India, dengan 30,000+ tempat pengecasan merentasi 1,100 bandar. Syarikat tersebut menawarkan penyelesaian pengecasan untuk individu, perniagaan, syarikat hartanah, pengendali flit dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian syarikat itu, kunjungi bolt.earth.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53723980/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
Hubungan Media: marketing@bolt.earth
Sumber: Bolt.Earth
No comments:
Post a Comment