Tuesday, November 21, 2023

LTIMINDTREE MEMANFAATKAN INTEGRASI KOD RENDAH BOOMI UNTUK MEMPERKUKUH SENTRISITI PELANGGAN

 


Perundingan teknologi global memanfaatkan kefungsian seret dan lepas untuk menyatukan sistem dan mengubah data

MUMBAI, India & CHESTERBROOK, Pa., 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa LTIMindtree, syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, telah memperkasa proses membuat keputusan yang dipacu data dengan menyambungkan pelbagai seni bina IT dalam masa nyata melalui platform integrasi peneraju kategori Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS).

LTIMindtree ialah rakan niaga transformasi digital global kepada lebih 700 perusahaan global merentasi pelbagai industri. Membantu membayangkan semula model perniagaan, mempercepat inovasi dan memaksimumkan pertumbuhan, LTIMindtree menyediakan kepakaran domain dan teknologi yang meluas kepada pelanggan yang beroperasi di lebih daripada 30 negara.

Bagi memastikan kakitangan syarikat boleh memberikan sokongan yang berimpak kepada pelanggan, LTIMindtree perlu menyambungkan pelbagai sistem dan menyokong pelbagai corak integrasi dalam masa nyata untuk menggunakan data sepenuhnya merentasi persekitaran awan dan di premis. Selepas penilaian menyeluruh terhadap pilihan syarikat, LTIMindtree memilih Boomi untuk mengintegrasikan seni bina digital, menghapuskan geseran dalam aliran data dan memastikan akses segera kepada maklumat.

“Melalui platform Boomi, kami telah menambah baik kualiti pertukaran data merentasi sistem — melengkapkan kami dengan cerapan yang boleh diambil tindakan dan tepat pada masanya. Selain itu, platform Boomi telah memudahkan automasi aliran kerja, yang berjaya menambah baik produktiviti pembangun. Kami berharap dapat mencapai pengurangan 60% dalam masa integrasi,” kata Rajesh Kumar R, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) LTIMindtree.

Beliau menambah, "Selain itu, iPaaS Boomi telah membenarkan kami mempunyai paparan data kami yang lebih disatukan, membolehkan kami menjadi organisasi yang benar-benar dipacu data - menambah baik pelaporan data perniagaan dan proses membuat keputusan, sambil memperkasa pasukan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang menggembirakan pelanggan pada setiap titik sentuh."

"Ketangkasan perniagaan dan kecekapan operasi, disokong oleh kebolehcapaian kepada data yang tepat dan boleh dipercayai, adalah kritikal untuk organisasi seperti LTIMindtree," kata Thomas Lai, Naib Presiden dan Pengurus Besar Asia Pasifik dan Jepun di Boomi. "Dengan membolehkan pasukan profesional LTIMindtree untuk bekerjasama secara berkesan dan bertindak dengan yakin berdasarkan paparan maklumat pelanggan yang disatukan, Boomi telah membantu syarikat memperoleh akses kepada cerapan yang tepat, kaya dan boleh diambil tindakan, meletakkan syarikat untuk lebih memahami keperluan pelanggan dan menyampaikan penyelesaian yang melebihi jangkaan.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17687

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...