Monday, October 9, 2023

VIDEO KENANG-KENANGAN UNTUK TAHUN KE-50 PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN "MEMBUKA MASA DEPAN GEMILANG (OPEN THE GOLDEN FUTURE)" TELAH DIKELUARKAN




TOKYO, 9 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pusat ASEAN-Jepun (AJC) melancarkan video kenang-kenangan untuk tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun yang bertajuk “Membuka Masa Depan Gemilang (Open the Golden Future)” pada 6 Oktober. Video itu dikeluarkan oleh AJC dengan kerjasama pemenang Kempen Video Pendek Jambatan Gemilang (Golden Bridge Short Video Campaign), yang dianjurkan oleh AJC di Instagram dari bulan Mac hingga bulan Jun 2023. Dalam kempen itu, para peserta bersatu membina jambatan persefahaman dan persahabatan antara ASEAN dan Jepun dengan mempamerkan keindahan dan hubungan hati ke hati di rantau ini dalam format video 15-30 saat. Kira-kira 300 penyertaan diterima daripada semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun, serta 29 video dipilih sebagai pemenang dan dipaparkan dalam video kenang-kenangan itu.

Sebelum pelancaran video kenang-kenangan itu, majlis anugerah dalam talian untuk Kempen Video Pendek Jambatan Gemilang (Golden Bridge Short Video Campaign) diadakan pada 5 Oktober. Pemenang kempen itu dijemput, disertai oleh panel hakim bagi kempen tersebut, Tuan Yang Terutama Masahiko Kiya, Duta Jepun ke ASEAN, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin Haji Musa, Duta Brunei Darussalam ke Jepun (Pengerusi Jawatankuasa ASEAN Tokyo, Jan-Jun 2023), Duta Kempen dari semua AMS yang berpangkalan di Jepun dan agensi kreatif amana inc. yang merancang dan menghasilkan kempen ini bersama AJC.

Semasa majlis itu, pemenang hadiah utama Cik Francine Besorio berkongsi kisah peribadinya di sebalik videonya “ASEAN-Jepun: jawapan saya kepada Senbazuru (ASEAN-Japan: my answer to Senbazuru)”. Besorio berkongsi sejauh mana Jepun menjadi “penawar hati” dan “sumber kebahagiaan” semasa zaman remaja beliau terutamanya dengan animasi Jepun dan makanan, dan bahawa video itu diilhamkan oleh kisah Sadako dan Seribu Burung Jenjang Kertas (Senbazuru), yang beliau pelajari di Muzium Peringatan Keamanan Hiroshima. “Kalaulah saya tahu lebih awal, saya sepatutnya mula membuat burung jenjang kertas pada tahun 2016, pada masa inilah kampung halaman saya, Marawi menghadapi peperangan yang dahsyat. Harapan di hati saya hanyalah untuk mencapai keamanan, serta orang ramai dan keluarga saya selamat. Tanpa disedari, Jepun, negara kegemaran saya, menjadi jawapan untuk itu - Senbazuru untuk semua bantuan kewangan yang diberikan kepada Marawi bagi tujuan pemulihan dan pembinaan semula bandar tersebut,” kata Besorio. Dalam perutusan tahniah, Tuan Yang Terutama Kiya meraikan kejayaan menyempurnakan kempen tersebut dengan mengatakan bahawa ini merupakan “pertukaran kerjasama antara negara anggota ASEAN” dan berkata bahawa beliau berharap dapat bekerjasama dengan para peserta untuk 50 tahun yang akan datang dan seterusnya. Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berkata, “Apabila kita melihat kembali pada 20 tahun yang akan datang ini, saya rasa anda semua boleh berbangga kerana anda sudah menjadi sebahagian daripada sambutan pada tahun ini.”

Kini, video itu boleh didapati di saluran Youtube Pusat ASEAN-Jepun di pautan berikut: https://youtu.be/NLw4DYtLaXU.

Video tersebut juga boleh didapati di laman web khas Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun (aseanjapan50.jp) dan akaun media sosial AJC yang lain.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53579882/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17533

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...