Tuesday, October 17, 2023

LIVERAMP DAN YAHOO BEKERJASAMA MENSKALAKAN KEBOLEHALAMATAN MERENTASI EKOSISTEM PENGIKLANAN

Penerbit, pemasar dan ramai lagi berupaya memanfaatkan ketersambungan pascaisyarat yang lebih baik



NEW YORK, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp (NYSE: RAMP), platform kerjasama data yang terkemuka dan Yahoo pada hari ini mengumumkan perkongsian yang diperluas bertujuan menskalakan kebolehalamatan dan meningkatkan jangkauan, serta saling boleh kendali dalam ekosistem pengiklanan. Dengan perkongsian ini, penerbit yang menggunakan Penyelesaian Trafik Disahkan (ATS) LiveRamp kini berupaya memanfaatkan penyelesaian identiti tanpa kuki, Yahoo ConnectID dan membuka permintaan boleh alamat tambahan.

Tambahan pula, jenama yang memanfaatkan Yahoo DSP boleh mencapai jangkauan yang lebih luas melalui Yahoo ConnectID, yang mendapat faedah daripada RampID dan skala Penyelesaian Trafik Disahkan LiveRamp yang diperluas.

Yahoo ConnectID dikuasakan oleh hubungan pengguna langsung seramai hampir 200 juta pengguna yang disahkan di Amerika Syarikat, membolehkan inventori boleh alamat saluran omni merentasi semua harta benda yang dimiliki dan dikendalikan oleh Yahoo dan ribuan domain penerbit lain. RampID dan Penyelesaian Trafik Disahkan LiveRamp menguasakan pendekatan berasaskan individu LiveRamp terhadap identiti, membolehkan kebolehalamatan yang disahkan merentasi pelayar, peranti mudah alih dan CTV, dengan skala yang besar merentasi ratusan destinasi. Klien berupaya membangunkan hubungan pelanggan yang lebih mendalam, mencipta nilai sepanjang perjalanan pelanggan dan mengekalkan kawalan data.

Penerbit yang telah menggunakan Penyelesaian Trafik Disahkan LiveRamp berupaya mengintegrasikan dengan Yahoo ConnectID melalui usaha yang minimum dan menjana pendapatan daripada bekalan boleh alamat masing-masing dengan lebih baik. Lebih daripada 450 jenama sudah bekerjasama dengan LiveRamp untuk menggunakan data pihak pertama masing-masing bertujuan memperibadikan pengalaman pengguna.

Penerbit dan pemasar boleh mendapat manfaat daripada perkongsian ini tanpa perlu melakukan apa-apa konfigurasi atau mendapatkan sumber tambahan untuk khalayak yang disahkan dengan skala yang besar, menyampaikan pengalaman tersuai di mana-mana sahaja yang penting. Penerbit seharusnya dijangka dapat melihat peningkatan dalam penjanaan pendapatan pada inventori mereka yang disahkan melalui Penyelesaian Trafik Disahkan kerana Yahoo ConnectID kini akan tersedia sebagai pengenal pasti. Tambahan pula, pemasar yang mencari penyelesaian kehilangan pascaisyarat akan meningkatkan jangkauan pengguna yang disahkan merentasi penerbit yang telah menggunakan RampID dan/atau Yahoo ConnectID melalui Yahoo DSP.

“Kami amat percaya pada kebolehalamatan yang disahkan dan perkongsian ini membolehkan jangkauan lebih besar yang akan dapat bertahan melangkaui kehilangan isyarat pihak ketiga,” kata Elizabeth Herbst-Brady, Ketua Pegawai Hasil di Yahoo. “Kami memudahkan pemasar dan penerbit untuk memanfaatkan penyelesaian ini dan memaksimumkan hasil, sambil pada masa yang sama menyokong transaksi yang lebih lancar di seluruh laman web terbuka.”

“Yahoo ialah penyokong kuat identiti yang disahkan dan ketersambungan yang diusahakan di bawah kerjasama kami bagi membolehkan seluruh DSP dan Yahoo ConnectID masing-masing akan membantu menjadikan pengalaman dunia pascaisyarat yang lebih baik untuk pemasar berbanding dunia hari ini,” kata Travis Clinger, Naib Presiden Kanan, Pengaktifan dan Kebolehalamatan, LiveRamp. “Kini, pemasar dan penerbit mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk melibatkan diri, memperibadikan dan mengukur perjalanan pelanggan masing-masing.”

Maklumat Tentang LiveRamp

LiveRamp ialah platform kerjasama data pilihan untuk syarikat paling berinovatif di dunia. Peneraju rintisan dalam privasi pengguna, etika data dan identiti asas, LiveRamp menetapkan standard baharu untuk membina paparan pelanggan bersambung dengan kejelasan dan konteks yang tiada tandingannya sambil melindungi jenama dan kepercayaan pengguna yang amat bernilai. LiveRamp menawarkan fleksibiliti lengkap untuk bekerjasama di mana sahaja data ditempatkan bertujuan menyokong rangkaian paling luas berkenaan hal penggunaan kerjasama data—dalam organisasi, antara jenama dan merentasi rangkaian global utama rakan kongsi berkualiti tinggi.

Ratusan inovator global, daripada jenama pengguna ikonik dan gergasi teknologi kepada bank, peruncit dan peneraju penjagaan kesihatan beralih kepada LiveRamp untuk membina nilai jenama dan perniagaan yang berkekalan dengan mendalami keterlibatan dan kesetiaan pelanggan, mengaktifkan perkongsian baharu dan memaksimumkan nilai data pihak pertama sambil kekal berada di barisan hadapan dalam keperluan pematuhan dan privasi yang sedang berkembang pesat. LiveRamp berpangkalan di San Francisco, California, dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di LiveRamp.com.

Maklumat Tentang Yahoo

Yahoo berjaya menjangkau hampir 900 juta individu di seluruh dunia, mendekatkan mereka kepada kewangan, sukan, membeli-belah, permainan dan berita—dengan produk, kandungan dan teknologi yang dipercayai, serta menyemarakkan hari mereka. Untuk rakan kongsi, kami menyediakan platform tindanan penuh bagi perniagaan meningkatkan pertumbuhan dan memacu hubungan yang lebih bermakna merentasi pengiklanan, carian dan media. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi yahooinc.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Michelle Millsap
pr@liveramp.com
 
Sumber: LiveRamp

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...