Monday, October 16, 2023

MEMBAWA IMPIAN KEMANUSIAAN KE UFUK BAHARU - PERSIDANGAN PERALATAN MARIN SEDUNIA 2023 KELUARKAN VIDEO PROMOSI






FUZHOU, China, 16 Okt /Xinhua-AsiaNet/ -- 
Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023, yang ditaja bersama oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat bagi Republik Rakyat China, dan Kementerian Pengangkutan bagi Republik Rakyat China, diadakan dari 12 hingga 15 Oktober di Fuzhou, Fujian. Video promosi bagi persidangan itu telah dikeluarkan melalui media sosial luar negara termasuk "Oriental.Paris", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou".

Ia menggambarkan sejarah maritim Fujian yang kaya daripada pentadbiran perkapalan Fujian, "tempat bermulanya bagi tentera laut moden China", kepada pelabuhan-pelabuhan moden mereka yang sibuk, dan pemandangan yang berkembang pesat bagi bot-bot nelayan yang tidak terkira banyaknya yang belayar ke laut. Video itu meringkaskan warisan sejarah mengenai kemakmuran Fuzhou yang berasaskan laut dan cita-cita mereka untuk menjadi sebuah bandar raya maritim yang kukuh dalam hanya satu minit, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Persidangan itu, yang bertemakan "Membawa Impian Kemanusiaan ke Ufuk Baharu" berhasrat untuk menjadi sebuah acara antarabangsa peringkat tinggi, bertenaga tinggi dan berprestasi tinggi di dalam industri peralatan marin. Ia terutamanya termasuk majlis perasmian dan forum utama, 6 forum kecil, sebuah pameran mengenai pencapaian dan beberapa acara serentak. Tetamu persidangan itu akan terlibat secara aktif di dalam perbincangan dalam bidang utama bagi peralatan maritim, dengan memberi tumpuan kepada memupuk inovasi kolaboratif di dalam rantaian perindustrian dan bekalan, memacukan kerjasama industri-universiti-penyelidikan, pertukaran bakat, perkongsian ekonomi dan perdagangan, dan menterjemahkan pencapaian kepada manfaat yang ketara. Ia bertujuan untuk memacukan industri peralatan marin ke arah satu arah pembangunan mewah, hijau, pintar dan berinovatif.

Pada majlis perasmian dan forum utama pada 12 Oktober, organisasi domestik dan antarabangsa, pakar-pakar, cendekiawan, dan ketua dari perusahaan yang terkenal di dalam bidang peralatan marin berkumpul, dan terlibat di dalam perbincangan yang mendalam mengenai topik-topik seperti inovasi teknologi, pembuatan peralatan dan kerjasama perindustrian.

Sebagai sebahagian besar daripada persidangan itu, pameran mengenai pencapaian mempamerkan produk, teknologi dan penyelesaian yang telah mendapat pengiktirafan dan anugerah yang sahih di dalam bidang peralatan marin sejak Kongres Kebangsaan bagi Parti Komunis China ke-18, dan telah menarik perhatian besar daripada kalangan profesional.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442645
 
   Kapsyen: Membawa Impian Kemanusiaan ke Ufuk Baharu - Persidangan Peralatan Marin Sedunia 2023 keluarkan video promosi mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17551

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...